SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Pernahkah anda terdengar tentang anak dara yang mengandung setelah mandi air kolam, ataupun hamil selepas menunggang motorsikal bersama-sama teman lelaki?

Ataupun mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau menyebabkan seorang perempuan itu mengandung?

Sejauh manakah kenyataan ini tepat dari segi sains? Adakah semua ini benar-benar boleh terjadi, ataupun hanya mitos semata-mata?

Banyak yang anda perlu tahu tentang rahsia di sebalik air mani. Jom, ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah!

air mani

Air mani membawa jutaan sperma

Apabila seorang lelaki mengalami ejakulasi, hampir 300 juta sperma akan dilepaskan ke dalam vagina seorang wanita.

Dalam 1 ml air mani, ada lebih kurang 20 juta sperma! Banyak bukan!

Tetapi, anda perlu tahu bahawa hanya SATU sahaja sperma yang diperlukan untuk membuatkan seorang wanita itu hamil.

Walau bagaimanapun, perjalanan sperma menuju ke ovum adalah sebuah perjalanan getir yang berliku-liku. Daripada jutaan sperma yang memasuki vagina, hanya beberapa ratus sahaja yang akan tinggal pada akhir perjalanan.

Jika sperma ini bertemu dengan ovum di dalam tiup falopio, proses persenyawaan akan berlaku.

Namun, ini semua bergantung juga kepada kitaran kesuburan seorang wanita. Jika tiada penghasilan ovum sewaktu pasangan melakukan hubungan kelamin, maka tiadalah proses persenyawaan berlaku.

Oleh itu, wanita tersebut tidak akan mengandung dan akan datang haid seperti biasa.

Berapa lama jangka hayat sperma?

Jangka hayat sperma bergantung kepada di mana lokasi sperma tersebut.

Anda perlu tahu bahawa sperma tidak dapat hidup lama jika berada di luar tubuh badan manusia. Di atas permukaan yang kering, sperma akan mati ketika air mani mula mengering.

Di atas kawasan yang lembap pula, sperma mungkin dapat hidup lebih lama. Namun, dalam kawasan berair seperti di dalam kolam, kebarangkalian untuk sperma boleh berenang memasuki vagina adalah hampir mustahil.

Oleh itu, amat sukar untuk para isteri mengandung jika suami tidak ‘pancut dalam’.

Tetapi, sperma mampu tinggal di dalam tubuh wanita sehingga 5 hari selepas mengadakan hubungan seksual.

Oleh itu, jika anda melakukan hubungan kelamin bersama pasangan beberapa hari sebelum ovulasi, masih ada peluang untuk pasangan anda hamil.

Benarkah setitik air mani boleh hamil?

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa seorang perempuan boleh mengandung walaupun tidak melakukan sebarang penetrasi seksual.

Walaupun kebarangkaliannya adalah rendah, persenyawaan masih boleh berlaku jika air mani berada di sekitar kawasan vagina.

Selain itu, jika si isteri menyentuh air mani dengan tangan dan kemudian menyentuh pula kemaluannya, ini juga boleh menjadi antara sebab mengandung!

Perbuatan menggesel zakar pada sekitar kemaluan isteri ketika melakukan seks juga akan meningkatkan risiko untuk hamil.

Tetapi, haruslah diingat bahawa ejakulasi pada perut atau peha isteri misalnya masih berisiko. Anda boleh secara tidak sengaja ‘tersapu’ air mani itu pada bukaan vagina isteri!

Anda mengamalkan kaedah pull-out? Ketahuilah bahawa kaedah ini bukanlah 100% berkesan. Jika anda ingin mengelakkan kehamilan, bertindaklah secara bijak dengan menggunakan kondom semasa berasmara.

Mengandung? Saya masih belum bersedia!

setitik air mani boleh hamil

Jika anda tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengandung, anda boleh cuba untuk dapatkan pil kontraseptif kecemasan di farmasi terdekat. Tetapi ini hanya untuk kecemasan sahaja ya!

Usah rasa paranoid, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai akses kepada pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan.

Anda boleh merancang kehamilan dengan mengambil pil perancang. Amalkan juga pemakaian kondom untuk lelaki.

Kaedah kontraseptif yang paling berkesan adalah dengan menahan diri daripada melakukan persetubuhan (abstinence).

Anda juga perlu tahu bahawa walaupun masih ada kebarangkalian untuk anda mengandung ketika bersentuhan dengan air mani yang sedikit, peratusannya amatlah rendah!

Jika mempunyai persoalan tentang kaedah kontraseptif terbaik untuk anda dan keluarga, silalah ke klinik terdekat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Anda juga boleh melawat Klinik Nur Sejahtera dan Klinik Subfertiliti LPPKN terdekat untuk tujuan konsultasi.

Kesimpulan

Semasa melakukan hubungan seksual, penting untuk anda dan pasangan mengamalkan kaedah kontraseptif yang sesuai untuk kekal selamat.

Dakwaan seperti setitik air mani boleh hamil mungkin boleh membuatkan beberapa orang wanita di luar sana menjadi paranoid.

Jika anda membaca berita-berita sebegini di laman sosial, cuba berhenti dan fikir sejenak. Rujuk berita tersebut dan pastikan bahawa ia datang dari sumber yang sah dan boleh dipercayai.

Jika anda masih berasa ragu-ragu, berbincanglah dengan pasangan anda ataupun dapatkan pandangan daripada pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pengsan Lepas Pancut Semasa Senggama? Tolong Waspada Dengan 3 Perkara Ini!

Pernahkah anda atau pasangan pitam namun tidak tahu punca pengsan semasa senggama? Tenang, jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/07/2020 . 3 minit bacaan

PANCUT DALAM Masa Hamil Bukan Saja Baik Untuk Suami Isteri, Tapi Juga Baby Dalam Perut

Hubungan kelamin ketika hamil dikatakan bermanfaat. Tetapi adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan? Ikuti penjelasannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/07/2020 . 3 minit bacaan

Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

Mesti ramai sudah tahu apa itu depresi namun kurang pasti sama ada ia akan jejaskan kehidupan seks. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

Seks Selepas Makan Morning After Pill, Selamat Ke? Berapa Kali Boleh Ambil Dalam Sebulan?

Boleh ke lakukan seks selepas makan pil perancang kecemasan? Rancang kehamilan anda dengan bijak dan jangan bergantung 100% pada plan B pill!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hisap dadah

Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
hubungan kelamin

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
pergerakan bayi dalam kandungan

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
mimpi basah

Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan