Tak Turn On Dengan Pasangan? Ini 5 RAHSIA Panaskan Ranjang, No #4 Wajib Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/05/2020

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan hubungan seks yang mengasyikkan lagi mengghairahkan bukan?

Pun begitu, kadangkala ia sukar untuk dicapai kerana tidak punya mood untuk berasmaradana dengan si dia.

Disebabkan kepenatan atau keletihan bekerja dan pelbagai faktor lain, anda mungkin tidak lagi menganggap bahawa seks sebagai keperluan yang wajib dilaksanakan. Kesannya, anda mungkin akan kurang bernafsu dengan pasangan.

Anda juga mengalami masalah yang sama? Relaks, Hello Doktor akan membantu anda.

Teruskan setia membaca artikel ini untuk mengetahui cara tingkatkan nafsu seks anda dan pasangan!

Cara tingkatkan nafsu seks anda dan pasangan

kesilapan seks lelaki

Sebenarnya, masalah kurang bernafsu dengan pasangan ini berpunca dari diri anda sendiri.

Anda tidak mampu untuk membuat diri anda sendiri ‘turn on’ ketika melihat pasangan anda di rumah.

Jangan risau, ini kami senaraikan rahsia yang anda wajib lakukan untuk menyemarakkan kembali api asmara di kamar tidur anda:

#1. Merancang aktiviti seks kalian

Ya, tidak dinafikan bahawa unsur kejutan adalah sangat penting untuk membuat seks itu lebih menarik.

Pun begitu, tiada salahnya jika anda merancang aktiviti seks kalian terlebih dahulu bukan?

Sebagai contoh, anda dan pasangan boleh tetapkan satu hari dalam seminggu sebagai hari khas untuk bersenggama.

Dengan rancangan ini, dapatlah anda merancang apa yang boleh dilakukan bila tiba hari kejadian!

Mungkin isteri boleh kenakan pakaian yang seksi seperti lingerie kegemaran encik suami?

Yang lelaki pula usahlah hanya berkain pelikat sahaja!

Apa kata anda cuba berpakaian segak dan kemas serta mengenakan wangian yang mampu mencairkan hati suri hati anda itu.

Dengan ini, sudah pasti anda akan ”turn on” setiap kali tiba hari yang paling penting dalam seminggu itu.

#2. Sexting!

Buat anda yang belum tahu istilah ini, ia adalah satu gabungan perkataan Inggeris iaitu sex dan texting.

Ia membawa maksud pengiriman mesej yang berbaur lucah untuk bercanda dan bersenda dengan pasangan ketika berada jauh dengan mereka.

Jadi, apa kata anda cuba cara ini untuk membuat mereka ‘turn on’ dalam perjalanan anda pulang ke rumah dari pejabat?

Jika kurang pengalaman, mungkin boleh cuba idea di bawah ini:

“Sayang malam ni free ke? Abang ingat nak ajak buat projek…”

”Abang lama lagi ke nak sampai rumah? Sayang tak pakai apa-apa ni…”

Jangan malu untuk menjadi nakal seakan individu yang gila seks di dalam telefon pintar anda.

Cuma pastikan anda lakukan ini dengan pasangan anda yang sah sahaja okay!

Seks Selepas Bersalin

#3. Tonton video seks bersama pasangan

Sebelum pergi lebih lanjut, haruslah diingatkan bahawa menonton pornografi mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Jadi, jangan ditonton secara berlebihan ya?

Namun, mungkin kalian boleh cuba tonton video lucah bersama pasangan dalam usaha untuk membuat diri anda dan si dia terangsang. Selepas itu, bersenggamalah dengan penuh sensasi!

#4. Berimaginasi

Sebenarnya, terdapat satu cara tingkatkan nafsu seks yang paling mudah iaitu dengan berimaginasi.

Mungkin anda boleh gunakan kuasa minda anda untuk membayangkan pasangan dengan pakaian yang anda suka.

Sebagai contoh, mungkin anda boleh bayangkan si dia yang tercinta mengenakan lingerie yang sangat seksi dan cantik.

Secara automatiknya, nafsu seksual anda pasti akan terangsang dengan mudah.

Selepas membayangkan, apa kata anda cuba merealisasikan imaginasi anda itu?

Jika anda suka pasangan mengenakan lingerie berwarna merah menyala, beli, bungkus dan hadiahkanlah kepada mereka.

Bila tiba waktu malam yang sesuai nanti, mintalah pasangan anda itu memakainya!

Ibarat mimpi jadi kenyataan, ia sudah pasti akan membuat anda ‘turn on’ bukan?

#5. Berjumpa dengan pakar seks

Akhir sekali, ketahuilah bahawa kurang bernafsu mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti menopaus, ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan, kemurungan, kegelisahan atau apa-apa masalah kesihatan yang seterusnya menjejaskan libido individu.

Jadi, jika anda khuatir diri anda mengalami masalah kesihatan sehingga menjejaskan prestasi di ranjang, sila berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    kondom bocor

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020