backup og meta

Tak Tahu Anda Kurang Atau Terlebih Berat? Ini Jadual Berat Badan Ideal Untuk Orang Lelaki!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

    Tak Tahu Anda Kurang Atau Terlebih Berat? Ini Jadual Berat Badan Ideal Untuk Orang Lelaki!

    Bagi seorang lelaki dewasa, adakah anda tahu berat badan ideal lelaki? Sebagai contoh, berat badan ideal lelaki tinggi 165 cm atau 170 cm. Jika masih belum tahu, ikuti penerangan ringkas mengenainya di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Berat badan purata tidak sama dengan berat badan ideal lelaki

    Untuk pengetahuan anda, purata berat bagi seorang lelaki berbeza mengikut negara, bangsa dan umur mereka.

    Walau bagaimanapun, berat purata tidak semestinya sama dengan berat badan yang sihat.

    Berat ideal seseorang bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah ketinggian dan komposisi badan mereka.

    Mengekalkan berat badan yang baik adalah penting untuk kesihatan dan boleh mengurangkan risiko mendapat keadaan atau penyakit yang serius, seperti penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

    Faktor utama yang mempengaruhi berat badan

    berat badan ideal lelaki

    Terdapat dua perkara yang menjadi antara ukuran awal tahap kesihatan manusia iaitu berat dan juga ketinggian.

    Kedua-dua faktor ini dihubungkan dengan kalkulator atau carta khas. Oleh sebab itu, gabungan kedua-dua perkara ini boleh menentukan sama ada anda seorang yang sihat atau berlebihan berat badan.

    Bagi berat badan manusia secara amnya, terdapat 4 faktor yang boleh mempengaruhinya iaitu umur, jantina, tinggi dan juga saiz ukuran badan. Biasanya, orang lelaki mempunyai berat yang sedikit tinggi berbanding orang perempuan.

    Berat badan manusia juga boleh dikategorikan kepada tiga keadaan iaitu berat badan sihat, kurang berat badan dan juga berlebihan berat badan. Ini penerangannya:

    • Berat badan sihat: Ini bermakna berat badan anda berada dalam julat nisbah yang telah ditentukan
    • Kurang berat badan: Berat badan anda berada di bawah standard yang ditentukan dalam carta. Anda mesti mendapatkan bantuan perubatan profesional untuk mencari punca dan remedi untuk mengatasi keadaan ini
    • Berlebihan berat badan: Berat badan anda melebihi standard bagi ketinggian anda. Ia menunjukkan bahawa anda berisiko mendapat beberapa penyakit dan perlu mengambil langkah-langkah pemulihan untuk penurunan berat badan

    Jadual berat badan ideal untuk lelaki

    berat badan ideal lelaki

    Bagi orang lelaki, mungkin agak sukar untuk menentukan berat badan yang paling ideal berdasarkan ketinggian dan keadaan tubuh anda.

    Namun, anda boleh cuba lihat kepada senarai yang kami sediakan di bawah ini:

    Ketinggian (cm)

    Bentuk badan kecil Bentuk badan sederhana Bentuk badan besar
    157 51 – 53 54 – 59 57 – 64
    160 52 – 56 55 – 60 59 – 66
    162 54 – 57 56 – 62 60 – 67
    165 55 – 59 58 – 63 61 – 69
    168 56 – 60 60 – 65 63 – 71
    170 58 – 62 62 – 68 65 – 73
    173 60 – 64 63 – 69 67 – 75
    175 62 – 66 65 – 71 69 – 77
    178 64 – 68 66 – 73 71 – 79
    180 66 – 70 68 – 75 72 – 81
    183 67 – 72 70 – 77 75 – 84
    185 68 – 74 72 – 80 76 – 86
    188 71 – 76 74 – 82 79 – 88
    190 73 – 78 76 – 84 80 – 91
    193 75 – 80 78 – 86 83 – 93

    Bolehkah guna BMI untuk tentukan berat badan ideal lelaki? 

    berat badan ideal lelaki

    Boleh, tetapi ia mungkin tidak begitu tepat dan tidak menggambarkan keadaan yang sebenar untuk diri anda. Ini kerana, indeks jisim badan atau BMI merupakan satu pengiraan yang sangat mudah.

    Ia tidak mengambil kira ukuran pinggang, kadar lemak dalam badan dan juga kadar jisim otot badan.

    Oleh sebab itu, ada antara mereka dengan berat badan ideal lelaki tinggi 165 cm yang mungkin kelihatan sihat menurut BMI, namun sebenarnya tidak sihat jika dibuat perkiraan yang lebih tepat.

    BMI boleh memberikan gambaran kasar sama ada seseorang itu berada pada berat yang ideal atau tidak, dan ia berguna untuk mengukur trend dalam kajian populasi.

    Walau bagaimanapun, ia bukan satu-satunya ukuran untuk seseorang individu menilai sama ada berat badan mereka adalah berat yang ideal.

    Kesimpulan

    Berat badan ideal bagi setiap individu tidak sama, walaupun mempunyai berat dan juga ketinggian yang serupa.

    Ini kerana, banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan juga termasuklah etnik, jantina dan keadaan penyakit.

    Oleh itu, jika mahu mengetahui berat badan yang paling ideal, berjumpalah dengan doktor untuk menilai fizikal diri anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan