Rawatan Alternatif Untuk Penyakit Jantung

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sistem kardiovaskular anda boleh dipertingkatkan fungsinya melalui rawatan alternatif dan perubahan gaya hidup. Diet yang sihat dan gaya hidup adalah penting dalam mengurangkan faktor risiko serangan jantung, dan ia juga penting untuk memastikan bahawa perubahan gaya hidup tidak akan mengganggu ubat-ubatan yang mungkin anda ambil. Oleh itu, selalulah berbincang dengan profesional perubatan sebelum mencuba sebarang rawatan alternatif.

Rawatan alternatif tidak sesuai apabila gejala serangan jantung hadir kerana ia akan mengancam nyawa. Simptom harus segera dirawat oleh penyedia perubatan kecemasan yang profesional. Walaupun rawatan yang disenaraikan di bawah tidak digunakan semasa serangan jantung, ia boleh digunakan untuk mengurangkan risiko mengalami serangan jantung. Rawatan-rawatan berikut  juga boleh menjadi sebahagian daripada pelan rawatan komprehensif selepas anda mengalami serangan jantung.

Meditasi

Penyelidikan telah menegaskan bahawa meditasi harian boleh melegakan tekanan dan menurunkan tekanan darah, yang merupakan dua faktor risiko utama untuk penyakit arteri koronari dan serangan jantung. Terdapat pelbagai jenis meditasi, termasuklah:

  • Meditasi kesedaran;
  • Meditasi berpandu;
  • Meditasi Mantra;
  • Qigong;
  • Tai Chi;
  • Yoga.

Mana-mana jenis meditasi seperti di atas memberi manfaat untuk menurunkan tekanan jantung. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu mengikuti sebarang bentuk meditasi secara khusus, anda mungkin hanya perlu duduk dengan selesa, tutup mata anda, kemudian membuat ulangan kata atau frasa selama 20 minit. Tujuan kaedah ini adalah untuk menenangkan dan menenangkan fikiran anda serta membiarkan minda dan badan anda untuk berehat.

Terapi pemakanan

Diet yang sihat adalah aspek penting dalam kesihatan jantung dan perlu untuk mencegah penyakit arteri koronari dan serangan jantung. Secara amnya, diet yang sihat yang mempunyai pelan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein tanpa lemak adalah cara yang berkesan untuk mengekalkan jantung yang sihat, juga bagi memastikan diri anda untuk menjauhi makanan yang diproses dan yang tinggi lemak dan gula.

Persatuan Jantung Amerika (AHA) mengesyorkan untuk mengambil asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Omega-3 adalah sejenis lemak yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Lemak ini boleh didapati daripada ikan air sejuk seperti herring, salmon, sardin, dan makarel. Walau bagaimanapun, kebanyakan individu tidak mendapat asid lemak omega-3 yang cukup dalam diet mereka. Suplemen Omega-3 boleh dipertimbangkan untuk diambil bagi memastikan pengambilan omega-3 yang mencukupi, tetapi ini harus di bawah pengawasan oleh seorang profesional perubatan, kerana dos yang tinggi dapat menyebabkan pendarahan. Oleh itu, pastikan anda mengambil suplemen asid lemak dengan berhati-hati jika tubuh anda mudah lebam, mempunyai masalah pendarahan, atau mengambil ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah seperti warfarin atau aspirin.

Senaman secara kerap

Senaman juga sangat penting dalam mengekalkan kesihatan jantung, kerana ia membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol, dan mengawal berat badan.Tiddak perlu melalui program senaman berat yang rumit. Hanya dengan aktiviti berjalan cepat selama 30 minit, lima kali seminggu akan membuat perbezaan yang ketara terhadap kesihatan anda. Bicaralah dengan profesional perubatan sebelum memulakan program latihan. Anda perlu pastikan jantung anda bersedia untuk senaman jika anda pernah mengalami serangan jantung sebelum ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai perubahan gaya hidup mudah yang boleh anda lakukan untuk mencegah serangan jantung dan mengekalkan kehidupan yang sihat selepas serangan jantung. Tetapi adalah penting untuk diingat bahawa rawatan alternatif tidak boleh diaplikasikan jika anda mengalami atau mengesyaki mempunyai gejala serangan jantung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut