Sakit tumit, sakit tumit kanan dan kiri atau plantar fasciitis merupakan salah satu daripada aduan perubatan yang lazim diterima oleh doktor.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Sakit tumit, sakit tumit kanan dan kiri atau plantar fasciitis merupakan salah satu daripada aduan perubatan yang lazim diterima oleh doktor.
Antara punca bagi masalah ini adalah keradangan pada ligamen yang dikenali sebagai plantar fascia.
Ia merupakan ligamen yang menghubungkan tumit kaki kepada struktur pada bahagian hadapan kaki.
Selain daripada menyokong bentuk lengkung pada tapak kaki, ia juga bertindak sebagai penyerap impak luar.
Jika tekanan yang dikenakan pada struktur ini melebihi kapasiti normal, ia boleh menyebabkan kekoyakan, keradangan dan sakit pada bahagian tumit.
Bagi yang didiagnosis dengan masalah ini, anda perlu tahu ada beberapa alternatif yang boleh diamalkan bagi melegakan kesakitan.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Perbezaan risiko di antara lelaki dan wanita untuk alami plantar fasciitis tidak banyak.
Walau bagaimanapun, ibu hamil mudah mendapat masalah ini memandangkan mereka mengalami peningkatan berat badan ketara terutamanya pada trimester terakhir.
Berat dan tekanan berlebihan yang dikenakan kepada ligamen plantar fascia semasa berdiri boleh menyebabkan gejala sakit tumit kanan dan kiri.
Situasi yang sama turut dialami oleh penghidap obesiti.
Tahap kesakitan yang dialami berbeza mengikut individu namun ia boleh bertambah sedikit demi sedikit dalam satu garis masa yang panjang.
Ia juga berbeza sepanjang hari. Pada waktu pagi kebiasaannya kesakitan berada pada tahap paling tinggi.
Perkara ini disebabkan oleh tempoh masa baring yang panjang semasa tidur.
Jika kaki tersebut sering digunakan (untuk berjalan dan sebagainya), rasa sakit akan hilang secara perlahan-lahan.
Pun begitu ia akan kembali sakit apabila kaki anda berehat (ketika duduk dan sebagainya).
Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat masalah sakit tumit kiri dan kanan:
Mungkin ramai yang tidak terfikir untuk berjumpa dengan doktor apabila sakit kaki.
Ada yang hanya menyapu minyak angin atau berjumpa dengan tukang urut bagi melegakan kesakitan tersebut.
Memang tidak dinafikan, pada kebanyakan kes, rawatan di rumah boleh melegakan masalah sakit tumit.
Namun, jika kesakitan tersebut hadir semula, pemeriksaan oleh doktor penting bagi memastikan tiada masalah kaki lain yang mendorong terjadinya plantar faciitis.
Pemeriksaan fizikal oleh doktor lebih kepada untuk mengenal pasti punca sakit tumit kanan dan kiri.
Ia bagi memastikan sakit tersebut tidak disebabkan oleh masalah lain.
Amaran! Sewaktu pemeriksaan tersebut berlangsung, anda akan berasa sakit.
Doktor akan menilai kekuatan otot dan memeriksa fungsi saraf melalui:
Penggunaan mesin imbasan X-ray atau MRI boleh digunakan bagi melihat sekiranya terdapat punca lain seperti tulang retak dan sebagainya.
Pemeriksaan secara menyeluruh ini penting bagi memastikan diagnosis yang dibuat mengambil kira semua aspek tanpa terlepas pandang sebarang punca sakit tumit yang lain.
Bagi mereka yang baru pertama kali merasai sakit tumit, rawatan awal bagi melegakan kesakitan boleh dibuat di rumah.
Antaranya adalah:
Jika rasa sakit itu datang kembali atau ia menjadi bertambah teruk, anda perlu rujuk kepada doktor.
Rawatan menggunakan suntikan steroid kepada ligamen terlibat boleh mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tumit.
Penggunaan alat ultra bunyi boleh membantu doktor untuk mengesan lokasi terbaik suntikan.
Kadangkala, mereka akan menggunakan alat yang mengeluarkan aliran elektrik bagi memastikan ubat steroid itu masuk ke dalam otot.
Jangan risau, ia tidak menyakitkan.
Terapi fizikal juga penting dalam mengawal tahap kesakitan bagi masalah sakit tumit.
Ahli terapi fisio boleh mengajar anda beberapa teknik senaman bagi mengurangkan kesakitan di samping menguatkan otot berhampiran.
Aktiviti yang memberikan impak tinggi kepada kaki seperti berlari perlu dilakukan dengan teknik yang betul.
Pun begitu, jika sakit berterusan sehingga 6 hingga 12 bulan, pembedahan merupakan terapi terbaik.
Pada kebanyakan kes, punca sakit tumit kanan dan kiri tidaklah serius.
Rawatan awal di rumah atau suntikan steroid boleh meredakan kesakitan.
Namun, jika sakit berterusan sehingga lebih daripada 6 bulan walaupun sudah mendapatkan rawatan, kaedah pembedahan boleh dipertimbangkan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen