Mereka yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai 25% peluang untuk hamil. Jika dibandingkan dengan mereka yang berusia 25 tahun, peluang ini boleh dianggap sangat rendah.
2. Hubungan seks seharusnya dilakukan 1-2 hari sebelum ovulasi
Kajian menunjukkan, mereka yang mengira waktu subur dan melakukan hubungan seks 1-2 hari sebelumnya mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk hamil.
Namun jika dibandingkan dengan mereka yang berusia 34 tahun dan ke bawah, peluang ibu mengandung bagi wanita berusia 35 tahun dan ke atas sangat rendah.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Boston yang melibatkan 2,820 pasangan telah menunjukkan 72% daripada jumlah subjek yang berusia 35 tahun ke atas hamil setelah setahun mencuba.
Mereka yang berusia 34 tahun ke bawah pula mempunyai kebarangkalian setinggi 87%.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian-kajian lain yang pernah dilakukan berkenaan dengan pemalar yang sama (masa melakukan hubungan seks dan kehamilan).

3. Sukar untuk ibu mengandung jika usia melebihi 35 tahun
Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Mohamed Hassan dan Stephen Killick pada tahun 2006 melibatkan 1,976 wanita, 72% subjek yang berusia 35 tahun ke atas hamil manakala bagi mereka yang berusia 25 tahun ke bawah, 90% daripada mereka hamil.
Secara puratanya mereka yang berusia 35 tahun ke atas hamil setelah 11 bulan mencuba.
Bagi mereka yang berusia 25 tahun ke bawah pula, mereka hanya perlu mencuba untuk 5-6 bulan.
Apa yang lebih menakutkan lagi adalah, pakar menjangkakan peratusan tersebut sebagai nilai yang lebih rendah daripada nilai sebenar.
Ini berikutan pengkaji utama hanya menemu ramah mereka yang sudah hamil, bukan mereka yang masih mencuba untuk hamil.
4. Setelah berusia 35 tahun ke atas, risiko keguguran meningkat sehingga 60%
Ada sebabnya kenapa mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas dianggap sebagai kehamilan berisiko tinggi.
Kajian mengenai risiko keguguran pada ibu mengandung yang berusia 35 tahun ke atas dilakukan pada wanita yang menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF).
Mungkin ada berpendapat bahawa dapatan tersebut tidak tepat. Walau bagaimanapun kajian yang hampir sama pada mereka yang subur menunjukkan dapatan yang serupa.
Bagi mereka yang menjalani rawatan IVF risiko keguguran meningkat setinggi 60% pada usia 45 tahun.

5. Mereka yang pernah melahirkan anak mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil kelak
Mereka yang pernah melahirkan anak pada usia muda kelihatan tidak mempunyai masalah kesuburan sehingga mereka mencapai usia 38 tahun.
Bagi mereka yang tidak pernah melahirkan anak pula, masalah ketidaksuburan kebiasaannya berlaku lebih awal, pada usia 33-34 tahun.
Terdapat dua sebab yang diberikan oleh pakar:
- Kelahiran melaras semula tahap kesuburan wanita namun mekanisme di sebalik fenomena ini tidak diketahui
- Fenomena bias pemilihan. Mereka yang pernah melahirkan anak adalah lebih subur berbanding mereka yang tidak melahirkan anak pada usia muda.
Hipotesis ini telah dibuktikan melalui kajian terhadap 2,820 yang telah dijalankan oleh Dr Kenneth J Rothman, Profesor Epidemiologi dari Universiti Boston.
6. Usia pasangan anda (suami) penting terutamanya jika mereka berusia 40 tahun dan ke atas
Perkara ini telah dibuktikan melalui kaji selidik yang dilakukan oleh Hassan dan Killick.
Wanita yang mempunyai pasangan berusia 45 tahun dan ke atas mempunyai purata masa 19 bulan untuk hamil. Bagi lelaki yang berusia 50 tahun pula, masa untuk wanita hamil berada pada purata 32 bulan, hampir dua kali ganda daripada mereka yang berusia 45 tahun!
Oleh sebab itulah kehamilan bukan satu perkara yang menjadi kesalahan wanita apabila ia tidak menjadi.
Boleh jadi, ada masalah dengan tahap kesuburan suami.

7. Gaya hidup penting bagi menentukan peluang ibu mengandung
Mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, merokok terutamanya, boleh memberikan kesan buruk kepada tahap kesuburan wanita.
Mereka yang merokok mempunyai risiko 2 kali ganda untuk tidak mempunyai anak selepas 5 tahun mencuba.
Begitu juga dengan rawatan kesuburan, pasangan yang menjalani rawatan IVF mempunyai risiko kegagalan yang tinggi sekiranya mempunyai tabiat merokok.
Mereka yang merokok mempunyai risiko keguguran 30% lebih tinggi berbanding dengan wanita lain pada usia yang sama.
Namun, kesan ini boleh dielakkan dengan cara berhenti merokok.
Konklusi
Jika anda ingin merancang kehamilan, pastikan anda mempertimbangkan sebaiknya berkenaan dengan usia hamil.
Lebih baik jika anda berbincang dengan pakar bagi mendapatkan nasihat perubatan dan pemeriksaan fizikal sekiranya perlu.
Kehamilan pada usia 35 tahun ke atas mempunyai risiko tertentu namun itu tidak bermakna mereka yang mencecah usia tersebut tidak boleh mempunyai anak.