backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Suami Tunjuk 'Hint' Nak Bersama, Isteri Perlu Ambil 5 Langkah Ini Goda Cik Abang Ke Ranjang

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2023

Suami Tunjuk 'Hint' Nak Bersama, Isteri Perlu Ambil 5 Langkah Ini Goda Cik Abang Ke Ranjang

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, aktiviti di ranjang mungkin tidak lagi sehangat sewaktu awal perkahwinan dulu. Dengan urusan keluarga dan tugas kerja yang tidak pernah surut, keintiman suami isteri mula berkurangan. Ada kalanya cik abang menunjukkan tanda suami mahu bersama, namun si isteri mungkin tidak menyedarinya. Seharusnya, anda sebagai isteri perlu memahami bahasa tubuh lelaki terangsang supaya anda boleh memberikan respons yang dikehendaki oleh si suami.

Apakah tanda-tanda suami anda mahukan keintiman bersama?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Tanda suami mahu bersama & apa yang perlu anda lakukan

Tidak ramai wanita yang boleh memahami isyarat halus si suami yang mahukan waktu ‘bersama’. 

Jika ada yang memahaminya, mungkin si isteri tidak tahu apa langkah seterusnya yang perlu dilakukan bagi menghangatkan hubungan intim dengan si suami. 

Ini 5 perkara anda kena tahu dan lakukan bila suami sudah mula berikan isyarat. 

#1. Tanda suami mahu bersama: Fahami bahasa tubuh lelaki terangsang

tanda suami mahu bersama

Menyedari isyarat halus suami boleh menjadi kunci untuk mengetahui bilakah dia mahukan keintiman dengan anda. Perhatikan bahasa badan dan tindakannya. 

Adakah dia mula bermain-main mata atau sering menyentuh anda dengan penuh kasih sayang? 

Petunjuk ini mungkin berbeza-beza bagi setiap orang. Tetapi semakin anda mengenali pasangan anda, maka anda juga akan semakin kenal isyarat yang sering si dia berikan.

Namun perlu diingat, komunikasi yang jelas adalah penting dalam perhubungan. 

Jika anda tidak begitu pasti bahasa tubuh daripada si suami, mungkin anda perlu bertanya kepadanya dengan cara yang romantik. 

#2. Tanda suami mahu bersama: Kuasa sentuhan

Sentuhan boleh dikatakan sebagai bahasa cinta yang kuat dan jelas1. Ia boleh menjadi cara untuk meluahkan perasaan dan keinginan tanpa memerlukan kata-kata. 

Jika suami kerap memulakan hubungan fizikal atau meluahkan rasa sayang kepada anda, ini mungkin tanda bahawa dia sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim1

Sebagai respons kepada sentuhan suami, anda boleh menyampaikan perasaan anda juga menerusi sentuhan. 

Belai lembut rambutnya, peluk atau bermanja dengan suami anda boleh menjadi isyarat kesediaan dan minat anda untuk melakukan hubungan intim.

#3. Cipta suasana romantik

tanda suami mahu bersama

Cara terbaik untuk memupuk keintiman adalah dengan mencipta suasana yang betul. 

Suasana romantik tidak semestinya hanya berkisar mengenai gerakan yang hebat ketika berhubungan. 

Kadangkala, perubahan suasana yang kecil dalam rumah juga boleh membangkitkan rasa sensual suami dan isteri. 

Antaranya hidangan yang dimasak sendiri oleh isteri, pencahayaan ruangan yang romantik, atau bilik yang bersih dan kemas juga boleh mewujudkan suasana menenangkan. 

Suasana seperti ini akan menjadikan anda berdua lebih santai dan bersedia untuk saat-saat intim.

#4. Hangatkan keintiman suami isteri dengan alat khusus

Selain tanda suami mahu bersama di atas, mengekalkan kehangatan hubungan intim mungkin memerlukan anda untuk bereksperimen dan mencuba perkara baharu. 

Pernahkah anda cuba untuk menambah sentuhan yang menyeronokkan bersama pasangan menggunakan kondom berperisa seperti perisa strawberi atau coklat, atau mungkin kondom yang bertekstur? 

Kondom seperti ini boleh menambah unsur kejutan dan sensasi, selain merangsang anda dan pasangan untuk lebih hangat ketika berhubungan2

Selain itu, suami anda juga boleh cuba menggunakan alat seperti cincin bergetar, kerana ia boleh membantu mengekalkan ereksi dalam tempoh yang lebih lama. 

Ini membuatkan detik intim bersama pasangan menjadi lebih panjang, selain lebih unik dan menjadi momen yang tidak dapat dilupakan3.

#5. Pelincir bantu lancarkan hubungan intim

tanda suami mahu bersama

Bahan pelincir mungkin sering dianggap sebagai bukan keperluan sewaktu berhubungan. 

Namun ia sebenarnya boleh membantu meningkatkan pengalaman hubungan intim anda. 

Bahan pelincir boleh mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kekeringan pada alat kelamin, seperti masalah faraj kering4

Selain itu, ia juga boleh membuatkan luncuran lebih lancar yang akan meningkatkan keseronokan sewaktu berhubungan4

Pelincir ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan; daripada jenis berbau wangi dan berperisa sehingga kepada jenis yang memberikan sensasi unik.

Menariknya, jenama syarikat gergasi pencegah kehamilan, Durex ada mengeluarkan pelincir Massage 2 in 1. 

Pelincir 2 dalam 1 ini bukan sahaja berfungsi melancarkan pergerakan sewaktu penetrasi dan mengelakkan kondom terkoyak atau bocor, tetapi juga boleh digunakan untuk urutan.

Ini sekali gus meningkatkan kepuasan sewaktu hubungan intim berlangsung. Anda boleh memilih pelincir yang sesuai dengan keinginan dan keperluan anda. 

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang pelincir keluaran Durex.

Jangan abaikan keselamatan dan keselesaan

Di saat anda ingin mendapatkan keseronokan selepas melihat tanda suami mahu bersama, jangan sesekali mengabaikan soal keselamatan. 

Penggunaan kondom sangat penting untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini dan melindungi daripada risiko penyakit jangkitan kelamin5

Anda boleh memilih kondom nipis atau ‘Invisible’ yang menawarkan perlindungan tanpa menjejaskan keseronokan bersama pasangan. 

Kondom jenis ini boleh membantu menguatkan hubungan intim, kerana pemakaiannya masih mampu memberikan rasa ‘semula jadi’ kepada suami dan juga diri anda.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kondom ‘Invisible’ keluaran Durex.

Kesimpulan

Mengekalkan hubungan intim yang sihat melibatkan keseimbangan persefahaman antara kedua-dua suami dan juga isteri. 

Ia berkisar soal keinginan, menghormati batas antara satu sama lain dan mengekalkan keseronokan dan keterujaan antara pasangan. 

Bagi anda sebagai isteri, memahami tanda suami mahu bersama dan bahasa tubuh lelaki terangsang boleh menjadi kunci untuk menghangatkan kembali hubungan dengan si suami. 

Dengan menambahkan elemen-elemen baharu, mengutamakan keselamatan dan memastikan keseronokan bersama, ia boleh menyumbang kepada hubungan suami isteri yang lebih erat dan sihat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan