Badan Berbau: Apakah Puncanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Badan Berbau: Apakah Puncanya?

    Masalah badan berbau atau bau badan adalah satu masalah biasa yang boleh dialami oleh sesiapa tanpa mengira lelaki atau perempuan. Namun, ia mendatangkan ketidakselesaan kepada individu di sekeliling. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca yang menyumbang kepada masalah bau badan atau lebih dikenali sebagai B.O (body odor). Mari kita semak apakah punca yang boleh menyebabkan berlakunya masalah bau badan ini.

    Berpeluh, tekanan

    Terdapat dua jenis peluh; peluh termal – yang bertujuan untuk mengawal suhu badan. Kelenjar peluh eccrine akan menghasilkan peluh untuk memenuhi keperluan ini, jenis peluh kedua adalah peluh emosi – dikaitkan dengan tekanan berlebihan dan kegelisahan yang menjadi penyebab kepada bau badan. Berasal dari kelenjar apocrine – yang tertumpu kepada bahagian ketiak dan pangkal paha, dan bakteria kulit yang menghasilkan bau badan yang kurang menyenangkan berbanding peluh termal.

  • Aktiviti harian

    Tidak kerap mandi, tidak memakai deadoran cenderung menyebabkan berlakunya masalah bau badan. Untuk mengelakkan masalah ini, sebaiknya anda menjaga kebersihan badan dengan mandi dengan lebih kerap serta memakai deadoran.

    Diet pemakanan

    Apa yang anda makan, mempunyai pengaruh besar kepada bau badan yang mungkin akan wujud. Sesetengah makanan mungkin lebih sukar untuk dicerna dan mungkin menjadi makanan kepada bakteria penyebab bau badan. Dalam sesetengah kes, bau badan muncul dalam peluh apabila badan tidak dapat memecahkan sebatian tertentu dalam makanan. Antara makanan yang boleh menyebabkan bau badan adalah seperti bawang putih, bawang, gula dan makanan manis, minyak hidrogenasi – kerap ditemui dalam makanan ringan, pengambilan produk tenusu, telur, daging dan rempah secara berlebihan.

    Keadaan perubatan

    Masalah perubatan atau pengambilan ubatan tertentu juga boleh menjadi antara faktor yang menjadi punca kepada bau badan. Keadaan perubatan yang melibatkan penyakit hati, diabetes, kegagalan buah pinggang boleh mengakibatkan berlakunya nafas berbau atau peluh.

    Alkohol

    Selalunya alkohol akan dimetabolisme di dalam hati dan dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Tetapi pengambilan alkohol secara berlebihan daripada apa yang mampu diproses oleh hati, atau anda mungkin mengalami masalah berkaitan hati, ia akan dikeluarkan melalui nafas dan peluh – sekali gus menyebabkan bau badan yang kronik. Untuk mengelakkan bau badan seperti alkohol, anda patut menghadkan pengambilannya.

    Pakaian

    Memakai pakaian yang kotor berulang kali juga boleh menyebabkan bau badan. Malah, individu wanita yang kerap memakai pakaian dalam yang sama tanpa membasuhnya terlebih dahulu, juga cenderung menyebabkan bau badan. Ini kerana pakaian dalam tidak dibuat dari bahan yang menyerap kelembapan – punca utama bakteria dan kulat membiak. Sebaiknya pakai pakaian yang diperbuat dari bahan yang membenarkan pengaliran udara seperti kain kapas.

    Genetik

    Masalah berkaitan genetik juga memainkan peranan dalam punca penyebab bau badan. Individu dengan latar belakang etnik yang berbeza cenderung berpeluh dalam jumlah yang berbeza.

    Sindrom mutasi genetik yang jarang berlaku – sindrom bau ikan – dikenali sebagai Trimethylamine, menyebabkan badan tidak mampu memecahkan sebatian berbau yang terdapat dalam ikan, sayuran cruciferous dan soya.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan