Semasa mengandung, macam-macam benda terasa ingin disuap ke mulut. Tetapi ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil. Ingin tahu apakah makanan tersebut?
Wanita hamil perlukan makanan berkhasiat
Seorang wanita hamil perlu memastikan setiap makanan yang diambil membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk janin membesar dan berkembang dengan baik. Selain itu badan juga perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik untuk bersedia dengan perubahan.
Untuk proses kehamilan yang sihat, diet pemakanan ibu mengandung perlulah seimbang dan berkhasiat. Ia perlu mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan lemak serta mengambil pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan.
Sesetengah diet pemakanan wanita hamil mungkin dipengaruhi kepercayaan bangsa, keperluan asas agama atau berdasarkan tahap kesihatan. Jadi pastikan anda mendapatkan rundingan dan nasihat doktor sebelum merancang sebarang diet kehamilan.
Tetapi bukan semua makanan boleh diambil dan dimakan oleh wanita hamil. Ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita yang sedang mengandung. Ia adalah kerana kesan yang mungkin berlaku kepada diri atau bayi dalam kandungan.
4 makanan harus dielakkan
Jom semak senarai 4 makanan perlu dihindari wanita hamil:
-
Makanan laut tinggi merkuri
Merkuri adalah 1 elemen bertoksik tinggi dan biasanya ditemui di kawasan laut yang tercemar. Jadi wanita yang sedang hamil sangat perlu mengelakkan daripada memakannya.
Pengambilan makanan bermerkuri boleh mendatangkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Ia menyebabkan perkembangan bayi menjadi lambat dan berisiko meningkatkan masalah kerosakan saraf bayi.
Kandungan merkuri yang tinggi dalam makanan berisiko menjejaskan sistem imun badan, fungsi buah pinggang serta sistem saraf.
Jika ibu hamil ingin memakan makanan laut, pastikan anda mengehadkan pengambilannya sekitar 1 atau 2 kali sebulan dalam jumlah yang sedikit.
Antara makanan yang mengandungi merkuri adalah:
- Ikan makarel
- Ikan tuna
- Ikan yu
-
Ikan mentah
Jika anda penggemar makanan sushi terutamanya yang mengandungi ikan mentah, sila berikan perhatian. Ini kerana ia tersenarai antara 9 jenis makanan harus dielakkan wanita hamil.
Ikan mentah berisiko menyebabkan pelbagai jangkitan seperti norovirus, Vibro, Salmonella dan Listeria. Sesetengah jangkitan mungkin hanya mendatangkan kesan kepada ibu mengandung, menjadikan mereka lemah dan terhidrasi.
Namun, terdapat juga jangkitan yang menjejaskan bayi dalam kandungan. Ia boleh memberikan kesan serius sehingga menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.Â
-
Daging separuh masak, mentah dan diproses
Pengambilan daging separuh masak atau mentah boleh meningkatkan risiko jangkitan beberapa bakteria atau parasit termasuklah Toxoplasma, E.coli, Listeria dan Salmonella.
Bakteria tersebut boleh mengancam kesihatan bayi yang belum lahir, menyebabkan kematian atau penyakit neurologi kronik termasuk ketidakupayaan intelektual, buta dan epilepsi.Â
Daging yang diproses seperti sosej atau daging burger juga adalah makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana jenis daging ini mungkin dijangkiti pelbagai bakteria dalam proses penghasilan atau penyimpanannya.
-
Telur mentah
Jika anda peminat telur separuh masak atau mentah, ketahuilah bahawa ia juga termasuk dalam makanan harus dielakkan oleh ibu mengandung.
Ini kerana telur mentah mungkin mengandungi Salmonella. Antara simptom jangkitan yang mungkin dialami ibu hamil adalah demam, loya, muntah, kekejangan perut dan cirit-birit.Â
Walau bagaimanapun, ia bukanlah kes yang biasa berlaku dan ini mungkin terjadi disebabkan kulit telur yang tidak dibasuh bersih.Â
Dalam sesetengah kes, ia mungkin menyebabkan kekejangan pada uterus. Keadaan ini cenderung menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau kematian bayi dalam kandungan.
Jadi ibu hamil semua, pastikan telur yang akan anda ambil masak sepenuhnya, okay?
Pentingkan kebersihan
Makanan yang bersih adalah 1 perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita hamil. Elakkan memakan buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh kerana ia mungkin mengandungi bakteria dan parasit.
Jadi pastikan makanan yang akan diambil terjamin kebersihannya. Hindari jenis-jenis makanan harus dielakkan jika anda tidak mahu berdepan sebarang komplikasi sepanjang tempoh kehamilan anda.
[embed-health-tool-ovulation]