home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Menguruskan Hak Penjagaan Bersama

Menguruskan Hak Penjagaan Bersama

Sekiranya anda mempunyai konflik tentang hak penjagaan bersama, sila baca artikel ini. Di sini disediakan beberapa tip yang boleh membantu anda menguruskan penjagaan bersama dan memberikan yang terbaik kepada anak anda.

Jangan bercakap yang tidak baik

Jangan bercakap yang tidak baik mengenai bekas pasangan anda. Apa yang anda perkatakan tentang bekas pasangan anda adalah apa yang akan difikirkan dan bagaimana anak anda bertindak balas kepada bekas pasangan anda. Walaupun anda tidak menyenangi bekas pasangan anda, anak anda masih menyayanginya sebagai ibu atau bapa. Walau apapun perasaan anda tentang bekas pasangan anda, simpan perasaan anda di dalam hati.

Ini bukan tentang anda

Penceraian adalah mengenai anda, tetapi penjagaan adalah tentang anak-anak. Penceraian mungkin menyebabkan pandangan tertutup dan ramai yang tertumpu kepada emosi tentang disakiti, sehinggakan mereka terlupa matlamat asal untuk membina memori gembira untuk kanak-kanak. Penjagaan bukanlah untuk mendapatkan apa yang anda inginkan atau mendapatkan hak sama rata. Perkara yang paling sukar kepada ibu bapa yang bercerai adalah untuk berfikir bahawa masa yang diluangkan bersama anak-anak bukanlah hadiah untuk dimenangi tetapi, ia merupakan hadiah untuk disayangi. Penjagaan bersama berjalan lancar apabila kedua ibu bapa mengetepikan personaliti mereka dan mencari apa yang terbaik untuk anak mereka, dan ia bukanlah apa yang diinginkan oleh ibu bapa.

Bermunasabahlah tentang masa dan komitmen anda

Selalunya apabila penceraian berlaku, ibu bapa akan meminta hak penjagaan yang tidak munasabah kerana mereka berasa takut atau tidak selamat. Sebaliknya, lihatlah penjagaan bersama seperti urusan perniagaan. Hapuskan emosi anda daripada situasi dan lihatlah kepada realiti.

Pasangan yang teruk tidak bermakna ibu bapa yang buruk

Walaupun dia mungkin telah menjadi pasangan yang tidak menyenangkan anda, tetapi dia mungkin seorang ibu atau bapa yang baik. Kebanyakan kes, ia merupakan jalan yang terbaik untuk anak-anak mempunyai hubungan yang berterusan dengan kedua ibu bapa. Sama ada untuk kebaikan atau keburukan, anak memerlukan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Bagaimanakah untuk melakukannya? Letak kehendak dan keperluan anak anda sebagai keutamaan anda. Fikirkan bahawa apabila anak anda bersama bekas pasangan anda, mereka bersama-sama dengan orang yang menyayangi anak anda sama seperti anda.

Carilah cara yang sesuai untuk berhubung

Untuk penjagaan bersama berjalan dengan lancar, komunikasi merupakan kunci utama. Ini adalah kerana anak anda (dan kewarasan anda), anda perlu mencari cara yang berkesan untuk berhubung dengan bekas pasangan anda.

Pilihlah pertarungan anda

Jujurlah dengan diri anda. Menjaga anak-anak itu amatlah sukar dan menjaga anak-anak selepas bercerai menambahkan lagi bebanan kepada kesukaran tersebut. Elakkan konflik yang berterusan dengan bekas pasangan anda. Apabila berlakunya perbalahan, pertimbangkan dahulu sama ada konflik tersebut wajar dibalahkan. Cuba menjadi munasabah dengan posisi anda dan ingatlah bahawa sekiranya hakim membuat keputusan, tiada sesiapa pun yang akan menyukainya. Berbalahlah hanya untuk perkara yang wajar dibalahkan. Pilihan sekolah, percutian dan masa bersama merupakan perkara yang wajar dibalahkan. Perkara seperti pilihan makanan, melainkan terdapat keadaan kesihatan seperti kencing manis atau alahan makanan, patut diketepikan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 14/08/2018
x