Protein
Anda disarankan untuk mengambil protein yang mempunyai lemak sihat dan rendah kalori. Lagipun, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Anda boleh mendapati protein ini daripada makanan seperti kekacang. Protein yang terdapat dalam makanan seperti ini sebenarnya lebih disarankan daripada yang terdapat dalam daging merah.
Susu penuh krim
Menurut kajian, wanita yang mengamalkan diet pengambilan produk tenusu rendah lemak akan mengalami kesukaran untuk hamil. Sementara itu, wanita yang kerap mengambil produk tenusu tinggi lemak pula tidak akan mengalami kesukaran untuk hamil. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil lebih banyak produk tenusu tinggi lemak seperti susu penuh krim dan kurangkan pengambilan produk tenusu rendah lemak.
Kafein
Anda perlu mengambil kopi, teh atau apa-apa minuman berkafein pada kadar yang sepatutnya tetapi perlu menjauhkan diri daripada minuman bergula. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kopi atau teh pada kadar yang betul tidak akan menjejaskan ovulasi.
Pelbagai jenis vitamin
Menurut kajian yang dilakukan di Harvard, wanita yang mengambil pelbagai jenis vitamin sepanjang 8 tahun kajian akan membawa 400 mikrogram asid folik dalam badan dan 40 peratus daripada mereka tidak akan mengalami masalah ovulasi atau ketidaksuburan berbanding wanita yang tidak mengambil vitamin.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen