backup og meta

5 Manfaat "Projek" Asmara Waktu Pagi Pada Kesihatan, Berani Cuba Tak Suami Isteri?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/02/2022

    5 Manfaat "Projek" Asmara Waktu Pagi Pada Kesihatan, Berani Cuba Tak Suami Isteri?

    Banyak manfaat seks waktu pagi yang ramai belum tahu. Jom kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut. Ini kerana, ramai pasangan suami isteri yang berpendapat malam adalah waktu yang paling sesuai untuk melakukan hubungan seks di kamar tidur.

    Sebenarnya, bukan malam sahaja kalian boleh menjalankan projek ya? Seks boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!

    Kalau nak tahu, waktu pagi juga adalah masa paling ideal untuk berasmaradana dengan pasangan. Kenapa?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan seksual, anda boleh klik di sini.

    Manfaat seks waktu pagi yang wajib diketahui

    manfaat seks waktu pagi

    Mungkin disebabkan faktor kesibukan pekerjaan, ramai pasangan suami isteri memilih untuk melakukan hubungan seks pada waktu malam sahaja.

    Namun, segalanya mungkin akan berubah selepas kalian mengetahui manfaat seks waktu pagi seperti yang kami senaraikan berikut:

    #1. Permulaan hari yang indah dan bahagia

    Bersenggama dengan pasangan mampu membuat tubuh badan kita dipenuhi dengan oksitoksin – sejenis hormon yang berkait rapat dengan perasaan suka dan seronok.

    Jadi, seks pada waktu pagi sudah tentu akan membuat hari kita dimulakan dengan perasaan yang bagus. Ini sekali gus akan menjamin hari yang lebih indah dan bahagia ketika berada di pejabat kelak.

    Namun, mungkin agak sukar untuk merealisasikan hasrat ini kerana kedua-dua anda pasti sibuk untuk bersiap ke tempat kerja masing-masing. Tiada masalah, kalian mungkin boleh bangun awal sedikit berbanding waktu biasa untuk melakukan projek asmara ini?

    #2. Encik suami mampu bertahan lebih lama

    Selain oksitoksin, seks juga mampu membantu meningkatkan hormon testosteron dalam tubuh badan. Kesannya, encik suami sudah tentu mampu bertahan lebih lama ketika beraksi di ranjang.

    Menurut kajian yang dijalankan pada 2007, tahap testosteron lelaki akan berada paling tinggi pada waktu pagi. Ditambah dengan hormon oksitoksin, ternyatalah waktu pagi adalah masa yang paling ideal untuk berasmaradana.

    Jadi, kejutkanlah pasangan tercinta anda itu lebih awal. Mungkin selesai sahaja solat subuh, anda boleh menariknya kembali ke atas katil untuk menambah unsur kejutan? Cuma pastikan kalian tidak tertidur pula selepas bercanda ya!

    #3. Manfaat seks waktu pagi hampir serupa dengan aktiviti senaman

    Adakah anda perasan bahawa aktiviti senaman yang menyihatkan seperti joging, yoga, zumba, taichi semuanya dilakukan pada waktu pagi? Ini kerana ia adalah ketika paling sesuai untuk bersenam!

    Seks juga mampu membakar sekurang-kurangnya 5 kalori. Jadi, apa salahnya jika anda tukarkan aktiviti di luar rumah kepada aktiviti yang lebih menarik di dalam kamar tidur sahaja?

    Dengan ini, tidak perlulah kalian untuk bersiap memakai pakaian sukan untuk bersenam di luar rumah. Projek asmara pada waktu pagi juga adalah hampir serupa dengan aktiviti senaman.

    manfaat seks waktu pagi

    #4. Hubungan seks waktu pagi membantu mengurangkan tekanan

    Setiap kali bangun pagi, sudah pasti sarapan berupa makanan dan minuman berkhasiat akan menjadi perkara pertama untuk anda bukan? Sebenarnya, anda juga boleh mencuba sarapan alternatif iaitu seks.

    Ini kerana bersenggama dengan pasangan pada waktu pagi telah terbukti mampu mengurangkan tekanan, seperti yang dikatakan dalam kajian pada tahun 2010. Wow, satu penemuan yang sangat menarik!

    Menurut kajian itu lagi, hubungan intim pada waktu pagi dibuktikan mampu mengurangkan tekanan sama seperti anda mengambil makanan yang anda gemari. Jadi, untuk mengelak perut menajadi buncit, seks adalah alternatif yang lebih baik bukan?

    #5. Manfaat seks waktu pagi: tubuh badan anda telah bersedia sepenuhnya

    Akhir sekali, anda perlu tahu bahawa waktu pagi adalah ketika paling sesuai untuk berasmara dengan pasangan.

    Kenapa? Ini kerana tubuh badan anda telah bersedia sepenuhnya untuk beraksi dengan hebat setelah mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi pada waktu malam sebelum itu.

    Bukan sahaja dari aspek fizikal malahan juga aspek mental, seks memang sesuai dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur. Ini kerana ketika itu fikiran anda akan berada pada fasa yang sangat tenang dan kurang serabut dengan pelbagai masalah yang akan dihadapi kelak.

    Akhir kata, ketahuilah bahawa manfaat seks pada waktu pagi memang sangat banyak dan penting terhadap kesihatan fizikal dan mental kita. Adakah anda juga mahukan manfaat ini?

    Oleh itu, apa lagi yang anda tunggu? Segera kejutkan pasangan anda sebaik sahaja terjaga dari tidur untuk bersama menjayakan projek asmara pada waktu pagi!

    Kini anda telah tahu manfaat seks waktu pagi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan