Medical News Today menyatakan bahawa pada 1899, Oscar Minkowski dan Joseph von Mering mengeluarkan pankreas anjing untuk mengkaji kesannya terhadap pencernaan. Mereka mendapati gula dalam urin anjing hilang selepas menggunakannya. Bagi manusia, doktor pernah mendiagnosis keadaan itu dengan ujian urin. Tetapi bagi penemuan “bahan aktif” pankreas, ramai saintis mengikuti kerja mereka dalam percubaan untuk mengeluarkannya.
Sehinggalah pada 1921, doktor Kanada, Frederick Banting dan pelajar perubatan Charles H. Best dikreditkan dengan penemuan hormon insulin dalam ekstrak pankreas anjing. Mereka menyuntik hormon ke dalam anjing dan mendapati bahawa ia menurunkan paras glukosa darah yang tinggi menjadi normal.
Akhirnya, kejayaan perubatan pertama adalah membabitkan seorang lelaki dengan diabetes jenis 1 iaitu Leonard Thompson yang berusia 14 tahun. Dia yang berjaya dirawat pada tahun 1922. Berkait dengan kematian sebelum rawatan, Leonard bangkit kembali meneruskan kehidupan dengan insulin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen