
Zaman ini, ramai lelaki dan wanita yang telah berkerjaya lebih cenderung untuk mula berkahwin sedikit lewat daripada biasa.
Mungkin ada yang mula berkahwin setelah umur mencapai 30-an.
Ramai yang beranggapan, tidak mengapa berkahwin lewat kerana rawatan IVF tersedia sekiranya mereka sukar untuk hamil apabila usia sudah mula lanjut.
Namun, umur sebenarnya memainkan peranan yang amat penting untuk dipertimbangkan.
Walaupun rawatan IVF sememangnya tersedia untuk anda jalani, namun ia bukanlah semudah yang anda sangkakan.
Anda pasti tahu bahawa tahap kesuburan akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Begitu juga dengan proses kehamilan ivf , kejayaan rawatan IVF juga akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia anda.
#6. “Diet dan gaya hidup tertentu boleh rawat semula kemandulan”
Tidak dinafikan bahawa banyak faktor gaya hidup dan pemilihan makanan tertentu boleh menyebabkan ketidaksuburan.
Ini seperti merokok yang boleh menyebabkan kemandulan pada wanita dan juga lelaki.
Selain itu, mandian tab panas juga boleh mengurangkan jumlah sperma dalam kalangan kaum lelaki secara signifikan.
Walaupun diet dan gaya hidup tertentu boleh menjejaskan kesuburan seseorang, tidak bermakna dengan menukar diet boleh merawat kembali kemandulan yang telah terjadi. Ia tidak semudah itu.
Walaupun ramai yang mendakwa bahawa terdapat jenis makanan tertentu yang boleh membantu anda untuk hamil dengan lebih cepat, ia sebenarnya tidak begitu diyakini memandangkan tidak terdapat bukti yang kukuh di sebalik dakwaan tersebut.
Namun anda tidak sepatutnya mengabaikan pemakanan yang sihat dalam diet harian anda.
Ia tidak merawat kemandulan tetapi ia mungkin boleh membantu anda untuk hamil.
#7. “Herba dan suplemen boleh tingkatkan kesuburan anda”

Ada juga yang menyatakan bahawa herba-herba khusus, remedi atau suplemen boleh membantu meningkatkan kesuburan seseorang. Adakah ia benar?
Terdapat beberapa suplemen yang mungkin boleh membantu meningkatkan kesuburan seseorang namun ia tidak boleh merawatnya secara keseluruhan.
Ingat, sebarang produk yang didakwa sebagai “semula jadi”, “alami, atau “asli”, tidak bermakna ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda.
Dalam sesetengah kes, ia boleh memberikan kesan tindak balas akibat daripada ubat-ubatan yang anda ambil.
Walaupun vitamin dan mineral sememangnya baik untuk tubuh, ia boleh membahayakan kesihatan jika diambil dalam dos yang terlalu banyak.
Nasihat daripada kami tentang proses kehamilan ivf
Masih terdapat pelbagai lagi mitos yang sering berlegar di luar sana berkenaan isu kesuburan dan kemandulan.
Ini termasuklah kemandulan pada wanita yang sering disalah angggap dan juga ubat-ubat untuk merawat kemandulan.
Namun, 7 mitos yang kami senaraikan di atas adalah yang paling kerap berlegar dalam kalangan masyarakat Malaysia mengenai proses kehamilan ivf.
Jika anda tidak begitu pasti berkenaan sesuatu perkara, hadirlah ke klinik atau hospital dan bertanyalah kepada doktor di sana.
Mereka pasti akan membantu anda dan menjelaskan segala keraguan yang anda fikirkan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen