Sebaliknya, mereka hanya diberitahu bahawa seks adalah selamat tetapi kesannya ke atas proses kelahiran tidak diketahui. Pasukan pengkaji kemudiannya merekodkan tempoh kehamilan mereka dan sama ada mereka
Mereka mendapati kadar keperluan untuk cetusan proses kehamilan secara perubatan adalah hampir sama untuk kedua-dua kumpulan (22% dalam kumpulan pertama dan 20.8% dalam kumpulan kedua).
Perbezaan peratusan ini adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk membuat sebarang kaitan.
Menurut Dr. Tan Peng Chiong, Pakar Sakit Puan daripada Universiti Malaya, merangkap salah seorang penulis untuk kajian ini,
“Kami sedikit kecewa dengan keputusan yang diperoleh kerana ia tidak menunjukkan sebarang kaitan (antara seks ketika hamil dan juga cetusan kelahiran).”
“Bagus juga kalau pasangan mempunyai sesuatu (aktiviti) yang berkesan, selamat dan juga menyeronokan untuk mereka lakukan bersama bagi mencetuskan proses kelahiran lebih awal jika mereka mahu,” tambah Dr. Tan lagi.
Menghapuskan mitos yang kuat tersemat

Walaupun kajian ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam kepantasan kelahiran atau penurunan dalam kadar pencetusan kelahiran, ia membantu untuk mengukuhkan pendapat bahawa seks ketika hamil adalah selamat.
Ini bertentangan dengan amaran semasa yang mencadangkan agar pasangan berhati-hati jika mereka ingin melakukan seks ketika hamil.
Tambah Dr. Tan lagi, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kehamilan telah berevolusi untuk menjadi lebih rintang terhadap gangguan. Ini adalah sesuatu yang masuk akal kerana proses kehamilan adalah sesuatu yang bernilai dan ia perlu mempunyai sedikit daya tahan untuk mencapai kemandirian spesies.
Selain seks, terdapat juga kaedah-kaedah lain yang telah diuar-uarkan sebagai kaedah perangsang kelahiran seperti mandi air panas, pengguna minyak kastor, makanan tambahan berunsur herbal dan juga akupuntur.
Menurut Servis Kesihatan Kebangsaan UK (NHS), kesemua kaedah-kaedah ini tidak mempunyai sebarang sokongan kajian untuk mengatakan ia berkesan dalam mencetuskan kelahiran. Pasangan tidak perlu lagi risau jika mereka ingin melakukan hubungan seks semasa berada di minggu-minggu akhir perkahwinan.
Namun, jika air ketuban sudah pecah, hubungan seks perlu dielakkan kerana ia berisiko untuk menyebabkan jangkitan pada bayi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen