Peninju MMA Amalkan Terapi Minum Air Kencing Untuk Lebih Kuat? Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/03/2020

Pada tahun 2009, siaran HBO telah memaparkan sesi wawancara bersama seorang peninju MMA, Juan Manuel Marquez. Beliau mempromosikan terapi air kencing untuk memperolehi kebaikan nutrisi yang optimum. Huh? Air kencing? Bukan ada bakteria ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Terapi minum air kencing menurut rekod purba

bakteria

Kaedah perubatan menggunakan terapi air kencing telah diamalkan semenjak beribu tahun lamanya. Tamadun Rom dan tamadun Yunani adalah merupakan dua tamadun yang merekodkan penggunaan air kencing bagi merawat masalah kesihatan seperti masalah jerawat dan kanser. Namun, sejak penemuan ubat-ubatan yang lebih efektif dalam merawat penyakit tersebut, terapi ini tidak lagi diamalkan.

Bayangkan jika anda ingin mendapatkan preskripsi ubat di klinik tempatan dan pegawai perubatan tersebut memberikan preskripsi air kencing untuk anda minum buat tempoh masa tertentu. Ia bukanlah sesuatu amalan yang boleh diterima pakai oleh masyarakat pada zaman moden.

Namun berbalik kepada keberkesanan air kencing dalam memberikan kesan farmakologikal kepada mereka yang mengambilnya, adakah ia benar-benar mengubati?

Air kencing adalah merupakan salah satu produk proses perkumuhan manusia yang terdiri daripada 95% air dan 5% bahan kumuh. Ia dihasilkan oleh buah pinggang melalui proses penapisan biologikal dan produk ini akan disalurkan ke pundi kencing sebelum dikeluarkan sebagai air kencing.

Kebaikan meminumnya untuk merawat penyakit tidak disimpulkan dalam mana-mana kajian saintifik tetapi daripada teks-teks purba.  Menurut teks tersebut, air kencing dapat digunakan bagi merawat:

  • Alahan
  • Jerawat
  • Kanser
  • Masalah jantung
  • Jangkitan kuman
  • Luka
  • Hidung tersumbat
  • Ruam dan penyakit kulit yang lain
  • Sengatan serangga

Juan telah memberikan alasan bahawa air kencing yang diminumnya mengandungi vitamin dan mineral yang tidak diserap masuk ke dalam badan justeru ia merupakan terapi yang dapat membantunya dalam mengekalkan prestasi peninjuan yang optimum.

Buat masa ini, tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan keberkesanannya dalam merawat penyakit yang telah disenaraikan. Juan juga telah diarahkan oleh doktor peribadinya untuk berhenti mengamalkan tabiat sedemikian dan fokus kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat.

Mitos: Air kencing adalah merupakan sumber yang steril

kencing

Pada tahun 2010, sebanyak 150 video berkaitan dengan terapi air kencing telah dimuat naik di laman web, Youtube. Statistik Google menunjukkan subjek ini menarik perhatian ramai pengguna internet dan pada ketika itu, kira-kira 100,000 carian telah dibuat berkaitan dengan topik ini dalam tempoh masa sehari.

Ia adalah merupakan perubatan alternatif yang menjadi pilihan terutamanya mereka yang miskin tanpa mengambil kira sama ada ia berkesan atau pun tidak. Perkara ini telah diperkatakan oleh Morarji Desai, bekas Perdana Menteri India.

Populasi tempatan di Nigeria masih lagi menggunakan terapi ini dalam merawat penyakit seperti sawan, ulser, sebagai penawar racun dan diabetic foot. Urea yang terkandung di dalamnya mempunyai fungsi untuk melawaskan sistem penghadaman, fungsi yang sama ada di dalam minuman kopi. Namun, dalam kepelbagaian kebaikan yang disenaraikan oleh teks-teks purba, adakah air kencing itu steril (bebas mikroorganisma)?

Salah faham berkenaan dengan kesterilan air kencing telah wujud lama dalam kalangan masyarakat. Jika anda pernah memeriksa air kencing anda, jika anda tiada jangkitan pada salur kencing, ujian akan memberikan keputusan negatif.

Namun, itu tidak bermakna air kencing anda tidak mempunyai bakteria. Pseudomonas, E. coli, Proteus, berikut adalah merupakan segelintir bakteria yang kebiasaannya wujud di dalamnya. Jika ia mengandungi bakteria ini, walau dalam kuantiti yang sedikit, adalah tidak patut untuk kita gunakan ia sebagai kaedah rawatan bagi merawati jangkitan-jangkitan lain.

Konklusi

kencing

Usah pilih terapi air kencing. Jika anda terkena jangkitan kuman, makanlah antibiotik. Sekiranya jerawat, gunalah krim antibiotik. Jika anak anda sawan, bawa berjumpa dengan doktor dan gunakan ubat yang diberikan. Banyak alternatif lain yang lebih baik berbanding terapi air kencing.

Ia mungkin merupakan terapi yang dapat merawat pelbagai penyakit seperti yang direkodkan di dalam tulisan tamadun-tamadun awal, namun kini, kita mempunyai alternatif yang lebih baik. Gunakan ia sebaik mungkin.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

    Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Ada 8 jenis pemanis buatan yang sering digunakan dalam industri makanan, malah lebih manis dari gula. Namun, benarkah gula buatan ini sebabkan kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Biar Betul! Pil Perancang Keluarga Boleh Kurangkan Period Pain? 

    Bagaimana boleh sebegitu? Bukankah pil perancang keluarga atau pil perancang kehamilan hanya digunakan untuk mencegah seseorang wanita daripada hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

    Tahukah anda, ada 7 golongan berisiko untuk mendapat kanser rahim. Adakah tanda kanser rahim jelas untuk pesakit kanser rahim ini? Boleh kesan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    bahaya seks oral

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    ujian pap smear

    Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/05/2020
    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020