
3. Mandian panas
Mandian menggunakan air panas adalah pilihan terbaik terutamanya semasa musim sejuk tetapi ianya tidak perlu dalam jangka masa waktu yang lama. Gabungan penggunaan air panas dengan waktu mandian atau rendaman tubuh yang lama akan menanggalkan minyak pelindung semulajadi yang ada pada kulit dan akan menyebabkan kulit menjadi kering. Sebagai pilihan lain, anda boleh menggunakan air suam untuk mandian dalam jangka masa yang lebih singkat sekitar 10 minit untuk setiap mandian.

4. Dehidrasi
Anda mungkin tidak berasa haus semasa musim sejuk berbanding musim panas, tetapi tubuh badan dan kulit anda kehilangan air setiap hari melalui pembuangan air kecil, perpeluhan dan faktor luaran lain seperti suhu dan cuaca. Tubuh kita terdiri daripada 70% cecair atau air dan melalui jumlah air yang cukup, ia akan menggalakkan pertumbuhan dan kesihatan sel tubuh. Kekal hidrasi dengan meminum air untuk mengelakkan tubuh badan daripada dehidrasi kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan sel tubuh badan.

5. Tahap pH yang tidak seimbang
Kulit kita adalah sedikit berasid disebabkan oleh fungsi perlindungannya daripada sebarang bakteria dan penyerang-penyerang semulajadi yang lain. Sabun biasa dengan kandungan alkali yang tinggi akan mengganggu tahap pH kulit dan menyebabkan kehilangan kelembapan kulit. Disarankan untuk kita menggunakan pencuci yang mempunyai tahap pH yang seimbang untuk memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kulit yang sedikit berasid. Anda juga boelh menggunakan pencuci dengan kandungan surfactant yang menghilangkan kotoran tanpa merosakkan epidermis kulit.
Apabila kulit mengalami kehilangan kelembapan yang sangat banyak disebabkan oleh pelbagai faktor, kulit anda akan mengalami kegatalan, kelihatan suram, berwarna gelap dibawah mata dan kemunculan kedut atau garisan pada permukaan kulit. Cara lain yang disarankan untuk mengelakkan kehilangan kelembapan kulit termasuklah pengurangan pengambila kopi atau mana-mana sumber berkafein, berhenti merokok, minum lebih banyak air, sentiasa bersenam, dapatkan tidur yang cukup dan makan lebih banyak buahan, sayuran dan kekacang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen