backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jagalah Tulang, Sendi, Otot & Saraf Anda! Caranya, Minum Susu Setiap Hari

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2024

    Jagalah Tulang, Sendi, Otot & Saraf Anda! Caranya, Minum Susu Setiap Hari

    Umum mengetahui bahawa ada banyak manfaat mengamalkan diet seimbang termasuk susu untuk tulang yang kuat dan ini memang benar. Namun, adakah anda sedar jika minum susu dalam diet seimbang juga boleh memberi kelebihan terhadap kesihatan tubuh yang lain?

    Lebih-lebih lagi di saat anda sedang meniti usia dewasa, pengambilan minuman dalam diet seimbang boleh memberi kebaikan untuk kesejahteraan hidup anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot dan Tulang, anda boleh klik di sini.

    Kepentingan susu kepada setiap golongan individu

    Jangan sangka orang dewasa terutama warga emas tidak perlu minum susu untuk tulang ya?

    Mereka juga memerlukan khasiat minuman ini yang mengandungi nutrien-nutrien penting seperti kalsium dan vitamin D untuk membantu melambatkan kehilangan kepadatan tulang apabila usia semakin meningkat.

    Seperti mana yang kita tahu, susu mengandungi khasiat dan kebaikan kepada badan termasuk tulang.1 Selain merupakan antara sumber kalsium tertinggi, ia turut mengandungi pelbagai lagi nutrien penting yang lain.

    Sebagai tambahan kepada kalsium, tulang manusia juga memerlukan nutrisi-nutrisi lain seperti di bawah:2

    susu untuk tulang

    Berita baik buat anda, kesemua nutrien-nutrien di atas ini boleh didapati dengan pengambilan susu atau produk tenusu tertentu bersama diet yang seimbang. Tidak sukar untuk memilih susu yang sesuai dengan usia anda sekiranya anda tahu apa yang anda mahukan. 

    Bukan sahaja susu untuk tulang, ada banyak manfaat lain

    Persoalannya, dari segi apakah susu mampu memberi manfaat kepada tulang? Adakah benar kita perlu susu untuk tulang?

    Penjelasannya, susu merupakan sumber kalsium dan vitamin D yang semua sedia maklum adalah antara nutrien paling penting untuk tulang.3

    Fakta menarik buat anda, kalsium merupakan unsur paling utama bagi rangka badan manusia; di mana 99% daripada setiap 1 kg kalsium yang terdapat dalam tubuh orang dewasa berada di dalam tulang.1

    Sumber kalsium hanya boleh didapati pada makanan tertentu sahaja. Antaranya, produk tenusu terutama susu adalah salah satu pilihan yang paling banyak, mudah dan selalu tersedia di pasaran.3

    Pengambilan susu yang mengandungi kalsium bersama diet seimbang adalah penting untuk mengekalkan tulang yang kuat menjelang usia dewasa atau tua kelak!

    sumber kalsium

    Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa pengambilan susu bersama diet seimbang boleh mendatangkan banyak lagi manfaat untuk kesihatan tubuh yang lain, seperti:

    #1. Pengambilan susu untuk tulang dan sendi yang kuat

    Apabila sudah menginjak usia dewasa atau tua, fungsi tubuh badan akan mula melemah termasuk juga sendi anda!

    Cara untuk mengawal atau merawat masalah ini termasuklah dengan penggunaan ubatan oral dan topikal, suntikan steroid, terapi fizikal atau prosedur pembedahan. Selain itu, pengamalan diet yang seimbang adalah penting untuk menjaga sendi anda.

    Selain itu, salah satu cara yang anda boleh cuba untuk menguatkan sendi anda adalah dengan mengambil minuman susu untuk tulang

    #2. Pengambilan susu untuk tulang dan saraf serta otot

    Selain tulang dan sendi yang mula melemah, saraf juga akan turut terjejas di usia emas.

    Sistem saraf dan otot yang menjadi lemah akan menjejaskan pergerakan seperti keseimbangan dan kelincahan badan, yang akan menyumbang kepada risiko terjatuh.4

    Pengambilan diet seimbang bersama susu membekalkan nutrien seperti  kalsium yang memainkan peranan penting dalam membantu menenangkan otot, serta menghantar isyarat melalui sistem saraf.5 

    Tambahan pula, susu mengandungi MFGM (membran lemak globul susu) yang penting dalam menyokong pergerakan. Kajian menunjukkan MFGM membantu dalam meningkatkan kelincahan6 dan keseimbangan7 apabila diambil bersama diet harian dan senaman kerap. 

    Ketahuilah bahawa bukan semua jenis susu itu serupa!

    Di pasaran kita, terdapat banyak jenis minuman susu contohnya susu formula dan susu segar.

    Ya, memang benar ada manfaat yang baik untuk badan. Namun, minuman susu yang lebih sesuai diambil oleh orang dewasa dan warga emas itu perlulah mengandungi formulasi yang khusus. 

    Ini kerana, susu yang diformulasikan khas untuk orang dewasa dan lanjut usia mengandungi kandungan nutrisi berbeza berbanding susu biasa. 

    susu untuk tulang

    Antara produk yang sesuai untuk orang dewasa

    Tidak dinafikan, peningkatan umur boleh menjadi punca tulang, sendi, otot dan saraf melemah lantas menjejaskan pergerakan, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan dalam meniti kehidupan di hari senja.8

    Kajian mendapati bahawa, orang yang mengambil susu dengan kandungan MFGM serta nutrien penting lain setiap hari bersama aktiviti senaman secara kerap, akan memiliki ketahanan tubuh badan lebih kuat di usia pertengahan.6

    Jadi, apakah nutrisi yang anda mungkin perlukan ketika ini? 

    Anlene dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, ada produk yang sesuai untuk anda, Anlene Gold 5X dan Anlene Total 10!

    Kedua-dua susu ini diformulasi khas untuk orang dewasa dan juga warga emas. Ia mengandungi nutrien penting untuk membantu membekalkan tenaga, membina tisu dan mengekalkan kekuatan tulang anda, apabila diambil bersama diet seimbang.

    Tinggi dengan kalsium, protein, kolagen, vitamin B – B2, B6, B12, vitamin C, MFGM Active dan banyak lagi zat nutrisi lain, ia membantu untuk menyokong keperluan nutrisi sekali gus mendorong kehidupan yang lebih aktif.

    Apa yang lebih penting, anda tidak perlu menunggu sehingga usia emas untuk mula mengambil susu untuk tulang lebih kuat dan sihat. Boleh mula ambil dari usia muda.

    Usah lagi anda mempunyai persepsi bahawa susu untuk tulang sahaja ya? Ia juga penting diambil sebagai diet harian dalam menjaga sendi, otot dan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Jadi, bolehlah cuba amalkannya hari ini juga!

    BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan