backup og meta

6 Nutrien WAJIB Ada Dalam Susu Ibu Hamil, Barulah Janin Membesar Dengan Baik

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/08/2021

    6 Nutrien WAJIB Ada Dalam Susu Ibu Hamil, Barulah Janin Membesar Dengan Baik

    Pengambilan susu semasa mengandung adalah pemakanan lengkap yang diperlukan oleh wanita berbadan dua. Jadi apakah kandungan perlu ada dalam susu untuk ibu mengandung trimester pertama dan seterusnya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Susu untuk ibu hamil 

    Dalam tempoh kehamilan, mengamalkan aspek pemakanan seimbang amat bermanfaat kepada ibu dan anak yang belum lahir. 

    Seperti susu, ia mempunyai banyak komposisi bahan yang penting dalam menjaga kesihatan tubuh wanita hamil. 

    Dalam masa yang sama, susu untuk ibu hamil sangat baik untuk tumbesaran janin dalam kandungan. 

    Tempoh kehamilan adalah penting untuk ibu dan bayi. 

    Oleh itu, amat mustahak untuk selalu memantau pemakanan yang diberikan kepada janin di dalam rahim.

    Selain penjagaan pemakanan, seorang bakal ibu juga tidak boleh terlalu letih atau tertekan

    Ini kerana keadaan mental ibu turut akan mempengaruhi tahap kesihatan bayi di dalam kandungan

    susu untuk ibu mengandung trimester pertama

    Tetapi apakah kandungan penting yang perlu ada dalam susu untuk ibu mengandung trimester pertama?

    Susu untuk ibu mengandung trimester pertama

    Terdapat begitu banyak pilihan susu untuk wanita hamil yang boleh dipilih di pasaran, betul tak?

    Ada juga pilihan susu khas untuk mengurangkan simptom mual pada awal kehamilan.

    Umumnya, pengambilan susu adalah sangat membantu buat bakal ibu yang kehilangan selera makan.

    Bahkan, kandungan nutrien yang terdapat dalam susu juga penting buat ibu dan bayi. 

    Bagi memastikan ibu dapat memenuhi keperluan nutrisi sepanjang tempoh kehamilan, adalah penting untuk menyemak kandungan bahan dalam susu tersebut. 

    Antara kandungan utama dalam susu untuk ibu hamil trimester pertama adalah:

    Protein 

    Ia berfungsi untuk proses pembentukan tisu dalam badan khususnya pada janin seperti penghasilan otot, menjaga kesihatan ibu mengandung dan tulang janin serta pelbagai manfaat lain.

    Kandungan protein dalam susu untuk ibu hamil juga digunakan dalam pembentukan darah dan cairan ketuban yang sihat dan menjadi antibodi bagi wanita mengandung dan janin.

    Protein susu dikelaskan sebagai protein lengkap, bermaksud ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk memastikan tubuh berfungsi dengan optimum.

    Di samping itu, protein susu juga sangat mudah dicerna dan diserap, oleh itu badan dapat menggunakan semua protein yang diambil.

    Kalsium dalam susu untuk ibu mengandung trimester pertama

    Nutrien lain untuk wanita hamil yang sangat diperlukan adalah kalsium.

    Tubuh akan menggunakan kalsium untuk membantu membina tulang, gigi, jantung, otot dan saraf bayi yang sedang berkembang.

    Sekiranya bakal ibu tidak mempunyai cukup kalsium yang beredar di dalam darah, tubuh akan menarik kalsium daripada tulang anda untuk membekalkan bayi dengan keperluannya.

    Situasi ini meningkatkan risiko anda terkena osteoporosis atau tulang rapuh yang cenderung akan patah, kemudian hari nanti.

    Sebagai tambahan, kalsium telah terbukti sangat baik bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga bagi bekalan susu ibu, yang membolehkan penyusuan eksklusif dilakukan nanti.

    Vitamin D

    Komposisi penting dalam susu untuk ibu mengandung yang lain adalah vitamin D. Ia berperanan dalam pembentukan tulang dan tisu pada janin.

    Vitamin D perlu bergabung dengan kalsium, kerana tanpanya anda tidak akan dapat menyerap jumlah mineral yang mencukupi. 

    Kombinasi vitamin D dan kalsium berfungsi untuk menjaga kekuatan tulang, terutamanya semasa berbadan dua

    Kandungan vitamin D dalam susu untuk ibu hamil juga berperanan mengekalkan sistem imun diri pada tahap terbaik bagi menangkis jangkitan serta menjaga keselamatan anda dan bayi. 

    Mendapat jumlah vitamin D mencukupi juga menyumbang kepada berat lahir bayi yang sihat. 

    Baca juga:

    Kandungan zat besi dalam susu untuk ibu mengandung

    Selain itu, seorang wanita hamil juga memerlukan zat besi dalam proses penghasilan sel darah merah yang membantu mencegah anemia kekurangan zat besi.

    Komposisi bahan ini juga diperlukan untuk menjaga rahim agar kekal kuat ketika bersalin serta turut berperanan dalam membangunkan sistem enzim dalam susu ibu.

    Wanita yang tidak mendapat cukup zat besi akan mudah berasa letih dan terdedah kepada kecenderungan untuk mendapat jangkitan. 

    Zat besi juga sangat penting dalam persediaan untuk perkembangan otak bayi.

    susu untuk ibu mengandung trimester pertama

    Asid folik

    Pastinya anda pernah mendengar tentang keperluan mengambil asid folik, bukan?

    Tetapi kenapa ia menjadi antara kandungan penting susu untuk ibu mengandung trimester pertama?

    Asid folik sangat diperlukan oleh individu yang sedang hamil

    Ini kerana ia membawa manfaat kepada pembentukan organ pada janin dan mengelakkan risiko kecacatan kelahiran dan kelainan tulang pada bayi, seperti masalah spina bifida serta gangguan pertumbuhan otak. 

    AHA dan DHA

    Kedua-dua komposisi ini juga penting dalam susu untuk ibu hamil bagi perkembangan komponen sel otak pada janin dan mengatur pengeluaran serta kualiti susu untuk bayi nanti.

    Kesimpulannya…

    Membekalkan badan dengan nutrien penting melalui pengambilan susu untuk ibu mengandung akan membantu menjadikan perjalanan proses kehamilan serta tumbesaran janin lancar dan baik. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan