backup og meta

4 Mitos Malam Pertama Pengantin Baru WAJIB Tahu, Jangan Percaya Dengan Porno!

4 Mitos Malam Pertama Pengantin Baru WAJIB Tahu, Jangan Percaya Dengan Porno!

Pasangan suami isteri yang baru berkahwin pasti akan rasa berdebar apabila tibanya waktu tidur bukan? Ya, ini kerana mereka masih kurang pengetahuan dan tiada pengalaman untuk seks malam pertama!

Tenang, kami akan cuba rungkai mitos-mitos popular malam pertama yang anda perlu tahu dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.

Seks malam pertama yang mendebarkan & menakutkan

Sudah lumrah seorang manusia, sesuatu perkara yang dilakukan buat pertama kali itu bakal mendebarkan dada dan menakutkan jiwa. Seks malam pertama turut tidak terkecuali.1

Manakan tidak, ia merupakan julung kali bagi pasangan suami isteri yang pertama kali berkahwin menunjukkan dan merelakan tubuh badan masing-masing untuk dilihat serta disentuh oleh individu lain.2

Apa yang mungkin membuatkan anda cemas untuk menghadapi situasi ini adalah ia merupakan satu detik penting di dalam kehidupan rumah tangga sebagai antara memori yang terindah.

Namun, ia juga boleh menjadi satu kenangan yang manis atau pahit bergantung kepada prestasi pada ketika itu!

Dalam usaha untuk memastikan malam pertama kalian berjalan lancar dan berakhir dengan gembira, terdapat beberapa mitos berkaitan hubungan suami isteri yang semua pasangan perlu tahu.3

Ini beberapa mitos popular berkaitan seks malam pertama!

Dalam kalangan masyarakat kita juga, ada beberapa mitos popular berkaitan seks buat pertama kali. Jadi, pasangan suami isteri yang baru berkahwin perlu tahu mitos-mitos berikut:

#1. Seks malam pertama pasti akan ‘berdarah’

Kononnya, proses kemasukan zakar ke dalam faraj buat pertama kali itu pasti akan mengakibatkan pendarahan. Ya, perkara ini mungkin benar jika selaput dara itu masih sempurna.4

Selain pernah melakukan hubungan seksual, beberapa situasi ini boleh menyebabkan tiada pendarahan berlaku:4

  • Ketiadaan selaput dara angkara kecacatan kelahiran (kongenital)
  • Kehilangan selaput dara akibat kemalangan, kecederaan, sukan lasak dan lain-lain
  • Penderaan fizikal atau seksual ketika di usia bayi dan kanak-kanak

Dalam erti kata mudah, seks buat pertama kali itu mungkin menyebabkan pendarahan atau mungkin juga tiada bergantung kepada kondisi tubuh badan individu itu sendiri. Ada atau tiada pendarahan, ia sebenarnya bukan masalah besar.4

Maka, usah cepat membuat kesimpulan dan menghukum kesalahan. Siapa tahu ia mungkin bukan salah mereka jika selaput dara sudah tiada. 

#2. Penetrasi alat kelamin yang menyakitkan semasa seks malam pertama

Kedua, ramai pengantin baru beranggapan bahawa penetrasi alat sulit buat pertama kali itu menyakitkan. Benarkah?

Untuk pengetahuan anda semua, perkataan ‘sakit’ itu kurang tepat dan perlu digantikan dengan ‘tidak selesa’. 

Rasa sedikit tidak selesa itu normal ekoran tusukan dan dayungan zakar di dalam faraj. Pun begitu, anda tidak boleh menafikan bahawa di sebalik ketidakselesaan itu juga ada kenikmatan.5

Sekiranya anda masih rasa sakit melampau ketika proses penetrasi, ia mungkin disebabkan masalah lain.

seks malam pertama

#3. Klimaks atau orgasma yang memuaskan

Ketiga, kebanyakan bakal pengantin baru percaya bahawa aktiviti seks malam pertama ini sudah pasti akan memuaskan syahwat!

Realitinya, lelaki lebih mudah mencapai klimaks kerana pada kebanyakan masa, mereka yang mengawal hubungan intim yang berlangsung. Hal yang sama pula mungkin tidak berlaku kepada pasangan wanita.6

Sebabnya, wanita lebih sukar mencapai orgasma kerana mereka amat bergantung kepada kemampuan dan kemahuan pasangan. 

Jadi, jika nakhoda kapal itu sendiri sudah berhenti mendayung kerana merasai klimaks, agak mustahil untuk si isteri mencapai orgasma yang sama saat pertama kali bersetubuh.6

Walau bagaimanapun, lama-kelamaan, pengetahuan dan pengalaman tentu akan membantu setiap pasangan. Jadi, jangan cepat berundur dan berputus asa.

#4. Tidak ada risiko STI

Siapa kata persetubuhan malam pertama ini bebas daripada risiko penyakit jangkitan kelamin atau STI? Kalian masih berisiko mendapatnya!

Walaupun dengan ujian penting seperti HIV/AIDS sebelum berkahwin, anda perlu tahu bahawa ada banyak lagi jenis jangkitan kelamin yang wujud di dunia ini.7

Oleh itu, anda dan pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti menggunakan kondom sebagai perlindungan.

Ada banyak petua yang pengantin baru perlu tahu dan cuba bagi menyemarakkan lagi aktiviti di ranjang. Jom baca lagi.

Apa petua kalian boleh cuba untuk seks buat pertama kali?

Tidak dinafikan, peristiwa seks malam pertama bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin itu mungkin kurang berkesan atau berjaya tanpa bantuan ilmu dan alat yang penting.

seks malam pertama

Sebagai contoh mudah, kalian yang ingin mengurangkan risiko jangkitan kelamin boleh sahaja menggunakan kondom. Ia bukan sahaja mampu mencegah infeksi kelamin malah boleh mengelakkan kehamilan luar jangkaan.8

Penggunaan lubricant atau cecair pelincir pula mampu menyelesaikan masalah ketidakselesaan ketika penetrasi, selain memudahkan anda dan pasangan dalam usaha bagi mencapai puncak syahwat masing-masing.9

Dalam pada itu, ia juga mampu membantu mengurangkan risiko kondom bocor!

Antara usaha lain pula, penggunaan alat mainan seks atau sex toy seperti dildo, vibrator, cock ring, butt plug dan macam-macam lagi sudah tentu dapat menyemarakkan lagi seks malam pertama.10

Menariknya, anda boleh sahaja menggabungkan kondom, lubricant dan sex toy secara serentak bagi meningkatkan lagi sensasi seksual selain memastikan faktor kebersihan ketika bersenggama.

Namun, pastikan bahawa produk-produk yang anda mahu gunakan itu selamat, berkualiti, dan berprestasi tinggi ya?

Tidak perlu risau, Durex ada mengeluarkan dan memasarkan kesemua produk seperti di atas bagi menyemarakkan lagi keintiman anda dan pasangan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang pelbagai produk dari Durex.

Pornografi tidak membantu tetapi merosakkan aksi di ranjang

Dalam pada itu, jangan sesekali anda percaya dengan aksi tertera di dalam pornografi yang ternyata bohong belaka.

Ketahuilah bahawa setiap aksi di dalam video lucah itu hanya sebuah sandiwara yang dilakonkan oleh aktor terlatih malah dimasukkan unsur fiksyen tanpa ada sebarang manfaat.11

Sebaliknya, pornografi hanya akan merosakkan lagi akal dan tubuh badan di mana ia menambahkan fantasi seksual tanpa ada jaminan ia selamat dipraktikkan di dalam realiti.11

Akibat terpengaruh dan terpedaya dengan pornografi, harapan atau jangkaan kalian dalam persetubuhan akan meleset!

Tidak perlu tonton video lucah lagi untuk rujukan hubungan intim malam pertama. Pasangan suami isteri hanya perlu mendapatkan rundingan dengan pakar terapi dan bantuan produk seks yang telah diperakui.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Am I ready for sex?, https://www.beintheknow.org/sex-and-relationships/first-time-sex/am-i-ready-sex, Accessed May 22 2023.
  2. What Consent Looks Like, https://www.rainn.org/articles/what-is-consent, Accessed May 22 2023.
  3. The Myth of Sexual Experience, https://ifstudies.org/blog/the-myth-of-sexual-experience-, Accessed May 22 2023.
  4. Will I bleed the first time I have sex?, https://www.plannedparenthood.org/blog/will-i-bleed-the-first-time-i-have-sex, Accessed May 22 2023.
  5. What Women Need to Know About Pain During Sex, https://www.cedars-sinai.org/blog/pain-during-sex.html, Accessed May 22 2023.
  6. All About Orgasms, https://www.ourbodiesourselves.org/health-info/all-about-orgasms/, Accessed May 22 2023.
  7. Sexually Transmitted Infections, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9138-sexually-transmitted-diseases–infections-stds–stis, Accessed May 22 2023.
  8. The Benefits of Condoms, https://www.advocatesforyouth.org/media/condoms-2/, Accessed May 22 2023.
  9. 5 great reasons to use lube the next time you’re getting intimate, https://www.ippf.org/blogs/lube-5-great-reasons, Accessed May 22 2023.
  10. The Health Benefits of Sex Toys, https://www.feri.org/health-benefits-of-sex-toys/, Accessed May 22 2023.
  11. Problems with Pornography, https://www.uwhealth.org/news/problems-with-pornography, Accessed May 22 2023.

Versi Terbaru

12/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan