Jika Anda Alami Ketagihan Melancap, Sila Baca 6 Tip Ini SEBELUM Terlambat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/04/2020
Share now

Pada 2018, seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui mati ketika Hari Valentine di Afrika. Anda tahu apa puncanya? Dia didapati mati akibat sakit jantung selepas melancap sebanyak 62 kali!

Setiap kali berbicara tentang melancap, sudah pasti kebanyakan kita akan beranggapan bahawa perbuatan ini dilakukan oleh individu yang gila seks atau mempunyai masalah mental.

Pun begitu, kita semua perlu tahu bahawa ia sebenarnya adalah normal dan ramai orang yang melakukannya. Satu fakta yang agak membimbangkan, bukan?

Persoalannya, bagaimanakah untuk menghilangkan ketagihan melakukan tabiat buruk ini jauh dari kehidupan kita? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Apa itu melancap?

Sebelum pergi lebih lanjut, kita perlu tahu terlebih dahulu serba sedikit mengenai perbuatan ini.

Buat anda yang belum tahu, melancap atau onani adalah perbuatan seksual yang dilakukan oleh individu tanpa mengira jantina untuk memuaskan nafsu syahwat secara solo.

Onani dilakukan dengan menyentuh atau menggosok bahagian kemaluan sehingga mencapai klimaks atau terkeluar air mani. Kadangkala, alat mainan seks seperti vibrator, dildo atau fleshlight turut digunakan oleh individu untuk menambah keseronokan ketika ‘beraksi’.

Kebanyakan individu beranggapan onani adalah normal dan tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk kepada kesihatan seksual mereka.

Akan tetapi, ramai pakar yang menyatakan ia adalah punca utama kepada kondisi mati pucuk

Tabiat buruk ini juga selalu dikaitkan dengan pornografi dan individu lelaki terutamanya golongan remaja yang belum berkahwin.

Namun, anda tidak seharusnya begitu skeptikal dengan kenyataan ini kerana ada juga golongan wanita yang melakukannya!

Kedua-dua jantina melakukannya

Ya, memang benar tabiat buruk ini sering sahaja dikaitkan dengan golongan lelaki. Namun, adakah golongan wanita terlepas dari melakukan tabiat buruk ini?

Tidak, ini kerana kedua-dua jantina melakukannya.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex Research, ada wanita yang mengaku mereka melancap sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Dalam kajian itu juga, wanita yang dikaji menyatakan mereka turut ketagih melakukannya.

Namun, mesti anda tertanya-tanya, adakah terdapat sebarang manfaat di sebalik mudarat melakukan tabiat buruk ini, bukan?

Manfaat melancap terhadap lelaki dan wanita

Jangan terkejut. Untuk pengetahuan anda, onani ada manfaatnya yang tersembunyi. Untuk lelaki, ia berguna kepada remaja yang sedang dalam proses belajar mengenai seks.

Secara tidak langsung, perbuatan ini akan memberi mereka pengetahuan dan pengalaman tentang apa yang mereka suka atau tidak mengenai seks.

Ini sangat penting buat lelaki dalam kehidupan seks mereka bersama pasangan apabila telah berkahwin kelak. Pun begitu, ia bukanlah satu kemestian sebab proses pembelajaran masih boleh berlaku tidak kira usia. Di sebalik manfaat ini, tersembunyi juga mudaratnya.

Paling menakutkan, onani dikatakan boleh jadi punca lelaki mati pucuk!

Bagi wanita pula, terdapat banyak manfaat di sebalik onani.

Dikatakan, perbuatan ini akan menyebabkan rembesan hormon endorfin, bahan kimia yang memberikan kita perasaan gembira, seronok dan puas. Disebabkan itu, bahan kimia ini dikenali sebagai ubat tahan sakit semula jadi.

Untuk pengetahuan anda, ia juga akan berlaku kepada golongan lelaki.

Buat wanita yang susah mencapai klimaks, melancap mungkin membolehkan anda mendapat pengalaman seks yang lebih memuaskan.

Ia boleh dijadikan satu sesi peribadi di mana seorang wanita mencuba pelbagai jenis sentuhan dan tekanan tangan tanpa rasa malu atau stres. Akan tetapi, bukankah lebih baik jika ia dilakukan bersama pasangan?

Di sebalik manfaat yang tidak seberapa ini, tersembunyi banyak lagi mudarat onani kepada individu. Jadi, anda yang mengalami ketagihan tabiat buruk ini, sila ambil tindakan!

Tip berhenti melancap

melancap

#1. Jauhi pornografi

Seperti yang diperkatakan di atas, video lucah adalah faktor pendorong utama individu beronani. Disebabkan zaman teknologi kini, gambar, video dan laman sesawang lucah lebih mudah diakses. Namun, anda perlu cari jalan untuk menjauhinya.

Di Malaysia, sistem keselamatan jalur lebar tidak kurang hebatnya seperti negara maju yang lain. Jadi, kebanyakan laman porno telah disekat. Akan tetapi, masih ada cara untuk mengaksesnya dengan kemajuan teknologi sekarang.

Jadi, ia sebenarnya terpulang kepada diri anda. Apa yang boleh dilakukan anda perlu muhasabah diri dan mungkin lebih mendekatkan diri kepada tuhan.

#2. Alihkan perhatian anda

Masa terluang yang terlalu banyak juga boleh jadi punca seseorang itu melakukan tabiat buruk ini. Jadi, apa kata anda cuba cari hobi baru? Sebagai contoh, anda boleh bermain muzik, bermain sukan ataupun permainan video untuk mengalihkan tumpuan anda dari perkara berkaitan seks yang boleh memudaratkan kesihatan seksual anda.

#3. Luangkan masa dengan individu lain

Kadangkala, alasan individu beronani kerana mereka berasa keseorangan dan sunyi kerana tiada individu yang dapat menemani ketika masa lapang mereka. Jadi, luaskan rangkaian kenalan anda. Dengan ini, anda pasti akan sentiasa bersama mereka lantas mengurangkan terus keinginan anda untuk melancap.

#4. Bersenam

Kedengaran mudah, bukan? Namun, cara yang paling senang inilah kadangkala cara yang paling berkesan. Setiap kali anda terasa ingin beronani, apa kata anda cuba gunakan waktu itu untuk bersenam? Jika anda terlalu malas untuk keluar rumah untuk berjoging, berenang atau berbasikal, lakukan sahaja di rumah. 

Tidak sukar rasanya untuk melakukan push up, seat up, lompat bintang atau berlari setempat di dalam bilik anda, bukan?

#5. Jangan tidur dalam keadaan telanjang

Ya, memang tidak ramai yang suka tidur bogel namun ada yang melakukannya. Keadaan ini sebenarnya boleh menyebabkan anda terasa ingin melancap. Ini kerana sentuhan kulit ke kulit boleh merangsang nafsu syahwat tanpa disedari. Jadi, cuba tidur berpakaian selepas ini dan hadkan sentuhan tangan anda ke bahagian alat sulit, ya?

#6. Berjumpa dengan pakar  

Walau apapun tip yang anda cuba atau sedang amalkan, anda masih perlu berjumpa dengan pakar. Anda boleh mengaturkan temu janji dengan kaunselor, ahli psikologi, ahli psikiatri atau pakar seks dalam usaha mencari penyelesaian ketagihan tabiat buruk ini.

Konklusi

Kesimpulannya, melancap bukan satu perkara yang normal tetapi sudah terlalu ramai individu yang melakukannya. Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk merawat ketagihan ini. Sebagai individu yang beragama Islam, ketahuilah bahawa perbuatan ini adalah berdosa dan segala amalan anda tidak akan diterima selama beberapa tempoh!

Jadi, berhenti sebelum terlambat, ya? Anda pasti tidak mahu jadi seperti lelaki yang mati akibat melancap 62 kali itu, bukan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Pernah tak anda berasa lapar selepas melakukan hubungan seks? Sebab apa ya? Adakah seks bakar banyak kalori sehingga buat perut anda berkeroncong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ini cara pakai kondom wanita boleh dicuba. Penting sebab boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid