Dalam pada itu, B5 juga biasa digunakan di dalam produk kulit dalam usaha membantu membuat kulit lebih lembut dan licin selain meningkatkan tahap penghidratan yang penting untuk kulit.
Vitamin C
Merupakan vitamin untuk kulit yang paling popular, jenis vitamin C kaya dengan sifat antioksidan yang mampu membantu menghasilkan lebih banyak kolagen agar kulit menjadi lebih kuat.
Dalam pada itu, ia juga dipercayai boleh membantu individu melawan kanser kulit kerana ia bakal mengurangkan kerosakan atau kematian sel dan menyembuhkan tisu-tisu yang telah rosak.

Memang benar ia biasa ditemui dalam diet seharian, namun suplemen mungkin masih diperlukan.
Vitamin D
Terkenal dengan nama vitamin daripada sumber cahaya matahari, ia sangat penting dalam proses penghasilan dan penukaran sel-sel kulit agar organ paling besar ini kekal sihat serta cantik.
Terdapat kajian yang mengatakan kandungan calcitriol di dalam vitamin ini boleh mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit bagi pesakit psoriasis dengan cara disapukan di atas kulit.
Selain makanan, minuman atau suplemen, tentu sahaja sumber vitamin D adalah cahaya matahari.
E, vitamin untuk kulit
Vitamin untuk kulit seterusnya adalah vitamin E kerana ia mengandungi mikronutrien yang tinggi antioksidan penting bagi membantu melawan radikal bebas. Dipercayai akan melambatkan proses penuaan alami, ia boleh mengurangkan kedutan dan kerutan kulit.
Selain pemakanan, vitamin ini turut boleh terhasil secara semula jadi daripada sebum atau minyak kulit di liang pori kulit. Kesannya, anda boleh mendapatkan kulit yang jauh lebih awet muda!

Vitamin F
Sebenarnya, ia bukan daripada keluarga vitamin kerana ‘F’ itu merujuk kepada fatty acid atau asid lemak yang biasa ditemui di dalam diet tinggi khasiat asid lemak omega 3 atau omega 6.
Menariknya, ia dikatakan boleh membantu melindungi sistem dan fungsi kulit di samping menjadi agen pelembut, pelicin dan pelega semula jadi kulit yang bakal menyegarkan organ kulit.
Vitamin K
Vitamin K biasa dijumpai di dalam sayuran termasuk kailan, kubis, bayam, salad serta banyak lagi sayur-sayur hijau yang segar. Ia sangat penting untuk melancarkan proses penyembuhan.
Dalam pada itu, vitamin ini juga mampu membantu dalam menghilangkan kesan regangan, parut, tompokan gelap dan lingkaran hitam di bawah mata sekali gus bagus untuk kulit individu.
Konklusinya, ada banyak jenis vitamin yang bagus buat kulit agar ia sentiasa kekal kuat, sihat dan cantik. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada pakar kulit atau pakar diet tentangnya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen