backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ujian Glukosa Dalam Darah di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/09/2022

Ujian Glukosa Dalam Darah di Rumah

Ujian gula dalam darah atau ujian glukosa dilakukan untuk menguji tahap glukosa di dalam darah anda. Glukosa sebenarnya merupakan sejenis gula yang digunakan oleh badan sebagai sumber utama tenaga. Untuk menggerakkan glukosa dalam badan manusia, kita memerlukan hormon insulin.

Bacaan glukosa yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menandakan masalah kesihatan yang serius. Sebagai contoh, bacaan gula yang tinggi menandakan diabetes, manakala bacaan gula yang rendah pula menandakan penyakit hipoglisemia yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Definisi

Apakah ujian gula dalam darah?

Ujian gula dalam darah atau ujian glukosa dilakukan bertujuan mengukur kepekatan sejenis gula, yang dinamakan sebagai glukosa, dalam darah anda semasa ujian dijalankan. Ujian ini boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana, menggunakan alat kecil mudah alih yang dinamakan glukometer.

Ujian glukosa juga boleh digunakan untuk memantau kandungan gula dalam darah. Sila berbincang dengan doktor anda tentang kekerapan untuk mengukur gula dalam darah anda.

Kekerapannya bergantung kepada rawatan diabetes, seberapa baik diabetes terkawal dan kesihatan anda secara menyeluruh.

Mereka yang mengambil insulin untuk mengawal diabetes mereka perlu mengukur gula mereka dengan kerap. Mengukur kandungan gula dalam darah sering disebut sebagai pemantauan atau ujian diri gula dalam darah di rumah.

Jika anda jarang atau tidak menggunakan insulin langsung, ujian gula dalam darah boleh menjadi sangat berguna untuk mengetahui bagaimana badan anda bertindakbalas dengan makanan, penyakit, tekanan, senaman, ubat-ubatan dan aktiviti lain. Sila uji sebelum dan selepas makan untuk mengatur makanan anda.

Sebahagian jenis glukometer boleh menyimpan berates bacaan gukosa. Ini membolehkan anda menyemak semula bacan-bacaan yang pernah dibuat dari masa ke semasa untuk menjangkakan kadar glukosa pada waktu tertentu dalam satu hari.

Ia juga membolehkan anda untuk mengenal pasti sebarang perubahan major pada kadar glukosa anda. Sebahagian sistem ini juga membolehkan maklumat disimpan di dalam komputer dimana ia boleh ditukar mejadi graf atau bentuk lain yang memudahkan analisa dibuat.

Sesetengah model glukometer yang lebih baru boleh berkomunikasi dengan pam insulin. Pam insulin adalah mesin yang melepaskan insulin sepanjang hari. Glukometer tersebut membantu menentukan banyak mana insulin yang anda perlukan untuk mengekalkan kadar gula dalam darah anda pada julat yang disasarkan.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan untuk melakukan ujian gula dalam darah?

ujian gula dalam darah

Ujian gula dalam darah memerlukan penggunaan alat elektronik kecil yang dinamakan glukometer.

Ia membaca kuantiti gula dalam sampel darah yang kecil, kebiasaannya dari hujung jari, yang anda letakkan pada strip ujian pakai buang.

Anda harus berbincang dengan doktor atau penasihat diabetes untuk mendapatkan nasihat yang sepatutnya.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Arahan untuk ujian ini sedikit berbeza untuk setiap model glukometer. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, sila ikut arahan yang diberikan dengan cermat. Ketika mengukur kadar gula:

  • Basuh tangan anda menggunakan air suam bersabun. Keringkan dengan baik menggunakan tuala bersih.
  • Masukkan jarum bersih (lancet) ke dalam alatan lancet. Alatan lancet ialah alat pemegang lancet bersaiz pen. Ia memegang, memposisi dan mengawal sedalam mana lancet masuk ke dalam kulit.
  • Alihkan strip ujian untuk mengelakkan kelembapan dari mengesani strip lain. Strip ujian kadangkala disimpan di dalam glukometer.
  • Sediakan glukometer. Ikut arahan yang disediakan bersama alat anda.
  • Gunakan alat lancet untuk mencucuk bahagian tepi hujung jari anda menggunakan lancet. Jangan cucuk hujung jari anda; ia lebih menyakitkan dan anda mungkin tidak mendapat darah yang cukup untuk membuat bacaan dengan tepat. Sesetengah glukometer menggunakan alat lancet yang boleh mendapatkan sampel darah dari tempat lain seperti tapak tangan atau lengan.
  • Letakkan setitik darah di tempat yang betul pada strip.
  • Gunakan bebola kapas yang bersih untuk meletakkan tekanan di tempat jari (atau tempat lain) dicucuk bagi menghentikan pendarahan.
  • Ikut arahan yang disediakan bersama glukometer anda untuk mendapatkan bacaan. Sesetengah alat mengambil masa hanya beberapa saat untuk memberikan bacaan.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan ujian gula dalam darah saya?

ujian gula dalam darah

Julat di bawah memberikan anda idea tentang di mana kadar gula dalam darah anda seharusnya ada sepanjang hari. Julat kadar gula yang ideal mungkin berbeza dari individu ke individu yang lain dan akan berubah sepanjang hari.

Diabetes bagi orang bukan mengandung:

  • 70 mg/dL (3.9 mmol/L) ke 130 mg/dL (7.2 mmol/L) sebelum makan
  • Kurang dari 180 mg/dL (10 mmol/L) 1 ke 2 jam selepas makan
  • Diabetes bagi perempuan yang terkait dengan mengandung (diabetes gestasional):

    • 95 mg/dL (5.3 mmol/L) atau kurang, sebelum sarapan
    • 140 mg/dL (7.8 mmol/L) atau kurang, 1 jam selepas makan atau 120 mg/dL (6.7 mmol/L) atau kurang 2 jam selepas makan

    Banyak keadaan yang boleh mengubah kadar gula dalam darah untuk pesakit diabetes. Doktor anda akan berbincang denagn anda sebarang bacaan abnormal terkait dengan simptom dan kesihatan anda yang lalu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan