Wahai Isteri, Kenali 32 Tanda Suami Sedang STRES Fizikal & Mental – Jangan Abaikannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Tidak seperti kaum Hawa, lelaki amat sukar atau jarang sekali memperlihatkan perasaan mereka di khalayak ramai.

Mereka lebih gemar menyembunyikan perasaan mereka, seperti stres, disebabkan oleh faktor ego atau tidak mahu membesarkan perkara yang dianggap remeh.

Mungkin disebabkan oleh tanggapan yang remeh ini juga, golongan lelaki tidak begitu mempedulikan tanda stres yang berlaku pada diri mereka.

Tambahan pula, stres adalah satu pengalaman bersifat individu di mana perkara yang menyebabkan stres pada seseorang lelaki, mungkin tidak berlaku pada lelaki-lelaki yang lain.

Tanda stres juga berbeza antara individu dengan individu yang lain. Justeru, sebaik-baiknya adalah orang yang terdekat dapat mengenal pasti tanda-tanda jika seseorang lelaki itu sedang berada dalam keadaan stres.

Apakah tanda stres dalam kalangan lelaki?

Stres boleh dialami dalam dua keadaan, iaitu sama ada secara fizikal mahupun psikologi, tetapi kedua-duanya adalah saling berkaitan.

Kajian ada menunjukkan bahawa stres yang kronik boleh menyebabkan penurunan fungsi imun tubuh.

Ini kemudiannya akan meningkatkan risiko jangkitan dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan tersebut. 

stres

Simptom fizikal stres

Berikut merupakan antara simptom-simptom fizikal kejadian stres dalam kalangan kaum lelaki:

  1. Sakit pada bahagian dada.
  2. Jantung yang berdegup laju.
  3. Tekanan darah tinggi.
  4. Tercungap-cungap.
  5. Keletihan.
  6. Dorongan seks yang semakin menurun.
  7. Sakit pada bahagian otot seperti sakit belakang dan sakit leher.
  8. Sakit kepala.
  9. Pening.
  10. Rasa kering pada bahagian tekak.
  11. Ketidakhadaman.
  12. Sembelit atau cirit-birit.
  13. Peluh meningkat.
  14. Kekejangan perut.
  15. Kehilangan atau pertambahan berat badan.
  16. Masalah kulit.

Simptom psikologi stres

Selain daripada simptom atau tanda-tanda stress secara fizikal, tekanan juga boleh memberi kesan terhadap psikologi seseorang individu.

Berikut merupakan antara simptom-simptom psikologi akibat stres:

  1. Kesedihan.
  2. Kemurungan.
  3. Menangis.
  4. Rasa terasing.
  5. Insomnia.
  6. Emosi yang tidak stabil.
  7. Kebimbangan.
  8. Kegelisahan.
  9. Kemarahan yang tidak terkawal.
  10. Makan secara berlebihan atau terlalu kurang.
  11. Rasa tidak yakin pada diri sendiri.
  12. Produktiviti yang semakin menurun.
  13. Tidak puas dengan kerja.
  14. Perubahan yang berlaku dalam perhubungan.
  15. Kerap merokok.
  16. Kerap mengambil alkohol atau dadah.

Kaedah-kaedah melegakan stres yang boleh anda cuba

stres

Jika anda adalah seorang lelaki dan berasa bahawa anda sedang berada dalam fasa tekanan, anda mungkin mahu mencuba beberapa kaedah ini bagi melegakan tekanan yang anda alami

Terdapat beberapa strategi yang boleh anda lakukan, iaitu strategi jangka pendek, strategi jangka panjang, strategi pantas dan juga coping yang berfokus kepada masalah yang berlaku.

Kami sarankan untuk anda melakukan strategi jangka pendek ini terlebih dahulu kerana ia amat praktikal untuk dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Strategi jangka pendek bagi melegakan stres

Strategi jangka pendek adalah satu strategi melegakan stres yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja, hanya memerlukan sedikit latihan, percuma dan memberikan kelegaan yang bersifat segera.

Antara strategi yang boleh anda lakukan ialah:

#1. Imejan berpandu (guided imagery)

Ia adalah seolah-olah percutian pendek dalam minda anda.

Anda boleh cuba membayangkan keberadaan anda di tempat-tempat yang menenangkan seperti membayangkan anda berada di tepi pantai untuk tujuan relaksasi.

Tutupkan mata anda selama beberapa minit dan bayangkan aktiviti yang ingin anda lakukan.

Libatkan semua deria anda untuk membantu anda mencapai ketenangan dan kegembiraan yang maksimum.

stres

#2. Meditasi

Dengan bermeditasi, ia bukan sahaja memberikan anda kelegaan stres yang bersifat jangka pendek, tetapi manfaat pengurusan stres yang berpanjangan.

Terdapat pelbagai lagi jenis meditasi yang boleh anda cuba dan setiap satunya adalah unik dan memberikan kebaikan yang tersendiri.

#3. Lakukan relaksasi otot progresif

Ia melibatkan relaksasi kesemua otot dalam tubuh anda mengikut kumpulan. Mulakan dengan menarik nafas beberapa kali.

Kemudian, lakukan regangan dan relaksasi beberapa kumpulan otot bermula daripada dahi sehinggalah ke bahagian jari kaki anda.

Apabila anda kerap melakukannya, anda akan tahu berkenaan ketegangan yang berlaku pada otot anda dan mampu untuk relaks dengan lebih mudah. 

#4. Berjalan-jalan

Dengan hanya berjalan-jalan, ia juga mampu memberikan kelegaan terhadap stres yang anda alami dengan pantas.

Apabila anda keluar berjalan-jalan, anda akan dapat melihat pemandangan yang menenangkan yang menyebabkan anda berasa lebih tenang. 

Oleh itu, cuba dapatkan rehat daripada pekerjaan anda dan keluar mengambil angin di luar kawasan tempat kerja. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia mengalami mati pucuk. Ada yang percaya guna minyak kelapa boleh rawat masalah ini. Benarkah? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Betul Ke Orang Gemuk Punya Saiz Zakar Kecil? Kena Kuruskan Badan Nampaknya Ni!

Ada mitos yang mengatakan orang gemuk punya saiz zakar kecil. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu jawapan yang tepat lagi sahih ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

Hubungan seks yang berlaku seharusnya melahirkan rasa kepuasan. Tetapi berlainan pula dengan anda, gangguan emosi yang dialami. Mengapakah ia berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

Di dunia ini, terdapat banyak jenis zakar yang wujud. Namun, kalian tidak perlu risau kerana kesemuanya adalah normal. Klik untuk tahu anda yang mana satu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 19/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya onani

Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
misai lelaki

Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
kenapa harus sunat

Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
seks semasa menopaus

Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan