Mengandung Di Usia 40-an, Khabar Gembira Atau Duka? Ada 4 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Rancang Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/05/2020
Share now

Semakin ramai pula wanita yang hamil di usia 40-an saban tahun. Anda mesti tertanya-tanya, tak bahaya ke untuk ibu dan anak?

Pada tahun 2019, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), kadar kelahiran dalam kalangan wanita yang berusia di bawah 40 tahun semakin menurun jika dibandingkan dengan tahun 1982.

Bagi mereka yang hamil di usia 40 tahun dan ke atas pula, jumlah peningkatan adalah pada 3% bagi setiap tahun!

Risiko buat ibu hamil pada usia lanjut mungkin tidak kedengaran teruk pada telinga orang awam. 

Namun, kemajuan teknologi perubatan membolehkan mereka hamil tanpa komplikasi kesihatan yang serius.

Jika anda merancang untuk hamil di usia 40, teruskan membaca untuk mengetahui perkara penting berkenaan dengannya.

#1 Mereka yang merancang hamil di usia 40 sukar mengandung!

hamil di usia 40

Semakin tua usia seseorang itu semakin berkuranglah kadar kesuburannya.

Bukan ke telur (ovum) wanita akan terus dikeluarkan daripada ovari selagi belum menopaus?

Fakta itu benar namun apa yang membezakan bagi wanita berlainan usia adalah kualiti ovum tersebut.

Dalam istilah perubatan, anda akan dianggap berusia lanjut dalam konteks kehamilan jika anda berumur lebih daripada 35 tahun.

Menurut Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), tahap kesuburan wanita akan mula menurun apabila mereka mencecah usia 32 tahun.

Penurunan yang signifikan akan berlaku terutamanya ketika wanita berusia 37 tahun dan apabila menginjak 44 tahun, peluang kehamilan spontan hampir mencecah sifar.

Ini bermakna, tanpa bantuan perubatan seperti persenyawaan in-vitro (IVF), amat sukar untuk hamil di usia 40 tahun.

Bahkan, dengan bantuan IVF sekalipun, peluang untuk mereka yang berusia lanjut untuk hamil semakin tipis. Menurut CDC, mereka yang berusia:

  1. Bawah 35 tahun, mempunyai kadar kejayaan IVF setinggi 36%.
  2. Antara 38 hingga 40 tahun, mempunyai kadar kejayaan IVF setinggi 22%.
  3. 41 dan 42 tahun mempunyai kadar kejayaan IVF setinggi 13%.
  4. 42 tahun dan ke atas mempunyai kadar kejayaan IVF setinggi 6%.

#2 Bukan sahaja ibu sukar untuk hamil, malah susah untuk kekalkan kehamilan tersebut 

https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/2019-nCOV/Annex_12_Management_of_close_contact.pdf

Apabila bercakap mengenai kualiti ovum, ia bukan hanya mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu hamil, malah risiko komplikasi lain seperti keguguran dan mati di dalam kandungan.

Apa beza di antara keduanya? Jika bayi anda mati sebelum berusia 20 minggu, ia dikira sebagai keguguran.

Lebih daripada itu dikelaskan sebagai mati di dalam kandungan.

Antara faktor utama mengapa perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh masalah berkaitan dengan maklumat kromosom.

Semakin lanjut usia seseorang itu, semakin tinggi risiko mereka untuk mempunyai sel telur yang bermasalah.

Walaupun punca di sebalik kematian di dalam kandungan sukar untuk dikenal pasti, kajian yang dijalankan pada tahun 2008 di Kanada menunjukkan komplikasi kehamilan seperti kencing manis dan darah tinggi boleh meningkatkan risiko tersebut.

Apabila anda hamil di usia 40, pemantauan dan penjagaan akan dibuat dengan lebih teliti. 

Kebanyakan doktor tidak akan membenarkan wanita pada lingkungan usia tersebut untuk melahirkan anak melebihi tarikh bersalin.

Jika tiada kontraksi, mereka akan diberikan ubat yang berupaya merangsang sistem fisiologi badan untuk mula berkontraksi.

#3 Hamil di usia 40 tingkatkan risiko komplikasi kehamilan

Perkara ini diketahui umum. Mereka yang lanjut usia lebih terdedah kepada komplikasi kehamilan seperti diabetes gestasi, preeklampsia dan sebagainya.

Ujian saringan semasa hamil boleh mengesan keadaan ini lebih awal namun ia tidak mengubah fakta bahawa mereka yang hamil lewat berisiko untuk mengalami pelbagai jenis komplikasi.

Tahap kesihatan ibu dan anak boleh terjejas sekiranya ia tidak terkawal. 

Perkara ini mendedahkan wanita yang hamil di usia 40 tahun dan ke atas untuk melalui pembedahan caeserean (czer).

Apa yang lebih merunsingkan para doktor adalah masalah uri melekat atau kedudukan uri yang tidak berada pada tempat sepatutnya.

Anda mungkin berminat:

JAGA-JAGA! Bahaya Uri Melekat Pada Rahim, Boleh Sampai Ragut Nyawa

Satu keadaan kesihatan yang dikenali sebagai placenta praevia.

Secara amnya, dalam 200 kehamilan, akan ada 1 kes yang melibatkan komplikasi ini.

Walau bagaimanapun, mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas lebih berisiko.

Mereka yang didiagnosis dengan masalah placenta praevia perlu dipantau dengan lebih rapi. 

Jika tidak, mereka boleh mengalami kelahiran pramatang atau kematian bayi di dalam kandungan.

#4 Anak terdedah kepada kecacatan fizikal dan perkembangan otak

ibu

Walaupun kehamilan pada semua peringkat usia mempunyai risiko untuk menyebabkan masalah kecacatan kromosom seperti sindrom Down, wanita yang berusia 35 tahun dan ke atas lebih berisiko.

Sebagai contoh, mereka yang hamil pada usia 25 tahun mempunyai risiko 1 dalam 1,250 kehamilan untuk mendapat anak sindrom Down.

Nisbah tersebut menjadi semakin signifikan apabila usia semakin meningkat.

Mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas mempunyai risiko 1 dalam 100 kehamilan untuk mendapat anak sindrom Down.

Oleh sebab itu, penting bagi wanita untuk membuat saringan kesihatan, mengambil suplemen dan memperuntukkan masa merancang sebelum hamil.

Peranan doktor dan wanita yang hamil di usia 40 tahun itu sendiri penting bagi memastikan komplikasi kehamilan dapat diminimumkan.

Konklusi

Fakta yang dikemukakan tidak bermaksud untuk melarang anda daripada hamil di usia 40 tahun.

Ia merupakan peringatan betapa pentingnya penjagaan pranatal semasa kehamilan.

Jika anda risau berkenaan dengan hal ini, rujuk doktor anda untuk khidmat nasihat perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Rujukan
  1. The Truth About Pregnancy Over 40. (https://www.nytimes.com/2020/04/15/parenting/pregnancy/baby-after-40.html). Diakses pada 29 April 2020.
  2. CDC Birth Provisional Data for 2018. (https://www.cdc.gov/nchs/data/vsrr/vsrr-007-508.pdf). Diakses pada 29 April 2020.
  3. Assisted Reproductive Technology. (https://www.cdc.gov/art/pdf/2016-report/ART-2016-National-Summary-Report.pdf). Diakses pada 29 April 2020.
  4. How to Recognize Miscarriage Symptoms and Cope With the Aftermath. (https://www.nytimes.com/article/miscarriage.html). Diakses pada 29 April 2020.
  5. Maternal age and risk of stillbirth: a systematic review. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2175002/). Diakses pada 29 April 2020.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

Mungkin penyebab air ketuban pecah jelas, namun bukan semua ibu hamil tahu bezakan air ketuban dengan air kencing. Ini 6 tip berkenaan dengannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Macam Mana Rasanya Sakit Kontraksi? Bakal Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin

Terdapat pelbagai jenis kontraksi yang boleh dirasai oleh ibu hamil. Bagi mereka yang baru pertama kali hamil, pasti anda tertanya-tanya, sakit ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli