Pakar TAK Galak Anda Ambil Air Selusuh Atau 8 Cara Cepatkan Proses Bersalin Ini, Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Mei 18, 2020

Apabila cukup tempoh 9 bulan anda mengandung,  anda semakin menghampiri tempoh melahirkan anak. Pastinya pelbagai petua berkaitan kaedah memudahkan proses bersalin diberikan, antara air selusuh. 

Apa itu air selusuh?

Pada dasarnya, air selusuh merupakan air yang terkenal dalam kalangan masyarakat berbangsa Melayu.

Ini kerana ia dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu yang hamil mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.

Fungsi air selusuh ini bukan sahaja untuk diminum, malahan boleh disapu pada perut.

Air selusuh merupakan air yang dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.

Terdapat juga penyediaan air selusuh yang merendam akar Fatimah (rose of jericho) yang kebiasaannya diperolehi dari Mekah.

Malahan ada yang menggunakan air zam-zam, minyak kelapa dara serta minyak zaitun dalam proses penyediaan dan pembuatan air ini.

Benarkah air selusuh dapat percepatkan proses bersalin?

air-selusuh-bantu-percepatkan-bersalin

Secara saintifiknya, tiada kajian atau penyelidikan yang boleh membuktikan bahawa air selusuh ini boleh membantu mempermudahkan proses kelahiran.

Ia hanyalah ikhtiar yang bersandarkan kepada kekuasaannya Allah SWT. Oleh kerana itu, air ini menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Menurut Pakar Obsterik & Ginekologi, Dr Muhammad Izzat, terdapat penyediaan air selusuh yang menggunakan bahan seperti akar fatima, akar kayu dan herba lain di dalam air tersebut.

Hal ini sekali gus menjadi, campuran dan gabungan air dengan tambahan bahan herba lain akan mewujudkan bahan kimia aktif.

Ia akhirnya menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.

Adakah penggunaan air selusuh digalakkan kepada ibu yang mengandung?

Bagi Dr Muhammad Izzat, beliau secara peribadinya tidak mengalakkan ibu mengandung meminum air selusuh disebabkan beberapa faktor, iaitu:

  • Pengambilan air selusuh, ia secara tidak langsung memberikan risiko kepada ibu.
  • Penggunaan air ini sebenarnya seperti memaksa pintu rahim untuk terbuka sedangkan ia belum tiba waktunya untuk bersalin.
  • Meminum air selusuh boleh sebabkan kesakitan kontraksi yang teramat sangat, sedangkan pintu rahim masih belum terbuka.
  • Tingkatkan risiko komplikasi, bukan sahaja kepada ibu yang mengandung tetapi juga kepada bayi dalam kandungan.

Kaedah orang dulu-dulu yang berbahaya untuk mempercepatkan proses bersalin

Mungkin anda pernah mendengar sekurang-kurangnya sekali satu kaedah orang dulu-dulu tentang mempercepatkan bersalin.

Anda mungkin akan menerima beberapa nasihat tentang perkara bagaimana yang perlu anda lakukan untuk memujuk bayi keluar tepat pada masa, atau lebih awal beberapa hari, contohnya:

  1. Bawa kereta pada jalan berlekak-lekuk
  2. Mogok lapar
  3. Lakukan senaman
  4. Jadi takut
  5. Gunakan julap
  6. Minum teh herba
  7. Makan makanan pedas
  8. Minum minyak jarak/ kastor

Wanita dalam pelbagai generasi selalunya menyebarkan mulut-ke-mulut tentang kaedah penggunaan minyak jarak, kerana ia akan menimbulkan masalah dalam usus anda, yang merangsang bahagian bawah tubuh anda dan mula untuk mengejang bagi melahirkan bayi.

Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kaedah ini apabila masa bersalin anda masih belum tiba, anda akan mengalami cirit-birit.

Anda perlu ingat kebanyakan cara orang lama bukanlah berdasarkan sains dan ia tidak semestinya berhasil.

Sesetengah cara juga malahan bukanlah sesuatu yang bijak. Lebih-lebih lagi cara mogok lapar, ia tidak bagus untuk anda dan bayi.

Kaedah saintifik mempercepatkan bersalin

Sesetengah ibu mengandung yang sedang menunggu kelahiran bayi mungkin mengalami proses bersalin yang agak lambat dan memakan masa yang lebih lama berbanding dari yang sepatutnya.

Berikut adalah dua petua orang lama yang boleh anda cuba, yang secara saintifiknya dapat membantu mempercepatkan proses bersalin.

Kerap berjalan:

Aktiviti mudah ini boleh menolak bayi anda ke kawasan pelvik disebabkan oleh graviti dan operasi di pinggul anda.

Tekanan bayi yang memberi kesan pada pelvik boleh merangsang servikal anda atau membantu anda terasa lebih kekejangan.

proses bersalin

Urutan:

Beberapa kajian menunjukkan bahawa urutan boleh meningkatkan tahap hormon oksitosin dalam tubuh anda dan merangsang kontraksi untuk kelahiran.

Jika anda tidak biasa dengan urutan, mediatasi atau juga pelukan dengan pasangan anda boleh membantu anda melepaskan tekanan dan meningkatkan tahap hormon oksitosin dalam tubuh anda.

Meskipun kaedah di atas adalah berasaskan saintifik; ia tidak bermakna bahawa doktor akan menasihatkan anda untuk mencuba salah satu daripadanya.

Secara semula jadi

Secara amnya, nasihat terbaik adalah untuk bersabar dan biarkan anda bersalin semula jadi, tanpa perlu dipaksa.

Jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau kekeliruan mengenai perkara ini, bertanyakan kepada doktor atau pakar fertiliti untuk mendapatkan pandangan dan solusi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Tarikh Bersalin Dah Dekat, Apa Persediaan Ibu Hamil Di Saat COVID-19?

Coronavirus sedang menular, doktor jangkakan tempoh melahirkan anak dalam jangka masa terdekat. Aduh, macam mana persediaan bersalin ketika COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 Mac 25, 2020

Bila Haid Pertama Selepas Bersalin Akan Kembali? Ini 5 Perkara Ibu WAJIB Tahu

Sepanjang 9 bulan kehamilan, seseorang wanita yang mengandung tidak akan mengalami period. Hmmm...rasa berdebar pula menunggu haid selepas bersalin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Merancang Cuti Bersalin, 7 Perkara Penting Buat Wanita Hamil Berkerjaya – WAJIB Tahu!

Jika anda wanita hamil berkerjaya, perkara penting perlu anda ketahui adalah untuk merancang cuti bersalin sebaiknya sebagai 1 persediaan sebelum bercuti.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

7 Makanan Ini ‘Kunci’ Utama Cepat Sembuh Lepas Bersalin Czer, Apa Tunggu Lagi Ibu?

Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Kelahiran Bayi Januari 6, 2020

Artikel lain untuk anda

Tahu Tak, Nak Mandi Selepas Bersalin Pun Ada Syaratnya, Bukan Boleh Terus Ke Bilik Air

Tahu Tak, Nak Mandi Selepas Bersalin Pun Ada Syaratnya, Bukan Boleh Terus Ke Bilik Air

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada Mei 20, 2020
Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada Mei 19, 2020
Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada Mei 15, 2020
Oh, Baru Tahu! Selain Bersalin Normal & Czer, Ade 3 Lagi Kaedah Bersalin Natural

Oh, Baru Tahu! Selain Bersalin Normal & Czer, Ade 3 Lagi Kaedah Bersalin Natural

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada Mei 7, 2020