backup og meta

Petua Mudah Hamil Jika Anda Kurang Berat Badan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    Petua Mudah Hamil Jika Anda Kurang Berat Badan

    Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi cara anda untuk mudah hamil. Salah satu daripadanya adalah kurang berat badan. Jika anda kurang berat badan dan bermasalah untuk hamil, teruskan membaca artikel ini:

    Adakah saya kurang berat badan?

    Sebuah pusat fertiliti termaju di Chicago menunjukkan bahawa wanita dengan indeks jisim tubuh rendah berkemungkinan sukar untuk hamil. Indeks jisim tubuh atau BMI dipercayai boleh mempengaruhi kesuburan, jika paras BMI bawah 18.5. Walaupun jika masalah kurang berat badan adalah tidak serius, namun ia masih boleh menjejaskan keupayaan anda untuk mengandung.

    Bagaimana kurang berat badan boleh mempengaruhi ovulasi anda?

    Bagi mendapatkan ovulasi teratur, seseorang wanita itu memerlukan sekurang-kurangnya 17 peratus keseluruhan lemak tubuh. Ovulasi ialah proses melepaskan telur daripada ovari ke dalam uterus anda, di mana telur menunggu untuk disenyawakan dengan sperma. Jika anda mempunyai terlampau sedikit lemak dalam tubuh, penghasilan hormon daripada otak ke kelenjar pituitari, yang menggalakkan pengeluaran telur, boleh terganggu. Kesannya anda akan mengalami ovulasi tidak teratur ataupun tiada langsung ovulasi. 

    Bagaimana kurang berat badan boleh menjejaskan kesuburan?

    Tanpa perlu disangkal lagi, anda tidak boleh hamil jika tiada ovulasi. Dalam sesetengah kes, wanita yang kurang berat badan boleh bertahun-tahun tidak didatangi haid. Jikalaupun ada kehadiran darah, anda masih belum boleh pastikan kerana terdapat keadaan yang dipanggil pendarahan ketidaksuburan. Darah yang keluar setiap bulan tidak semestinya menunjukkan bahawa anda subur.

    Bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini?

    Nasib baiklah, kebanyakan wanita kurang berat badan boleh mendapatkan kembali kesuburan mereka dengan cara mendapatkan berat badan ke paras BMI normal, asalkan keadaan kesihatannya baik. Jika anda kerap menjalani rutin senaman, ini bermakna anda perlu kurangkan intensiti senaman anda untuk mengekalkan jumlah lemak dalam badan. Anda mungkin hanya perlu mengubah diet anda untuk meningkatkan pengambilan lemak. Selepas naik beberapa kilo berat, anda akan mula mendapat ovulasi yang teratur, di mana inilah petanda badan anda bersedia untuk hamil. Jika ovulasi anda masih tidak teratur, terdapat prosedur perubatan untuk membantu anda mendapatkan kembali ovulasi jika anda boleh mengekalkan berat badan yang sihat.

    Kesimpulannya, jika anda bertubuh kurus dan tidak selalu ovulasi, ini mungkin menunjukkan masalah kurang lemak anda mengganggu keupayaan anda untuk bergelar ibu. Dengan menaikkan berat badan boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini, dalam kebanyakan kes.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan