2. Gangguan elektrolit punca penyakit sawan
Ramai mungkin tidak mengetahui hakikat ini tetapi selain glukosa, elektrolit juga memainkan peranan yang penting dalam badan.
Terdapat pelbagai jenis elektrolit seperti sodium, magnesium dan kalsium yang memastikan fungsi otot dan saraf badan berada pada tahap yang optimum.
Hiponatremia merujuk kepada bacaan sodium yang rendah dalam badan. Julat normal untuk kandungan sodium badan adalah antara 135 hingga 145 mmol/L.
Kandungan sodium yang terlalu rendah adalah gangguan elektrolit yang paling kerap menyebabkan serangan sawan.
Terdapat pelbagai punca dan penyakit yang mampu menyebabkan paras sodium menjadi rendah. Antara penyakit tersebut adalah penyakit Addison, hipotiroid dan juga SIADH.
Namun yang demikian, punca lazim untuk hiponatremia adalah cirit-birit dan muntah yang berlarutan dan juga kurang pengambilan makanan. Masalah cirit-birit dan muntah boleh disebabkan oleh keracunan makanan.
Oleh sebab itu, mereka yang mengalami simptom ini, khususnya kanak-kanak, adalah berisiko untuk mendapat serangan sawan. Kurang pengambilan makanan boleh disebabkan oleh keadaan seperti kanser dan juga hipotiroid.
Apa pun punca penyakit sawan, pengambilan makanan adalah sumber kepada bekalan nutrien dan elektrolit.
Selain sodium, kalsium juga boleh menyebabkan serangan sawan. Paras kalsium yang rendah ataupun hipokalsemia akan menyebabkan paras ion kalsium dalam cecair saraf (cerebrospinal fluid) turut menjadi rendah.
Kesannya, ia akan mengganggu tahap keterangsangan saraf sekali gus menyebabkan sawan.
Baca juga:
3. Kecederaan kepala traumatik

Trauma pada bahagian kepala boleh menjadi punca penyakit sawan khususnya dalam kalangan kanak-kanak.
Berdasarkan kajian, satu daripada setiap 5 orang yang mengalami kecederaan kepala traumatik boleh diserang sawan.
Sawan tersebut boleh berlaku seminggu selepas kecederaan ataupun selepas 7 hari. 25% daripada mereka yang mengalami sawan dalam tempoh 7 hari pasca kecederaan kepala akan mengalami sawan yang berulang dalam masa beberapa bulan di masa akan datang.
Untuk mereka yang mengalami sawan selepas 7 hari pasca kecederaan kepala, 80% daripada mereka berpeluang untuk mengalami sawan berulang.
Sawan pasca kecederaan kepala traumatik berlaku akibat daripada kecederaan dalaman otak yang terhasil.
Kecederaan tersebut boleh menyebabkan otak menjadi bengkak (cerebral oedema) dan menghasilkan tekanan kepada sel-sel saraf sekali gus mengakibatkan sawan.
Dalam cara yang sama, jika kecederaan kepala menyebabkan pendarahan dalam otak, darah yang terkumpul juga boleh mengakibatkan tekanan kepada saraf-saraf otak yang mendorong kepada terhasilnya serangan sawan.
Demam bukan satu-satunya punca penyakit sawan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca sawan tanpa demam yang boleh berlaku.
Bahkan, punca sawan tanpa demam yang disenaraikan dalam artikel ini adalah lebih berbahaya dan mengancam nyawa.
Jadi, pastikan paras gula dan elektrolit anda berada pada julat yang normal. Dalam masa yang sama, gunakan pelindung kepala untuk mengurangkan risiko kecederaan kepala traumatik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen