Kami adalah yang pertama dalam industri ini yang memperkenalkan dan mempelopori bahan-bahan seperti asid Dokosaheksaenoik DHA, membran globul lemak susu (MFGM), dan asid arakidonik (ARA) berdasarkan bukti dalam susu formula kanak-kanak.
Ini bagi menyokong pertumbuhan keseluruhan kanak-kanak dan menyediakan asas untuk perkembangan IQ dan EQ yang optimal.

Hello Doktor: Adakah Reckitt mempunyai produk atau inisiatif khusus untuk cegah bantut?
Reckitt: Di Reckitt, setiap produk disediakan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan kami menawarkan penyelesaian untuk Kesihatan, Kebersihan, dan Pemakanan. Kami menawarkan produk untuk nutrisi kanak-kanak dan dewasa, dan kami hadir dalam jenama seperti Enfagrow A+, Sustagen dan Provital.
Kami percaya bahawa formula yang tepat harus mengandungi nutrien asas seperti kalsium, protein, dan karbohidrat serta nutrien kunci lain.
Antaranya asid Dokosaheksaenoik (DHA), membran globul lemak susu (MFGM), asid arakidonik (ARA), inositol, dan kolin. Ini dapat membantu perkembangan otak kanak-kanak dan menyokong sistem imun dan pernafasan yang sihat.
Kajian sains menunjukkan DHA dan MFGM membantu mengurangkan 35% hari sakit yang lebih sedikit. Ia juga mempunyai dua kali manfaat untuk penyambungan sel-sel otak.
Kami percaya bahawa penyediaan penyelesaian nutrisi berdasarkan sains yang inovatif untuk ibu bapa dan penjaga adalah sangat penting.
Enfagrow A+ MindPro juga adalah satu-satunya jenama di pasaran yang mengandungi campuran unik MFGM yang dapat menyokong perkembangan EQ. Ia juga mengandungi tahap DHA yang disyorkan oleh pakar untuk menyokong perkembangan IQ.
Kami juga menyokong kerjasama dengan pembuat dasar dan pemimpin kerajaan serta persatuan perdagangan dan akademik. Ini untuk meningkatkan kesedaran awam dalam cegah bantut.
Kami melakukan ini melalui inisiatif dan acara utama, yang memainkan peranan dalam mempromosikan penglibatan, ketelusan, dan peningkatan berterusan tentang pemakanan.
Hello Doktor: Bagaimanakah Reckitt memastikan bahawa inisiatif ini bertahan lama dan mampan?
Reckitt: Dengan individu dan organisasi yang tepat, kita dapat menyokong nutrisi dan pertumbuhan kanak-kanak, serta memastikan bahawa inisiatif tersebut bertahan lama.
Melalui jenama dan produk kami, kita membolehkan pengguna membuat keputusan yang betul dalam hal nutrisi sambil mempromosi dan mengekalkan pertumbuhan dan kesihatan keseluruhan kanak-kanak.
Hello Doktor: Akhir sekali, bagaimana anda menyampaikan kepentingan menangani masalah terbantut ketinggian dan malnutrisi kepada pengguna dan pihak berkepentingan?
Reckitt: Walaupun peningkatan kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan penjaga adalah kunci utama kami, namun kami juga memandang berat akan kerjasama antara pelbagai pemegang taruh.
Melalui jenama kami, Enfagrow A+ dan Sustagen, kami terus mendorong kepentingan nutrisi yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak.
Ia dilakukan melalui pelbagai kempen yang melibatkan ibu bapa, penjaga serta pemegang taruh yang relevan.

Seiring dengan perkembangan penyelidikan dan inovasi, kami meramalkan pendekatan berdasarkan sains akan menjadi kunci untuk menangani masalah malnutrisi dan cegah bantut secara global, serantau dan di dalam negara.
Oleh itu, kami memberikan fokus kepada peningkatan formulasi kami untuk memasukkan nutrien tepat bagi menyokong imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak selain cegah bantut.
Enfagrow A+ MindPro baru-baru ini melancarkan kempen “Complete the Missing Half”. Ia bertujuan untuk meletakkan blok asas bagi perkembangan yang seimbang.
Ia menekankan kepentingan kecerdasan mental (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) dalam kalangan kanak-kanak.
Enfagrow A+ juga telah menjalankan kempen pengumpulan dana yang berjaya mengumpul RM20,000 untuk badan amal terpilih. Ini untuk mendorong rakyat Malaysia fokus kepada memberi kanak-kanak peluang untuk berkembang dan menzahirkan potensi penuh mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen