backup og meta

Kajian Mengatakan Dengan Melakukan Seks Boleh Mengurangkan Migrain!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/08/2020

    Kajian Mengatakan Dengan Melakukan Seks Boleh Mengurangkan Migrain!

    Seks adalah satu kenikmatan dalam kehidupan sepasang suami isteri. Kemanisan yang dikecapi semasa melakukannya bersama pasangan tercinta dikatakan adalah kunci kepada kebahagiaan rumah tangga. Dalam pada itu, ia juga sebenarnya mempunyai 1001 manfaat yang mungkin kita tidak sedar. Ada dakwaan yang mengatakan seks boleh mengurangkan migrain. Wow! Betul ke dakwaan ini?

    Benar atau tidak seks boleh mengurangkan migrain?

    Menurut kajian yang dilakukan oleh Stefan Evers yang merupakan pakar neurologi dari University of Münster di Jerman, sekurang-kurangnya 1 daripada 3 pesakit migrain mengakui bahawa seks bersama pasangan mampu mengurangkan sakit kepala yang dialami.

    Kajian itu turut menjelaskan bahawa aktiviti seksual mungkin sedikit sebanyak mampu mengurangkan sakit kepala kesan daripada rembesan hormon endorfin, ‘ubat tahan sakit’ semula jadi yang terhasil semasa melakukan hubungan intim.

    Disebabkan itu, ramai pesakit kini mempercayai bahawa hubungan seksual bersama pasangan adalah satu bentuk terapi yang dapat mengurangkan sakit kepala. 

    Kajian terhadap 1,000 individu yang mempunyai masalah migrain

    Menerusi kajian Evers, 800 pesakit migrain dan 200 lagi pesakit sakit kepala kluster telah diberi borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan pendapat mereka tentang kaitan seks dan pengurangan sakit kepala. Hasilnya amat mengejutkan!

    60% daripada individu yang diselidik bersetuju bahawa hubungan seksual bersama pasangan masing-masing memang boleh mengurangkan sakit kepala. Bakinya pula percaya bahawa seks hanya akan memburukkan lagi sakit kepala yang dialami.

    Persoalannya, adakah seks benar-benar boleh mengurangkan atau memburukkan lagi migrain yang dialami?

    Orgasma adalah penentunya

    Menurut Alexander Mauskop, yang merupakan pakar neurologi dan pengarah New York Headache Center di Amerika, hubungan intim mungkin bukan faktor utama yang akan mengurangkan sakit kepala. 

    Malahan, beliau turut menjelaskan bahawa kebanyakan penderita migrain sebenarnya tidak suka disentuh kerana mereka mungkin terlalu sensitif terhadap cahaya, bunyi dan sentuhan. Jadi, mungkin benar ia akan memburukkan lagi sakit kepala.

    Pun begitu, beliau turut menjelaskan bahawa ada satu ketika semasa melakukan seks yang mungkin boleh menyumbang kepada pengurangan sakit kepala. Ia adalah orgasma. Ini kerana ketika ini hormon endorfin akan dirembeskan. 

    Selain itu, hipotesis yang lain pula adalah migrain disebabkan oleh stres. Disebabkan oleh seks mampu mengurangkan stres, maka risiko untuk mengalami migrain juga akan dapat diturunkan. Jadi, ia mungkin dapat membantu mengurangkan sakit kepala yang dialami.

    Konklusi

    Kesimpulannya, sakit kepala mungkin boleh dikurangkan dengan penghasilan hormon endorfin dalam badan. Disebabkan itu, cuba elak sebarang tekanan dan jalani kehidupan dengan lebih tenang dan gembira. Dalam pada itu, jangan sesekali abaikan kehidupan seks anda. Mana tahu jika ia memang benar dapat menyelesaikan masalah migrain anda, tak begitu?

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan