Apakah kesan jika jarak umur anak-anak setahun atau kurang daripadanya?
Jika anda membayangkan anak-anak anda membesar bersama dan mempunyai cukup tenaga untuk menguruskan mereka, maka jarak usia yang kecil bukanlah masalah untuk anda.
Anda berkemungkinan akan sibuk untuk beberapa tahun terawal dalam membesarkan anak. Namun, anda akan gembira melihat anak-anak membuat sepah, bising dan menikmati hari-hari yang meletihkan dalam tempoh yang pendek semasa membesarkan mereka.
Anak anda yang lebih tua akan gembira menjadi kakak atau abang sulung dan mula menunjukkan tanda-tanda ingin berdikari. Anda akan lihat si kecil anda mula ingin makan dan bersiap sendiri, serta menjadi lebih berdikari.
Jika bayi kecil anda semakin membesar dan sudah boleh berkawan dengan si abang/ kakak, anak anda yang tua akan lebih gembira untuk berkongsi mainan dengan adiknya. Disebabkan jarak umur anak anda adalah dekat, maka selepas kira-kira 18 bulan, mereka cenderung mempunyai minat yang sama. Mungkin akan ada berlaku perbalahan pada anak anda, namun hubungan mereka akan akrab. Adik-beradik yang sedar bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mereka terus bermain akan bermotivasi mencari jalan bagi berdamai.
Walau bagaimanapun, dengan menimang anak lain sebelum anak anda yang terkini berusia 18 bulan adalah sesuatu yang memerlukan anda untuk berkerja keras, terutama semasa permulaan membesarkan anak. Malahan, tahun-tahun terawal semasa membesarkan anak akan berlalu dalam kekaburan. Penjagaan anak anda akan dipenuhi dengan kurang tidur di malam hari, menukar lampin, penyusuan, memberi anak makanan pejal dan menguruskan hal dobi anak-anak. Ini bermakna, anda tidak mendapat masa yang secukupnya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama si manja. Tambahan pula, semasa awal tempoh pembesaran bayi, anda dan pasangan akan cenderung untuk berasa letih membesarkan dua anak kecil sekali gus.
Apakah kesan jika jarak usia anak dua atau tiga tahun?

Jika anda mahu meluangkan masa dan berseronok dengan setiap anak anda, maka jarak usia dua atau tiga tahun mungkin sesuai untuk anda. Apabila bayi kedua anda lahir, anda sudah mendapatkan tidur yang secukupnya. Anak pertama anda juga akan jadi lebih berdikari.
Anak pertama atau anak terkecil anda ketika ini mungkin sudah tidak memakai lampin dan boleh makan serta menguruskan diri sendiri. Malahan, anak anda juga mungkin sudah boleh bercakap dan memberitahu anda apa yang mereka mahukan. Jika begitu, anda sudah mempunyai tenaga untuk kembali semula ke dunia ‘tidak dapat tidur malam’, alam penyusuan dan menukar lampin bayi.
Anak anda yang lebih tua akan rasa lebih yakin dan bersedia untuk menerima ahli keluarga baru. Dan, anda boleh membayangkan bagaimana anak anda akan menjalankan tugasnya sebagai abang/ kakak kepada si adik dan mereka bermain bersama-sama.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen