Keselamatan di tempat kerja adalah aspek yang paling penting dalam memastikan produktiviti kerja individu akan dapat terus meningkat.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Keselamatan di tempat kerja adalah aspek yang paling penting dalam memastikan produktiviti kerja individu akan dapat terus meningkat.
Menurut statistik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, jumlah kemalangan pekerjaan yang dilaporkan sehingga April 2018 adalah sebanyak 1251 kes dengan kematian sebanyak 71 orang, sementara 58 orang hilang upaya kekal.
Kemalangan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dielakkan dan ia tidak seharusnya berlaku.
Langkah keselamatan di tempat kerja harus diambil untuk elak jadi perkara yang tidak diingini.
Anda harus mengetahui risiko serta bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja dengan cara mengetahui tempat, prosedur atau keadaan yang berisiko agar kemalangan akan dapat dielakkan.
Berikut adalah antara perkara yang paling penting:
Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk duduk dalam tempoh yang lama seperti menghadap komputer, pastikan bahu anda sejajar dengan pinggul bagi mengelakkan masalah sakit belakang.
Apabila mengangkat barang, gunakan teknik yang betul dan elakkan daripada membongkok.
Sebaiknya, gunakan perabot dan perkakas yang mesra pengguna untuk mencegah daripada masalah kesihatan tertentu.
Antara punca berlaku kemalangan adalah kerana hilang fokus.
Bekerja dalam tempoh yang lama mendedahkan diri anda kepada hilang daya tumpuan.
Rehat yang singkat mampu mengembalikan semula tenaga dan membuatkan anda segar.
Antara tip yang boleh digunakan adalah melakukan tugas yang paling susah sewaktu tumpuan anda paling tinggi, contohnya di waktu pagi.
Tekanan atau stres boleh membawa kepada kemurungan dan kurang fokus.
Antara perangsang stres adalah waktu bekerja yang lama, kerja yang terlalu banyak dan hubungan kurang baik antara pekerja dan majikan.
Kedua-dua pihak, pekerja dan majikan, harus bekerjasama mewujudkan suasana kerja yang positif dan seronok.
Semua orang harus bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri.
Jika suasana seperti ini dapat diwujudkan, pastinya produktiviti kerja akan meningkat.
Keadaan seperti mesin rosak, paip bocor atau kebakaran harus dilaporkan kepada penyelia atau pihak yang terbabit.
Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.
Contohnya, jika ada kerosakan pada penghawa dingin di dalam pejabat, ia harus diperiksa oleh pihak tertentu.
Walaupun hanya melibatkan satu penghawa dingin, ia mungkin disebabkan oleh kebakaran kecil pada wayar yang boleh tersebar ke bahagian lain.
Pakaian keselamatan tidak direka melainkan untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
Terutamanya bagi sektor pembuatan, yang mencatitkan angka tertinggi kemalangan pekerjaan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, penyelia atau majikan harus memastikan semua pekerjanya mematuhi prosedur keselamatan yang betul.
Keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama antara pekerja dan majikan.
Kesedaran harus dipupuk terlebih dahulu agar ia menjadi satu budaya yang sihat dan penting dalam aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
Di sebalik keuntungan yang dikejar, keselamatan adalah perkara yang perlu menjadi keutamaan. Jangan disebabkan kecuaian kita, orang lain terpaksa menganggung derita.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen