Tetapi, apakah kepentingan seluar dalam bagi wanita? Menurut Dr. Kim Langdon, ada beberapa sebab mengapa pemakaian seluar dalam sangat penting.
Apa yang pasti, spender wanita sangat penting untuk melindungi pakaian kita daripada sebarang cecair vagina, terutamanya ketika haid!
Bukan itu sahaja, kawasan vulva juga sangat sensitif terhadap geseran. Jika ia kerap bersentuhan dengan baju, Miss V boleh tercedera dan lebih teruk lagi, melecet! Auch!
Jadi, jangan pandang rendah tentang kepentingan seluar dalam ya! Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai seluar dalam yang sesuai untuk wanita serta tip untuk memilih undies yang paling selesa!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
5 tip pilih spender wanita yang selesa
Seluar dalam yang selesa tak semestinya boring! Ada seluar dalam yang comel dan cantik namun masih selesa untuk dipakai setiap hari.
Jangan lupa, elakkan membeli secara semberono! Kalau salah beli, membazir je kan… Oleh sebab itu, sebelum beli:
1. Pastikan seluar dalam muat

Selalu beli seluar dalam secara atas talian? Tapi, bila sampai, terlebih longgar atau ketatlah pula!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen