Sembelit Akibat Pengambilan Suplemen Zat Besi? Ketahui Cara Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Disember 1, 2019

Jika anda mengambil suplemen zat besi untuk masalah anemia, anda mungkin telah pun dimaklumkan tentang kesan sampingannya. Malangnya, sembelit adalah antara kesan sampingan yang biasa dialami akibat pengambilan suplemen zat besi.

Bukan semua orang membuang air besar setiap hari, tetapi anda dikira sebagai mengalami sembelit jika anda membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, jika najis anda keras, terpaksa meneran lebih kuat daripada biasa semasa membuang air besar atau jika anda berasa tidak mampu untuk mengosongkan seluruh usus anda selepas membuang air besar. Oleh itu, amalkan beberapa tip berikut untuk membantu mencegah dan merawat sembelit anda.

Minum air dengan mencukupi

Perbanyakkan minum air sepanjang hari. Anda disarankan untuk minum sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Sebaiknya elakkan minuman yang mengandungi kafein boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh memburukkan sembelit anda.

Baca Juga:

Perbanyakkan pengambilan serat

Amalkan diet yang seimbang termasuklah dengan memperbanyakkan makanan yang tinggi serat. Kanak-kanak, remaja dan orang dewasa harus mengambil 20 hingga 35 gram serat setiap hari. Tingkatkan pengambilan serat anda secara beransur-ansur kerana memakan sejumlah besar serat sekaligus boleh menyebabkan perut berangin, kembung dan sakit perut kronik. Makanan yang tinggi serat termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran mentah, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang kering. Sementara makanan yang memperburukkan sembelit termasuklah ais krim, keju dan makanan yang diproses.

Baca Juga:

Bersenam Selalu

Senaman sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu. Senaman yang kerap dapat meningkatkan fungsi pencernaan anda.

Baca Juga:

Jangan menahan pergerakan usus

Gunakan tandas sebaik sahaja anda merasakan dorongan untuk membuang air besar. Jika anda menahan diri daripada membuang air pada waktunya, tubuh anda dapat menyerap kandungan air dalam najis anda, menjadikan najis lebih keras.

Ambil suplemen serat

Jika anda kurang mengambil serat dalam diet, ambil suplemen serat setiap hari, yang boleh membuatkan najis anda lembut dan memudahkan proses membuang air besar. Pun begitu, suplemen serat boleh memburukkan lagi sembelit jika anda tidak minum air yang mencukupi setiap hari. Bincang dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen serat jika anda mengalami masalah usus.

Suplemen ini boleh mengganggu penyerapan ubat-ubatan seperti aspirin, warfarin dan carbamazepine. Sekiranya anda menghidap kencing manis, semak paras gula dalam darah anda dengan teliti semasa mengambil suplemen serat kerana suplemen ini dapat menyebabkan paras gula dalam darah rendah.

Gunakan julap

Gunakan julap seperti susu magnesia, untuk melegakan sembelit sekali-sekala. Penggunaan jenis julap tertentu secara kerap boleh mengganggu fungsi  normal usus dan menjadikan tubuh anda bergantung kepada julap untuk pergerakan usus.

Hubungi doktor anda jika anda mengalami sembelit selama lebih daripada tiga minggu, jika simptom anda teruk dan jika anda hanya membuang air besar selepas tiga hari walaupun telah mengubah diet. Maklumkan doktor anda juga jika anda mengalami sakit perut yang teruk, darah dalam najis anda, sembelit yang berselang-seli dengan cirit-birit, sakit pada lubang dubur, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan atau jika najis anda tipis dan berbentuk seperti pensil.

Pastikan anda berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang ubat tanpa preskripsi untuk merawat sembelit jika anda sedang mengambil ubat preskripsi untuk sebarang masalah kesihatan lain. Ini untuk mengurangkan risiko tindak balas antara ubat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Budak Terperangkap Dalam Kereta, Apa Harus Anda Lakukan?

    Ketika menghampiri kawasan parkir, anda ternampak kanak-kanak terperangkap dalam kereta dalam cuaca yang panas. Jadi apa yang harus anda lakukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

    Untuk cergas, cara paling mudah adalah dengan melakukan senaman. Tetapi bolehkah pengambilan suplemen dapat menjadikan badan anda cergas tanpa bersenam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan Januari 15, 2020

    7 Makanan Ini ‘Kunci’ Utama Cepat Sembuh Lepas Bersalin Czer, Apa Tunggu Lagi Ibu?

    Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi Januari 6, 2020

    3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

    Betul ke ada makanan yang tidak boleh diambil oleh wanita selepas bersalin? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai makanan berpantang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 18, 2020
    Boleh Berpuasa Semasa Hamil TAPI Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini

    Boleh Berpuasa Semasa Hamil TAPI Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada April 23, 2020
    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada April 23, 2020
    Kesan Asid Folik Dan Zink Kepada Tahap Kesuburan Lelaki

    Kesan Asid Folik Dan Zink Kepada Tahap Kesuburan Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Januari 28, 2020