Tangan Selalu Kebas? Ia Mungkin Tanda Bagi 5 Penyakit Ini, No. 4 Punca Paling Lazim

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda terjaga daripada tidur dan biasa alami tangan kebas? Kadangkala, situasi ini terjadi walaupun bukan pada waktu tidur. Jika ingin tahu punca serta cara menghilangkan kebas tangan, ikuti apa yang kami sediakan di bawah ini.

Punca sebenar berlakunya tangan kebas

tangan kebas

Punca biasa bagi keadaan tangan kebas adalah disebabkan oleh tekanan yang diberikan ke atas tangan atau lengan sewaktu tidur.

Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca lain yang mungkin tidak diketahui ramai sebelum ini. Antara punca berlakunya kebas tangan ialah:

#1. Sindrom Carpal tunnel

Sindrom Carpal tunnel ini disebabkan oleh pemampatan saraf median pada bahagian Carpal tunnel.

Carpal tunnel adalah satu laluan sempit yang berada pada bahagian depan pergelangan tangan anda.

Apabila anda mengalami sindrom ini, ia akan menyebabkan rasa kesemutan dan kebas pada tangan anda.

#2. Spondylosis serviks (leher)

Spondylosis serviks biasanya berlaku disebabkan oleh kehausan yang berlaku setiap hari pada cakera tulang belakang di leher anda seiring pertambahan usia.

Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan kekebasan dan kesemutan pada tangan dan lengan anda. Ia juga boleh menyebabkan kebas pada bahagian kaki dan juga betis.

#3. Sindrom outlet toraks (TOS)

TOS adalah sekumpulan gangguan yang berlaku apabila saraf atau salur darah pada bahagian leher bawah dan juga dada atas mengalami keradangan, kecederaan atau kemampatan.

Jika anda mengalami TOS ini, anda akan mengalami simptom kekebasan pada bahagian lengan, tangan dan juga jari anda. 

#4. Diabetes

Apabila tubuh badan anda tidak memberikan respons yang berkesan kepada insulin atau tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, itu bermaksud anda mengalami diabetes.

Antara salah satu simptom jika anda alami diabetes ialah berlakunya kerosakan saraf yang boleh menyebabkan kesakitan, kelemahan dan juga kebas pada tangan anda. 

#5. Kerosakan saraf atau neuropati periferal

Ia adalah satu keadaan di mana terdapatnya kerosakan pada sistem saraf periferal.

Sistem saraf periferal ini bertindak menerima dan menghantar isyarat di antara sistem saraf pusat dan juga anggota tubuh badan yang lain.

Salah satu simptom jika berlakunya kerosakan saraf periferal ini ialah rasa kebas dan juga kesemutan pada tangan serta lengan.

Jangan risau, ikuti cara menghilangkan kebas tangan ini

cara menghilangkan kebas tangan

Bagi merawat kebas pada tangan, ia perlulah melihat kepada punca yang menyebabkannya berlaku.

Namun bagi tangan kebas yang jarang berlaku atau disebabkan oleh postur tidur yang salah, anda tidak memerlukan sebarang rawatan khas.

Bagi penyebab yang lain, anda mungkin boleh mencuba cara menghilangkan kebas tangan seperti di bawah ini:

#1. Senaman

Jika anda melakukan senaman khusus bagi merawat sindrom Carpal tunnel, ia boleh membantu anda mengurangkan simptom yang dialami selain menguatkan otot anda.

Selain itu juga, senaman seperti aktiviti regangan dan postur senaman tertentu boleh mengurangkan simptom spondylosis serviks.

#2. Ubat-ubatan

Anda juga boleh mengambil ubat antiradang yang bukan steroid seperti ibuprofen atau aspirin.

Ubat-ubatan seperti ini boleh membantu mengurangkan kesakitan yang bersifat ringan yang berlaku pada leher, tangan dan juga bahagian tubuh yang lain.

#3. Gunakan splints atau wrist guard

Anda juga disarankan untuk menggunakan wrist guard bagi membantu pergelangan tangan anda menjadi lurus.

Ia secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf median tangan anda. Anda boleh menggunakan wrist guard ini sewaktu melakukan tugasan berulang seperti menggunakan komputer. 

#4. Ubat topikal

Penggunaan krim capsaicin atau tampalan lidocaine pada kulit boleh membantu melegakan kesakitan yang bersifat ringan dan juga kesakitan akibat kerosakan saraf periferal.

Ubat topikal seperto Biofreeze juga membantu melegakan kesakitan akibat sindrom Carpal tunnel. 

#5. Ambil vitamin B-12

Kekurangan vitamin B-12 juga boleh menyebabkan tangan kebas. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil suplemen vitamin B-12.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin B-12 seperti ikan salmon, telur dan juga hati.

#6. Pembedahan

Bagi sesetengah keadaan kekebasan yang teruk, pembedahan perlulah dijalani.

Ini termasuklah keadaan saraf termampat yang disebabkan oleh Carpal tunnel, TOS atau sista ganglion.

Jika berterusan, terus berjumpa doktor

cara menghilangkan kebas tangan

Jika kebas tangan yang dialami tersebut berlaku dalam jangka masa panjang, segeralah berjumpa dengan doktor.

Selain itu juga, anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya turut alami kekebasan pada kawasan lain tubuh badan anda.

Ini untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang komplikasi lain yang lebih serius yang tidak anda ketahui.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Artikel lain untuk anda

apa itu diabetes mellitus

Apa Itu Diabetes: Kenali Jenis, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 06/01/2020 . 8 minit bacaan

Senaman Tangan untuk Artritis

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 21/08/2018 . 2 minit bacaan