Kenal Pasti Jenis Jerawat Anda

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Kenal Pasti Jenis Jerawat Anda

    Jerawat adalah masalah kulit kronik yang biasanya berlaku disebabkan oleh folikel rambut dan kalenjar sebum yang tersumbang atau juga akibat keradangan. Jerawat boleh terbahagi kepada beberapa jenis, dan ia mungkin disertai dengan keradangan kulit atau tanpa melibatkan keradangan atau kedua-duanya. Umumnya mungkin sudah mengetahui bahawa jerawat lazimnya menyerang bahagian muka, namun ia juga boleh berlaku pada bahagian tubuh lain termasuk leher, dada dan belakang tubuh.

    Salah satu faktor penyebab utama jerawat ialah Propionibacterium acnes (P.acne), iaitu bakteria yang menggunakan rembesan kelenjar sebum sebagai sumber makanannya. Liang-liang kulit yang tersumbat akibat sel-sel kulit mati dan rembesan minyak berlebihan akan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan P.acne. Malah, keadaan ini menjadi semakin teruk apabila berlaku jangkitan jerawat atau keradangan kulit.

    Masalah jerawat mungkin bertambah teruk disebabkan:

    • Tekanan
    • Merokok
    • Penggunaan kosmetik yang menghalang kulit ‘bernafas’
    • Diet harian daripada makanan berasaskan tenusu dan makanan tinggi indeks glisemik
    • Tahap kelembapan udara yang tinggi
    • Kesan sampingan ubat seperti steroid, hormon, antikonvulsan dsbg
    • Penyakit ovari polisistik

    Jenis-jenis jerawat

    • Jerawat hitam (blackhead) dan jerawat putih (whitehead)

    Jerawat hitam muncul sebagai bintik hitam yang dapat dilihat dengan ketara pada permukaan kulit. Manakala jerawat putih bersaiz lebih kecil dan biasanya muncul sebagai benjolan di bawah permukaan kulit.

    • Papul

    Papul juga sering dipanggil sebagai lesi kulit dan boleh dilihat pada permukaan kulit. Ia adalah benjolan kecil yang kebiasaanya berwarna kemerah-merahan dan kadang kala kelihatan berkelompok seperti ruam.

    • Pustul

    Pustul adalah berwarna merah pada bahagian dasarnya dan berisi nanah (benjolan dipenuhi cecair). Ia boleh juga dilihat dengan jelas pada permukaan kulit.

    Menurut pakar estetik dan kulit, Diva Aesthetics Clinic, Dr Zahirah Tarmizi, rawatan bagi masalah jerawat adalah bergantung kepada jenisnya. Lazimnya, penggunaan ubat topikal boleh menghilangkannya tetapi kadang-kadang memerlukan juga rawatan lain seperti ubat oral.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan