Sakit Pada Tapak Kaki, Usah Dipandang Remeh! Ini 7 Masalah Kaki Yang Sering Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/01/2021 . 4 minit bacaan
Share now

Berjalan, berlari, melompat, mendaki dan banyak lagi aktiviti fizikal lain menggunakan kaki sebagai medium.

Maka, tidak hairanlah jika ada suatu saat kalian mengalami masalah berkaitan sakit tapak kaki bukan?

Sakit tapak kaki boleh merangkumi kecederaan kaki hingga keradangan dan beberapa jenis kesakitan lain.

Untuk makluman pembaca, kaki kita terdiri daripada 26 tulang, menjadikannya salah satu bahagian tubuh yang paling rumit!

Artikel ini bakal mengupas beberapa masalah kaki yang seringkali berlaku dalam kalangan masyarakat berserta puncanya. Jika berminat, ikuti artikel ini dengan lebih lanjut okey!

Sakit tapak kaki, ini 7 masalah yang sering terjadi!

#1 Kematu (corn)

Lingkaran bulat daripada kulit yang menebal di jari kaki atau tapak kaki anda boleh menjadi kematu.

Tahukah anda, tubuh kita sebenarnya membentuk kematu dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya lecet di kaki? Ya, benar dan ia bersifat tidak menyakitkan.

Hammer toe, bunion, atau faktor kasut yang tidak bersesuaian mungkin menjadi antara penyebab kematu. Lama-kelamaan, ia boleh bertambah parah dan memerlukan rawatan.

Rawatan over-the-counter (OTC) seperti plaster kematu boleh mengurangkan tekanan dan membantunya cepat sembuh. Doktor mungkin juga mengesyorkan pembedahan untuk membuangnya.

#2 Plantar fasciitis

Plantar fasciitis boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian bawah tumit atau pada bahagian tengah tapak kaki anda.

Ia adalah disebabkan oleh inflamasi yang terjadi di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki di tapak kaki.

Tambah lagi, ia mungkin berlaku apabila ligamen plantar fascia menjadi tegang disebabkan sokongan kasut lemah, kerap berdiri, menyertai larian jarak jauh, kenaikan berat badan, atau masalah kaki yang lain.

Selain itu, kondisi ini boleh bertambah parah dari masa ke masa, dan rasa sakit berbeza-beza daripada ringan hingga sakit menyucuk.

Antara pilihan rawatan rumah yang ada termasuk menggunakan ais, mengambil ubat anti radang, dan meregangkan kaki setiap hari.

Doktor juga mungkin dapat meredakan kesakitan dialami dengan suntikan kortikosteroid, terapi fizikal, ortotik, atau pembedahan.

#3 Sakit tumit (heel spur)

Sakit tumit ini disebabkan oleh lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit.

Ia boleh terjadi apabila anda memakai saiz kasut yang tidak betul, banyak berjalan dan postur badan yang tidak betul atau melakukan aktiviti fizikal seperti berlari.

Lebihan tulang tersebut akan membuatkan tapak kaki terasa sakit ketika berjalan atau berdiri.

Sesiapa yang mempunyai tapak kaki yang rata juga cenderung untuk mempunyai heel spur yang menyakitkan.

Heel spur boleh didiagnosis melalui rasa sakit yang dirasakan pada tumit atau akibat kondisi kaki lain, seperti fasciitis plantar.

Anda harus merehatkan kaki, menilai semula kasut yang sering dipakai, dan menemui doktor sekiranya ada mengalami sakit tumit.

Usah risau, sakit tumit ini selalunya dapat dirawat menggunakan kompres sejuk, ubat-ubatan, terapi fizikal, atau mungkin pembedahan.

#4 Kaki atlet (kaki makan air)

kaki atlet makan air

Kaki atlet juga dikenali sebagai Tinea Pedis, adalah jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki.

Bukan hanya terhad pada kawasan kaki, ia juga boleh merebak ke kuku kaki dan tangan.

Di samping itu, kaki atlet disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenali sebagai dermatophytes atau moulds.

Keadaan kaki yang sentiasa tertutup, panas, ataupun dalam persekitaran lembap akan menjadi medium yang sesuai untuk perkembangan kulat.

Hati-hati, penyakit ini boleh berjangkit! Sentuhan dengan kulit yang dijangkiti atau memakai pakaian tercemar dan tidak dibersihkan berisiko menyebarkan jangkitan.

Antara lokasi yang berisiko mendedahkan kalian terhadap jangkitan ini adalah tempat awam seperti sekolah, kolam renang dan pusat kecergasan.

Oleh itu, pesakit harus sentiasa menjaga kaki agar kekal bersih dan kering. Pilihan lain, sapuan ubat anti kulat sama ada dalam bentuk semburan atau losen boleh digunakan untuk merawatnya.

#5 Lepuh

Gelembung dipenuhi cecair yang berlaku pada kaki dikenali sebagai lepuh.

Melepuh adalah masalah umum, terutama bagi pejalan kaki, pelari, mereka yang memakai kasut tidak sesuai atau mempunyai kaki berpeluh.

Umumnya, lepuh bukanlah satu kondisi serius dan boleh dirawat hanya di rumah!

Cuba biarkan lepuh anda sembuh secara semula jadi dan letakkan pembalut di atasnya untuk keselesaan.

Ingat, hanya keringkan lepuh anda apabila perlu dan lakukan dengan peralatan yang sudah disteril dengan betul, ya!

Sekiranya anda memilih untuk mengeringkan lepuh, pastikan juga untuk menutupnya dengan pembalut dan krim antibiotik.

#6 Stone bruise

Masalah sakit tapak kaki ini juga disebut metatarsalgia. Ia boleh muncul apabila anda melakukan senaman berimpak tinggi atau pemakaian kasut yang tidak sesuai.

Kawasan antara jari dan lengkungan kaki mungkin berasa kebas dengan sesekali terasa sakit menyucuk seolah-olah anda sedang memijak batu. Simptomnya turut berisiko bertambah buruk dari masa ke masa.

Rawatan lazim untuk kondisi ini adalah rehat, meletak kompres sejuk, atau mendapatkan kasut yang lebih sesuai.

Namun, jika kesakitan tidak bertambah baik atau semakin parah, temui doktor dengan kadar segera.

#7 Ketuat plantar

ketuat plantar

Ketuat plantar (verruca) sering muncul di tapak kaki, biasanya di kawasan yang menampung berat badan seperti tumit, dan merebak ke kulit kerana tekanan daripada aktiviti berjalan dan berdiri.

Sekiranya ketuat pada kaki ini muncul dalam kelompok, ia dikenali sebagai kutil mosaik yang bersifat keras, tebal, dan leper.

Ketuat plantar juga mungkin mempunyai bintik-bintik hitam di atasnya, sama seperti kutil yang biasa.

Virus HPV yang menyebabkan pertumbuhan ketuat plantar biasanya tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap.

Bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti, pilih kasut yang lebih terbuka seperti sandal terutamanya apabila anda pergi ke tempat yang basah seperti kolam renang, bilik persalinan dan sebagainya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Malunya Ada Ketuat Pada Jari, Ini Cara Pantas Tradisional & Moden Untuk Hilangkannya!

Ketuat bukan hanya mengganggu penampilan seseorang, malah ia boleh jadi menyakitkan terutamanya yang terbentuk di jari tangan dan kaki.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Kulit, Penyakit Jangkitan Kulit 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Padah Kasut Tumit Tinggi, Ini Sebab Mengapa Wanita Perlu Elak Pakai Heels

Tahukah anda, walaupun wanita yang memakai kasut tumit tinggi tampak menawan, ia sebenarnya boleh meningkatkan risiko kesakitan dan kecederaan? Sebenarnya..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Sakit Otot, Tulang / Otot 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Hati-Hati Kaki Kebas Merupakan Simptom & Komplikasi Kencing Manis, Jangan Dibiar Lama!

Apabila seseorang mengeluh kerap rasa kebas kaki, keluhan mereka lazimnya disambut dengan jawapan yang mencadangkan bahawa ia mungkin simptom kencing manis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kencing Manis, Komplikasi Diabetes 05/08/2019 . 3 minit bacaan

Tip Rawat Cacar Air pada Anak

Cacar air atau lebih dikenali sebagai chicken pox adalah jangkitan yang muncul disebabkan virus varicella-zoster. Berikut tip rawat cacar air di rumah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

kulit menggelembung melepuh

Sebelum Pecahkah Kulit Melepuh, Kenal Pasti Jenisnya Dulu- Silap Gaya Boleh Terkena Jangkitan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 3 minit bacaan
sakit tumit

Sapu Minyak & Urut Bukan Solusi Sakit Tumit Kaki, Ada Yang Perlu Pemeriksaan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah kulit kutil

Ini Cara Nak Tahu Ketuat Yang Tumbuh Pada Badan Normal Atau Sebab Sakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat kaki atlet

Celah Jari Kaki Berkeruping & Gatal? Ini Petanda Kaki Makan Air, Cara Ubatinya Begini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan