Menurut beliau, ramai lelaki muda berusia 20 tahun atau lebih, tidak dapat melakukan hubungan intim dengan wanita dalam dunia nyata, sehingga membuat mereka memiliki kebiasaan menonton filem porno atau melancap dengan berlebihan.
Mereka tidak akan pernah terbuka membicarakan hal ini dengan teman atau rakan kerja kerana takut akan menjadi bahan sindiran. Tapi ketika ada yang menceritakan masalah ini dalam forum kesihatan, maka akan banyak respon yang didapati dariada orang lain yang juga mengalami masalah yang sama.
Menurut Profesor Foresta, disfungsi erektil atau mati pucuk yang berkaitan dengan pornografi boleh disembuhkan. Akan tetapi dalam masa pemulihan, memerlukan 4-12 minggu untuk menghindari rangsangan seksual yang tinggi.
3. Jadi tidak tertarik melakukan hubungan seks di dunia sebenar
Dalam kajian lain, ketagihan menonton filem porno boleh menjadikan seseorang lelaki menjadi tidak tertarik melakukan seks di dunia sebenat. Kajian ini menemukan bahawa pornografi boleh membuat lelaki tidak berasa gembira dengan hubungan seksual yang sebenar dengan pasangannya.
Ini boleh terjadi kerana menonton filem porno membuat rangsangan dopamin terjadi secara terus menerus. Akibatnya, otak kehilangan kemampuan untuk memberi tindak balas tahap dopamin yang normal, dan orang yang sudah ketagihan filem porno perlu pengalaman seksual yang lebih ekstrem agar mampu terangsang di dunia nyata.
Statistik pornografi
Berikut merupakan data statistik yang diterbitkan Psychguides tentang fakta pornografi di dunia.
- 1 daripada 5 pencarian di internet melalui telefon pintar adalah pornografi.
- Lelaki yang memilik perkahwinan yang bahagia 61% lebih kurang kemungkinannya menonton pornografi.
- 20% lelaki menonton pornografi sewaktu bekerja.
- 88% adegan pornografi mengandung kekasaran fizikal dan 49% mengandungi kekasaran verbal.
Sekalipun anda masih mampu mengawal kekerapan menonton porno dan yakin bahawa anda tidak memudaratkan orang lain, industri pornografi sendiri merupakan industri yang menggalakkan pemerdagangan manusia, kekerasan terhadap wanita mahupun kanak-kanak. Anda mungkin berasa selesa menonton filem porno dalam ruang peribadi anda sedangkan industri ini mempunyai kesan global terutamanya terhadap golongan manusia yang paling mudah dieksploitasi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen