backup og meta

Ada Yang Guna Julap Untuk Turunkan Berat Badan? Ini 4 Kesan Buruk Jika Anda Selalu Amalkannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/02/2023

    Ada Yang Guna Julap Untuk Turunkan Berat Badan? Ini 4 Kesan Buruk Jika Anda Selalu Amalkannya

    Mengurangkan berat badan dapat dilakukan dengan pelbagai cara, terutamanya dengan diet sihat dan senaman. Namun, ada juga yang memilih jalan pintas dan cuba untuk turunkan berat badan dengan mengambil ubat pelawas atau ubat julap untuk kurus yang sepatutnya digunakan untuk meredakan sembelit.

    Ramai yang mengatakan ubat ini dapat mengurangkan berat badan. Namun, selamatkah jika dilakukan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Kenapa ubat julap digunakan untuk menurunkan berat badan?

    ubat julap

    Ubat pelawas atau julap digunakan untuk merawat sembelit dengan melembutkan najis dan membantu mendorongnya keluar daripada tubuh.

    Namun, berdasarkan kajian yang diterbitkan pada jurnal Pediatrics, didapati 10.5% wanita berusia 23 hingga 25 tahun menggunakan ubat ini untuk menurunkan berat badan mereka.

    Mengapa ubat ini menjadi trend untuk mengurangkan berat badan? Menurut kajian, terdapat beberapa jenis ubat pelawas yang berfungsi dengan menarik air daripada tubuh ke usus.

    Ini membolehkan lebih banyak air diserap ke dalam tinja sehingga proses membuang air besar lebih lancar. Pengurangan air dalam tubuh inilah yang menyebabkan berat badan berkurang secara relatif.

    Baca juga:

    Ubat julap menurunkan berat badan, tetapi…

    Meskipun demikian, belum ada satu pun kajian yang bersetuju dengan penggunaanya untuk mengurangkan berat badan. Sebaliknya, pakar menegaskan bahawa menurunkan berat badan dengan pengambilan julap bukan cara yang efektif.

    Kenapa? Berikut beberapa alasannya.

    1. Dapat menyebabkan dehidrasi

    ubat julap

    Fungsinya untuk melembutkan tinja yang keras memerlukan banyak cairan di dalam tubuh. Setelah tinja lunak, cairan tersebut akan dibuang sekali.

    Jika anda tidak mempunyai cairan badan yang mencukupi, maka anda berisiko mengalami dehidrasi. Keadaan ini biasanya dikesan dengan sakit kepala, air kencing berubah warna dan kurang kuantiti, berasa sangat haus, tubuh lemah, kulit kering, dan pening kepala.

    2. Ubat julap tidak menghilangkan lemak tubuh

    Turunnya berat badan sepatutnya menandakan lemak tubuh berkurang jumlahnya. Ini berbeza dengan kesan pelawas yang anda minum. Meskipun berat badan menurun, lemak dalam tubuh tetap ada. Hanya kadar air sahaja yang berkurang.

    Berat badan yang berkurang bukan dari lemak, melainkan dari kadar air. Jadi, berat badan yang turun hanya bersifat sementara. Jika keperluan cecair anda kembali dipenuhi, berat badan akan kembali kepada angka asal.

    3. Elektrolit dalam tubuh tidak seimbang

    Elektrolit adalah zat mineral yang larut dalam air dan berfungsi untuk membantu sel dan sistem badan bekerja secara normal. Contoh elektrolit tubuh ialah klorida, natrium, kalium, magnesium, kalsium, dan fosfat.

    Julap boleh menyebabkan beberapa elektrolit dalam tubuh hilang sehingga jumlahnya tidak seimbang. Keadaan tersebut dapat menyebabkan kejang, kebingungan, dan koma.

    Semua keadaan tersebut adalah kesan sampingan berbahaya daripada penyalahgunaan ubat pelawas.

    4. Menyebabkan kesan sampingan berbahaya jika digunakan jangka masa panjang

    turunkan berat badan

    Penggunaan ubat julap untuk turunkan berat badan memang kedengaran praktikal. Namun, terdapat banyak kesan sampingan negatif pada kesihatan tubuh, antaranya:

  • Kerosakan sistem pencernaan. Fungsi pencernaan dan pankreas boleh terganggu jika ubat pelawas terus diambil ketika sedang tidak sembelit.
  • Kerosakan hati dan ginjal. Sama seperti ubat lain, jika tidak digunakan cengan tepat, kemungkinan fungsi hati dan ginjal akan menjadi terjejas. Lama-kelamaan hati dan ginjal akan rosak dan akan lebih sukar untuk dirawat.
  • Rhabdomyolysis. Ubat pelawas boleh menyebabkan rhabdomyolysis iaitu kerosakan jaringan otot dan pelepasan protein berbahaya ke dalam aliran darah.
  • Oleh itu, jangan memudaratkan kesihatan anda semata-mata untuk menurunkan berat badan dengan kaedah yang salah.

    Pengamalan diet yang sihat dan aktiviti senaman bukan sahaja membantu menangani masalah berat badan, bahkan menjadikan mood dan kesihatan mental anda lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan