backup og meta

Jerawat Tumbuh Belakang Badan? Jom Ambil Tahu Punca Dan Cara Untuk Merawatnya!

Jerawat Tumbuh Belakang Badan? Jom Ambil Tahu Punca Dan Cara Untuk Merawatnya!

Jerawat bukan sahaja boleh muncul di wajah, tetapi ia juga boleh tumbuh di tempat lain dan dipanggil sebagai jerawat badan.

Walaupun jerawat badan boleh ditutup atau terlindung di sebalik pakaian, namun sesiapa yang mengalaminya pasti berasa malu, tidak selesa dan kurang keyakinan apabila berada di hadapan cermin.

Usah risau! Untuk artikel kali ini, Hello Doktor akan kongsikan beberapa cara hilangkan jerawat badan yang berkesan. Jom baca artikel ini untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apakah itu jerawat badan?

Jeragat dan jerawat tidak hanya muncul di wajah. Terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dipenuhi acne, terutama kawasan yang mempunyai folikel rambut seperti dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan.

Mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom, lebih setengah daripada jumlah individu yang berjerawat mengalaminya di bahagian belakang badan.

Selain itu, 15% daripada jumlah tersebut pula mempunyai masalah jerawat di dada.

Ah tidak! Apakah punca jerawat badan sebenarnya?

4 punca jerawat utama yang berkait ialah1:

  • Pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihan
  • Folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati
  • Jangkitan bakteria
  • Aktiviti berlebihan oleh hormon androgen

Ia biasanya muncul di tempat-tempat tertentu kerana kawasan kulit tersebut kaya dengan kelenjar minyak (sebaceous glands)2.

Folikel rambut pula berhubungan dengan kelenjar minyak tersebut. 

Kelenjar minyak itu menghasilkan rembesan minyak yang dipanggil sebum untuk menjaga kelembapan kulit dan rambut2.

Apabila penghasilan minyak berlebihan bercampur dengan sel kulit mati terlalu banyak, ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat1.

Folikel rambut boleh mengembang jika dipenuhi dengan minyak dan ia digelar sebagai whitehead2.

Akan tetapi, jika liang pori yang tersumbat itu terbuka dan menjadi gelap, ia menjadi blackhead2.

Jerawat boleh timbul sebagai bintik merah dengan pusat yang putih apabila liang roma yang tersumbat mengalami keradangan ataupun dijangkiti bakteria.

Faktor lain yang mempengaruhi jerawat badan

Terdapat beberapa lagi faktor lain yang boleh mencetuskan atau menjadi punca jerawat termasuk3:

#1. Hormon punca jerawat badan 

Androgen ialah sejenis hormon yang meningkat semasa akil baligh, lebih banyak dalam kalangan lelaki berbanding perempuan.

Ia boleh mengakibatkan kelenjar minyak membesar dan menggalakkan penghasilan sebum yang lebih banyak.

Selain itu, perubahan hormon yang berkaitan dengan kehamilan dan penggunaan pil kontraseptif juga boleh mempengaruhi pengeluaran sebum.

#2. Ubat-ubatan

jerawat badan
Pengambilan ubat steroid anabolik untuk membina otot.

Ubat-ubatan yang boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat selalunya mengandungi kortikosteroid, testosteron dan litium.

Selain itu, ubat hormon dan sesetengah ubat anti depresi juga boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat.

#3. Genetik juga penyebab jerawat badan 

Masalah jerawat selalunya berkait rapat dengan keturunan. Jika ibu bapa anda mempunyai keadaan tersebut, anda berkemungkinan akan mengalami masalah yang sama.

Penyebab jerawat badan #4. Diet

Kajian mendedahkan diet tertentu seperti susu skim dan makanan kaya karbohidrat boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat di badan.

Coklat telah lama dianggap sebagai penyebab jerawat badan menjadi semakin teruk.

Kajian kecil yang telah dijalankan dengan 14 orang lelaki berjerawat menunjukkan bahawa coklat berkait dengan pertumbuhan yang lebih teruk4.

#5. Peluh juga punca jerawat badan 

jerawat badan
Berpeluh selepas bersenam boleh menyebabkan badan berbau.

Berpeluh juga boleh merengsakan jerawat badan. Untuk mengurangkan kerengsaan, mandi secepat mungkin selepas bersenam.

Cuba elakkan untuk menggosok kulit secara agresif. Geseran akan mengakibatkan kerengsaan folikel rambut dan jerawat akan tumbuh dengan lebih banyak, keadaan yang digelar sebagai acne mechanica.

Petua jerawat badan dari pakar dermatologi

Jika jerawat badan anda masih terkawal dan tidak teruk, anda boleh mencuba cara hilangkan jerawat badan yang dikongsikan oleh pakar dermatologi3.

#1. Gunakan pakaian yang sesuai untuk elak jerawat badan 

Pakaian yang longgar dan mempunyai peredaran angin yang baik haruslah digunakan ketika bersenam mahupun dalam kehidupan harian.

Ini dapat mengelakkan anda untuk mendapat jerawat di badan berpunca daripada geseran pada kulit.

#2. Gunakan produk yang lembut pada kulit

Gunakan produk yang lembut pada kulit anda seperti produk yang bebas alkohol.

Fakta


Elakkan daripada menggunakan produk yang merengsakan kulit anda termasuk astringen, toner dan bahan pengelupasan kulit.

Kulit kering dan kemerahan membuatkan jerawat di badan kelihatan lebih teruk.

#3. Biarkan kulit sembuh secara semula jadi

Sekiranya anda ingin memicit jerawat badan, ingatlah bahawa kulit anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh dan ini meningkatkan risiko untuk mendapat parut6.

#4. Rujuk pakar dermatologi

Jika anda merasakan jerawat di badan anda semakin teruk walaupun setelah melakukan perubahan gaya hidup, berunding dengan pakar kulit anda.

Anda haruslah rujuk pakar dermatologi sekiranya:

  • Ia membuat anda malu dan rendah diri
  • Produk yang anda cuba tidak berjaya
  • Jerawat anda meninggalkan parut atau menggelapkan kulit anda

5. Mandi dua kali sehari, dan selepas berpeluh

Berpeluh boleh menyebabkan liang roma tersumbat dengan minyak yang berlebihan dan sel-sel kulit mati.

Ia boleh menyumbang kepada masalah jerawat di tubuh jika anda tidak mandi selepas berpeluh.

Mandi dengan menggunakan sabun, diikuti dengan mengeringkan badan menggunakan tuala bersih dapat membantu menghilangkan kotoran dan mencegah anda daripada mendapat sebarang penyakit atau masalah jangkitan.

mitos jerawat
Ini apa yang anda patut tahu tentang masalah jerawat.

Apa pula produk hilangkan jerawat yang boleh digunakan?

Mandi setiap hari dapat membuatkan anda merasa lebih segar, wangi dan bersih, sekali gus dapat meningkatkan keyakinan diri.

Bukan itu sahaja, rutin mandi setiap hari juga dapat membuatkan anda berasa lebih selesa dalam situasi sosial dan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain.

Buat anda yang masih mencari produk mandian yang sesuai, anda boleh mencuba produk Mandian Antibakteria Safi!

Produk Mandian Antibakteria Safi ini adalah produk mandian yang diuji secara dermatologi untuk membasmi 99.9% kuman yang boleh menyebabkan jangkitan kulit seperti folikulitis, impetigo serta membantu mengurangkan rasa kegatalan pada kulit.

Ia bebas dari 10 bahan kimia yang tidak diingini dan mengandungi 100% bahan aktif semulajadi yang selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan mengalami reaksi alahan.

sabun antibakteria

Lebih menarik lagi, produk Mandian Antibakteria Safi ini bukan sahaja dapat menghasilkan buih yang mudah dibilas, malah ia dapat memberikan sensasi yang segar tanpa rasa melekit.

Produk Mandian Antibakteria Safi diuji secara dermatologi dan memberi perlindungan selama 12 jam. Oleh itu, anda dan seisi keluarga bebas daripada sebarang bakteria serta kotoran yang tersembunyi.

Klik di sini untuk dapatkan produk Mandian Antibakteria Safi anda sekarang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Acne. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne. Accessed October 18, 2024.
  2. Acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047# Accessed October 18, 2024.
  3. Back Acne. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22756-back-acne. Accessed October 18, 2024.
  4. Double-blind, Placebo-controlled Study Assessing the Effect of Chocolate Consumption in Subjects with a History of Acne Vulgaris, https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC4025515/, Accessed October 18, 2024.
  5. Acne. https://www.nhs.uk/conditions/acne/. Accessed October 18, 2024.
  6. Pimple popping: Why only a dermatologist should do it. https://www.aad.org/public/diseases/acne/skin-care/popping. Accessed October 18, 2024.
  7. How Often Do You Really Need to Take a Shower? https://health.clevelandclinic.org/how-often-do-you-really-need-to-take-a-shower. Accessed October 18, 2024.
  8. Splash! Why Is It Important To Bathe? https://healthpoweredkids.org/lessons/splash-why-we-need-a-bath/. Accessed October 18, 2024.

Versi Terbaru

27/11/2024

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Dengan 6 Cara Ini, Semua Bahan Senang Dapat!

Ambil Tahu Punca & Jenis Jerawat Yang Tumbuh Di Wajah Anda, Senang Nak Rawat Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan