Masalah tenaga batin dalam kalangan kaum Adam merupakan sesuatu yang amat merisaukan. Manakan tidak, kesan mati pucuk atau menghidap disfungsi erektil merupakan satu mimpi ngeri.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Masalah tenaga batin dalam kalangan kaum Adam merupakan sesuatu yang amat merisaukan. Manakan tidak, kesan mati pucuk atau menghidap disfungsi erektil merupakan satu mimpi ngeri.
Sebenarnya, ada banyak faktor risiko yang menyebabkan lelaki mengalami masalah kesan mati pucuk. Antaranya ialah tekanan perasaan, depresi, kegelisahan dan juga rasa rendah diri.
Selain itu, ada juga faktor lain seperti gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, berat badan berlebihan dan tidak bersenam.
Penyakit yang dialami juga boleh menyebabkan masalah tenaga batin. Sebagai contoh, diabetes, tekanan darah tinggi, kecederaan saraf atau penyakit jantung. Semua ini boleh menyebabkan disfungsi erektil dan masalah untuk mengekalkan ereksi.
Untuk pengetahuan anda, masalah tenaga batin atau kesan mati pucuk jarang berlaku tanpa sebab. Selalunya, ia berlaku disebabkan beberapa faktor lain.
Di dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan mengenai faktor risiko masalah disfungsi erektil.
Tahukah anda, ada beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko masalah disfungsi erektil? Umur merupakan faktor utama, namun ada beberapa lagi faktor lain yang mungkin anda sendiri tidak sangka!
Antaranya adalah penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan darah tinggi. Tekanan perasaan dan stress juga boleh membuatkan lelaki mengalami masalah tenaga batin.
Masalah disfungsi erektil merupakan sesuatu yang lazim dalam kalangan lelaki yang menghidap diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2.
Menurut sebuah kajian di dalam jurnal Diabetes Medicine, hampir separuh lelaki yang menghidap diabetes akan mengalami masalah tenaga batin.
Tahap gula dalam darah yang tinggi berpunca dari penyakit diabetes menyebabkan saluran darah dan saraf pesakit rosak, termasuk salur darah yang berada di sekitar zakar.
Lebih lama lelaki tersebut mengalami kencing manis, maka lebih tinggilah risiko untuk mengalami disfungsi erektil.
Malah, prevalens kesan mati pucuk dalam kalangan lelaki adalah sebanyak 35-75% dan boleh berlaku 10-15 tahun lebih awal berbanding lelaki yang tidak menghidap diabetes.
Sakit jantung dan diabetes juga merupakan sesuatu yang berkait rapat antara satu sama lain. Malah, penyakit arteri koronari sebenarnya merupakan salah satu komplikasi penyakit diabetes.
Untuk pengetahuan anda, lelaki yang menghidap penyakit arteri koronari mempunyai 9 kali ganda risiko untuk mengalami masalah mati pucuk.
Menurut laman sesawang European Society of Cardiology, lelaki yang tidak merawat penyakit tekanan darah tinggi akan mempunyai masalah tenaga batin pada masa hadapan.
Malah, mereka dua kali ganda lebih berisiko untuk menghidap disfungsi erektil berbanding lelaki yang mempunyai tekanan darah normal.
Tambah lagi, ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat masalah darah tinggi juga boleh menjadi penyebab masalah mati pucuk.
Jika ini yang berlaku, masalah ini perlulah dirujuk pada doktor secepat mungkin. Doktor boleh menukar ubat tersebut kepada ubat lain yang tidak akan memberikan anda kesan sampingan yang sama.
Stres dan tekanan perasaan merupakan dalang utama bagi masalah lemah syahwat atau tenaga batin. Malah, mati pucuk merupakan salah satu kesan negatif stres yang melampau.
Sebagai contoh, depresi, kegelisahan, PTSD dan juga masalah untuk mengawal kemarahan semuanya boleh mempengaruhi keupayaan lelaki untuk mengekalkan ereksi dan ejakulasi.
Selain penyakit, gaya hidup seseorang juga boleh meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap mati pucuk.
Penyalahgunaan dadah yang berpanjangan boleh menyebabkan kecederaan yang serius terhadap salur darah. Akibatnya, individu tersebut akan lebih terdedah untuk mengalami masalah disfungsi erektil.
Perkara ini termasuklah amalan seperti:
Mungkin ramai yang tidak sangka, mati pucuk boleh menjadi kesan daripada amalan menunggang basikal dalam jangka masa yang lama.
Apabila menaiki basikal, berat badan lelaki akan tertumpu pada kawasan perineum. Di kawasan ini, ada banyak saluran darah penting yang membawa oksigen kepada zakar lelaki.
Kadangkala, aktiviti berbasikal boleh menyebabkan kecederaan pada saluran darah ini. Akibatnya, lelaki tersebut akan mengalami masalah tenaga batin atau disfungsi erektil.
Walau bagaimanapun, aktiviti berbasikal lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan untuk kaum Adam.
Masalah tenaga batin merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius oleh kaum Adam. Jika mati pucuk atau disfungsi erektil berlaku disebabkan penyakit, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Ingat, mati pucuk boleh dirawat asalkan anda mengambil ubat-ubatan dan melakukan rawatan yang bersesuaian.
Oleh sebab itu, jangan hilang harapan. Selepas rawatan, tidak mustahil kehidupan anda akan kembali normal.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen