Secara umumnya, kita perlu mengimbangi semula nisbah Omega-3 dan asid lemak Omega-6. Di sebabkan kebanyakan minyak sayuran dan makanan bijirin berkualiti rendah serta produk haiwan yang sarat kimia berada dalam diet pemakanan harian. Manfaat Omega-3 adalah banyak, termasuk; mengurangkan kesakitan dan keradangan, menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik, memperbaiki daya ingatan, melawan tekanan, melindungi daripada seranagn jantung dan strok, mengurangkan kesakitan haid dan banyak lagi. Kesan yang terbaik adalah ia mematikan mekanisme penyimpanan lemak dan menghidupkan mekanisme pembakaran lemak. Apabila membeli suplemen Omega-3, semak senarai untuk memastikan ia bebas dari pembawa minyak seperti soya.
Multivitamin
Seperti yang telah kita bincangkan, diet moden cenderung menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral tertentu. Dr. Mercola menyatakan, “saya rasa adalah amat penting untuk generasi akan datang; sama ada lelaki atau wanita, mengambil multivitamin berkualiti tinggi”. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan supleman dalam pasaran, mencari yang terbaik adalah amat sukar… terlalu banyak produk dan terlalu banyak syarikat.
Sayuran hijau hebat
Diet pemakanan ramai individu adalah kurang pengambilan sayuran. Minuman sayuran hijau yang hebat memberikan semua mikronutrien yang diperlukan badan – banyak yang membantu mengurangkan lemak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Minuman hijau berkualiti tinggi menunjukkan peningkatan status antioksidan dalam badan, meningkatkan pH, mengurangkan hormon tekanan dan banyak lagi.
Bukan semua supleman adalah sama! Ramai individu merasakan bahawa semua suplemen adalah semula jadi. Itu bukanlah hakikatnya. Kebanyakan vitamin dan mineral dalam suplemen diet adalah dihasilkan secara saintifik. Dipercayai bahawa kebanyakan vitamin sintetik terpencil adalah bersifat kimia dan mempunyai struktur yang berbeza berbanding yang terdapat dalam makanan dan mungkin tidak mendapatkan kesan yang sama kepada badan manusia.
Berikut adalah beberapa garis panduan umum untuk membantu memilih suplemen makanan berkualiti tinggi:
- Ia perlu menjadi paling hampir dengan bentuk semula jadi (makanan keseluruhan)
- Apakah pensijilan atau standard industri untuk kawalan kualiti yang telah dilakukan ke atas produk terbabit? Cari ISO 9001, ISO 17025, dan pensijilan Proses Pembuatan Baik (GMP).
Jadilah pengguna yang bijak dan berpengetahuan. Jika wujud keraguan, berbincang dengan profesional kesihatan yang tidak mempunyai kepentingan dalam sebarang produk atau jenama supleman.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen