Punca
Apakah yang menyebabkan punca lebam?
- Punca lebam boleh terjadi pada individu yang kuat bersenam, seperti atlet dan angkat berat. Lebam ini adalah disebabkan pengaliran mikroskopik di dalam saluran darah di bawah kulit.
- Lebam yang tidak dapat dijelaskan yang muncul dengan mudah atau tanpa sebarang sebab mungkin sebagai petunjuk kepada gangguan pendarahan, terutamanya jika lebam itu disertai dengan pendarahan hidung atau pendarahan gusi yang kerap dan berulang.
- Selalunya, apa yang dianggap sebagai lebam yang tidak dapat dijelaskan pada kaki atau paha, sebagai contoh, adalah disebabkan pelanggaran tiang katil atau objek lain dan tidak dapat mengingati semula kecederaan yang berlaku.
- Lebam pada individu lebih berusia kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis seiring usia. Tisu yang menyokong saluran darah menjadi lebih rapuh.
- Lebam merupakan perkara biasa kepada individu yang mengambil ubat untuk mencairkan darah.
- Lebam pada bahagian belakang tangan dan lengan – dipanggil actinic purpura atau solar purpura – terjadi kerana terjejas oleh cahaya matahari dan kulit yang nipis.
Faktor risiko
Apa yang meningkatkan risiko untuk lebam?
Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mengalami lebam, seperti:
- Lebam boleh berlaku kepada individu yang kuat bersenam, seperti atlet atau angkat berat.
- Usia: lebam kepada individu berusia adalah lebih kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis. Tisu yang menyokong bahagian bawah saluran darah menjadi rapuh
- Kekurangan vitamin C – kekurangan asid askorbik atau scurvy
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
- Keadaan perubatan tertentu, termasuk leukemia, hemofilia, penyakit hati, penyakit Cushing, sindrom Marfan, sindrom Ehlers-Danlos, penyakit tisu penghubung, anemia kekurangan zat besi, atau anemia aplastik – boleh menyebabkan mudah lebam dan pendarahan
- Sesetengah individu mengambil ubatan yang menyebabkan lebih mudah lebam. Ubatan ini termasuk ubat antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.
Diagnosis & rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana lebam didiagnosis?
- Jika kecederaan jelas adalah lebam dan doktor tidak mengesyaki sebarang tulang yang patah, doktor mungkin tidak akan melakukan sebarang pemeriksaan.
- Jika terdapat bengkak atau sakit yang teruk, doktor mungkin akan menjalankan pemeriksaan sinar-X pada bahagian tersebut untuk memastikan tiada tulang yang patah.
- Jika lebam kerap berulang dan tanpa sebab yang jelas, doktor mungkin akan menjalankan ujian darah untuk melihat jika terdapat gangguan pendarahan.
- Sesetengah lebam, coraknya dari masa ke masa dan pelbagai peringkat penyembuhan mungkin akan memberi isyarat kepada doktor kemungkinan berlaku penderaan fizikal.
Bagaimana punca lebam dirawat?
Doktor tidak mempunyai rawatan khas untuk merawat lebam selain teknik yang digunakan di rumah seperti penggunaan pek ais atau haba panas, ubatan yang boleh dibeli untuk menghilangkan kesakitan, ‘meninggikan’ bahagian lebam, jika boleh – bertujuan untuk mengurangkan pendarahan yang menyebabkan lebam.
Individu yang disyaki menjadi mangsa penderaan domestik, akan dirujuk kepada pekerja sosial.
Perubahan gaya hidup & rawatan rumah
Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan rumah yang boleh membantu mengubati punca lebam?

Rawatan untuk lebam adalah yang paling berkesan dilakukan selepas kecederaan, sementara lebam masih kemerahan.
- Tekanan sesuatu yang sejuk seperti pek ais atau beg sayuran sejuk beku pada bahagian yang terlibat untuk tempoh 20-30 minit bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak. Jangan menggunakan ais secara terus kepada kulit. Balut pek ais dengan tuala.
- Jika lebam menjejaskan bahagian yang besar pada kaki, kaki perlu ditinggikan setinggi yang boleh dalam tempoh 24 jam selepas kecederaan.
- Acetaminophen mungkin boleh diambil untuk kesakitan seperti yang diarahkan pada botol. Elakkan aspirin atau ibuprofen kerana keduanya akan memperlahankan darah dari membeku, dan mungkin akan memanjangkan pendarahan.
- Selepas 48 jam, tuamkan kain pada air suam atau panas dan letakkan pada lebam selama 10 minit atau lakukannya lebih dua tiga kali sehari untuk mempertingkatkan aliran darah ke kawasan lebam, untuk membolehkan kulit menyerap darah lebih cepat. Ini pada akhirnya akan menyebabkan warna lebam akan memudar.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik untuk penyelesaian terbaik buat anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen