Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Kulit Muka Dan Tangan Sering Gatal-Gatal? Ini Mungkin Tanda Dermatitis Sentuh!
Alergi pada kulit atau dermatitis sentuh merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan naiknya ruam gatal pada permukaan kulit. Ruam yang gatal ini muncul setelah kawasan kulit tersebut terkena sesuatu bahan yang boleh menyebabkan berlakunya dermatitis kontak.
Individu yang mempunyai kulit yang sensitif atau menghidap penyakit kulit yang kronik seperti dermatitis atopik lebih berisiko untuk mengalami alergi kulit.
Walau bagaimanapun, kondisi ini boleh diatasi jika pesakit dapat mengenal pasti bahan apakah yang menyebabkan mereka mengalami alahan.
Selain itu, ubat untuk merawat dermatitis sentuh juga boleh didapati secara meluas. Dengan pengambilan ubat-ubatan, simptom alergi pada kulit ini dapat dikurangkan.
Apakah maksud alergi pada kulit dermatitis sentuh?
Alergi pada kulit atau dermatitis sentuh merupakan sejenis reaksi hipersensitiviti jenis IV yang berlaku disebabkan respons imunisasi badan setelah terdedah dengan alergen.
Walau bagaimanapun, penghidap dermatitis kontak boleh mengalami pelbagai masalah disfungsi immunologikal dalam satu-satu masa.
Dermatitis sentuh boleh membuatkan kulit menjadi gatal-gatal, melecet, kering, menebal dan pecah.
Kulit yang cerah akan menjadi merah manakala kulit gelap pula akan menjadi coklat gelap, ungu atau kelabu.
Simptom ini juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian kulit. Namun, kawasan tangan dan muka adalah kawasan paling lazim mengalami kegatalan dan naik ruam.
Selalunya, simptom akan muncul dalam masa 48 jam. Antara simptom lazim alergi pada kulit atau dermatitis sentuh ialah:
Individu yang mempunyai alahan pada bahan-bahan ini perlukan pendedahan berkali-kali sebelum ia boleh mencetuskan sebarang masalah.
Sama jugalah dengan dermatitis sentuh yang berlaku disebabkan make-up atau barang kemas yang diperbuat daripada besi. Ia selalunya memakan masa berhari-hari sebelum kawasan kulit yang terkesan dinaiki ruam.
Jika anda boleh mengelakkan pendedahan terhadap bahan atau alergen yang boleh menyebabkan dermatitis sentuh, kulit selalunya akan sembuh dalam masa beberapa hari atau minggu.
Walau bagaimanapun, ada orang yang mengalami simptom alahan kulit gatal yang berpanjangan sehingga masalah ini boleh mengganggu kehidupan seharian mereka.
Komplikasi yang mungkin berlaku
Walaupun alergi pada kulit jarang sekali mencetuskan sebarang masalah kesihatan yang serius, pesakit masih mempunyai risiko kecil untuk mengalami komplikasi tertentu.
Antaranya ialah:
1. Jangkitan kulit
Segera tutup luka kecil dengan plaster sebelum berlakunya jangkitan.
Komplikasi dermatitis sentuh atau dermatitis kontak yang paling lazim ialah jangkitan. Kulit yang terluka boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria seperti Staph atau Strep.
Jika luka pada kawasan kulit anda berdarah, bernanah, membengkak atau menunjukkan sebarang tanda jangkitan, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut.
Walau bagaimanapun, hiperpigmentasi tidak berlaku kepada semua orang.
Namun, untuk pesakit yang mengalami dermatitis sentuh yang teruk, masalah hiperpigmentasi mungkin tidak dapat dielakkan.
Kawasan kulit yang gelap selepas luka sembuh ini boleh pudar dengan sendirinya. Tetapi, ada juga hiperpigmentasi yang bersifat kekal.
Hiperpigmentasi yang berlaku disebabkan alahan pada kulit tidak berbahaya, namun ia mungkin akan mencetuskan masalah keyakinan diri.
Bercakaplah dengan doktor jika ia mengganggu anda.
Dermatitis sentuh, bila saya patut berjumpa doktor?
Dermatitis kontak selalunya akan sembuh sendiri dalam masa 3 minggu asalkan anda tidak menyentuh sebarang alergen yang boleh menyebabkan ruam.
Malah, jika ruam ini sembuh dengan baik dan tidak mengganggu kehidupan seharian, pesakit tidak memerlukan rawatan.
Walau bagaimanapun, jika ruam pada kulit anda:
Merebak atau menjadi semakin teruk.
Ruam meliputi satu kawasan yang besar.
Ruam berlaku pada kawasan muka atau alat sulit.
Membuatkan kulit membengkak, rasa sakit atau berdarah.
Menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti kemerah-merahan atau bernanah.
Tidak sembuh-sembuh dalam masa 2 hingga 3 minggu;
Pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut.
Kesimpulan
Gunakan sabun yang bebas pewangi dan pewarna untuk elak alahan kulit.
Pesakit yang mengalami dermatitis sentuh atau dermatitis kontak boleh mengelakkan ruam dan gatal-gatal sekiranya mereka mengelak daripada tersentuh alergen.
Walau bagaimanapun, sukar untuk mereka mengelakkan sentuhan secara total. Oleh sebab itu, lakukan tindakan di bawah sebagai langkah berjaga-jaga:
Gunakan pelembap yang bebas pewangi.
Gunakan sabun yang bebas pewangi dan pewarna.
Basuh tangan serta-merta jika tersentuh alergen.
Kesimpulan
Dermatitis kontak bukanlah sejenis penyakit berjangkit. Jika seluruh ahli keluarga anda naik ruam pada badan, besar kemungkinan ia bukan disebabkan oleh masalah alahan pada kulit.
Kalkulator BMR
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Contact dermatitis – Symptoms. https://www.nhs.uk/conditions/contact-dermatitis/symptoms/. Accessed on Jan, 6 2022.
Contact dermatitis – Symptoms and causes. https://nationaleczema.org/eczema/types-of-eczema/contact-dermatitis/. Accessed on Jan, 6 2022.
Contact dermatitis – Symptoms and causes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/contact-dermatitis/symptoms-causes/syc-20352742. Accessed on Jan, 6 2022.