home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Mengelakkan Komplikasi Terapi Cahaya?

Bagaimana Mengelakkan Komplikasi Terapi Cahaya?

Terapi cahaya, juga dikenali sebagai phototherapy, semakin banyak digunakan dalam pelbagai jenis ubat tidur dan keadaan psikiatri termasuk gangguan tidur harian, gangguan afektif bermusim (SAD), dan demensia oleh pendedahan kepada cahaya tiruan. Walaupun jenis rawatan ini umumnya selamat, kesan negatif seperti komplikasi mungkin berlaku. Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada komplikasi terapi cahaya.

Bagaimanakah terapi cahaya berfungsi?

Semasa terapi cahaya, anda mesti duduk atau bekerja berhampiran peranti yang dinamakan sebagai kotak terapi cahaya. Kotak ini mengeluarkan cahaya terang yang meniru cahaya luaran semula jadi. Ini memberi kesan kepada bahan kimia otak yang dikaitkan dengan mood dan tidur, mengurangkan simptom SAD. Ini juga membantu dengan jenis kemurungan dan gangguan lain.

Risiko dan tip mengelakkannya

Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah apabila anda memutuskan untuk membeli kotak cahaya. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang jenis kotak cahaya yang sesuai untuk anda, jadi anda mendapat banyak manfaat dan mengurangkan kemungkinan kesan sampingan.

Terapi cahaya hanya menggunakan cahaya nampak, jadi umumnya ia dianggap selamat. Namun, terdapat beberapa kesan sampingan, tetapi kebanyakannya ringan dan minima. Ianya termasuk:

  • Kekejangan mata
  • Sakit kepala
  • Kesakitan
  • Menjengkelkan atau gelisah
  • Mania, keadaan euforia yang berkaitan dengan gangguan bipolar

Kesan jangka pendek ini akan hilang selepas beberapa hari dengan sendirinya. Jika anda berasa tidak selesa dengannya, anda boleh cuba mengurangkan masa rawatan, menjaga jarak tertentu dengan kotak cahaya untuk meminimumkan kesan cahaya, mengubah masa rawatan atau berehat semasa rawatan, untuk menguruskan kesan sampingan ini. Jika sesuatu yang luar biasa berlaku, dapatkan nasihat doktor anda.

Kotak cahaya bertujuan menyaring semua cahaya ultraviolet (UV) yang berbahaya terhadap tubuh. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, cahaya UV tidak ditapis sepenuhnya. Cahaya UV ini boleh menyebabkan kerosakan kulit dan mata. Anda harus mencari kotak cahaya lain yang dapat menyerap sebanyak mungkin cahaya UV.

Jika anda mempunyai sebarang masalah dengan silau yang datang dari kotak cahaya, saringkannya dengan memakai cermin mata khas semasa rawatan. Atau anda mungkin ingin mencari jenis kotak cahaya lain yang boleh menyaring gelombang yang membahayakan anda.

Terapi cahaya boleh menyebabkan mania bagi sesetengah orang dengan gangguan bipola. Jadi dapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan terapi ini adalah diperlukan. Mencari bantuan apabila berasa mood atau fikiran anda mempunyai tanda-tanda yang dipengaruhi oleh cahaya.

Akhirnya, terdapat beberapa keadaan di mana terapi cahaya tidak disyorkan. Ini termasuk apabila anda mempunyai keadaan yang menyebabkan kulit anda sangat sensitif terhadap cahaya, atau ketika anda mengambil ubat-ubatan yang meningkatkan kepekaan anda terhadap cahaya matahari, atau ketika mata anda rentan terhadap kerosakan cahaya. Anda perlu berhati-hati mempertimbangkan keadaan anda, dan berbincang dengan doktor anda sebelum berfikir tentang mengambil terapi cahaya. Kami tidak mahu anda mengalami apa-apa komplikasi yang tidak dijangka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Light Therapy Safety and Side Effects. http://www.news-medical.net/health/Light-Therapy-Safety-and-Side-Effects.aspx. Accessed October 18, 2016.

Light therapy: risks. http://www.mayoclinic.org/tests-procedures/light-therapy/details/risks/cmc-20197423. Accessed October 18, 2016.

Light therapy: topic overview. http://www.webmd.com/depression/tc/light-therapy-topic-overview. Accessed October 18, 2016.

Light therapy. http://www.drweil.com/drw/u/ART03222/Light-Therapy.html. Accessed October 18, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada [date}
x