backup og meta

Malnutrisi Bukan Sekadar Kurang Nutrien

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    Malnutrisi Bukan Sekadar Kurang Nutrien

    Jika dilihat pada data mengenai malnutrisi di peringkat global, keadaan dilihat seperti berjalan ke arah yang betul dan positif. Menurut statistik dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat penurunan dalam peratusan individu kurang nutrien daripada 15 peratus pada tahun 2000 hingga 2002 kepada 11 peratus pada tahun 2014-2016.

    Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih mendalam, masalah yang ada adalah lebih kompleks. Hampir satu dari setiap 3 individu di seluruh dunia mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk malnutrisi: kekurangan tenaga, terbantut, kekurangan vitamin dan mineral, berat badan berlebihan atau obesiti dan penyakit tidak berjangkit (NCDs) berkait dengan diet.

    Progres yang ada kini tidak cukup untuk mencapai sasaran Perhimpunan Kesihatan Dunia pada tahun 2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan tahun 2030.

    Obesiti juga satu bentuk malnutrisi sama seperti kurang vitamin dan mineral

    Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh PBB menyeru ke arah penyelesaian semua bentuk malnutrisi. Di sebalik penurunan kadar terbantut, bentuk yang lain masih terus meningkat termasuk obesiti kanak-kanak serta kekurangan vitamin dan mineral yang membawa kepada anemia.

    Kini, hampir 41 juta kanak-kanak di peringkat global menghidap obesiti dengan peningkatan sebanyak 11 juta sejak tahun 2000. Peningkatan paling banyak ditemui di negara-negara berpendapatan sederhana. Kebanyakan negara ini menghadapai masalah dalam menangani kedua-dua bentuk malnutrisi, kurang nutrien dan obesiti di samping penyakit-penyakit yang terkait dengan pemakanan.

    Lebih separuh dari 52 juta kanak-kanak yang mengalami kekurangan tenaga (wasting) disebabkan kekurangan makanan berada di Selatan Asia. Keadaan yang ada adalah sangat teruk sehingga menjadi satu krisis kesihatan. Dalam masa yang sama, rantau ini juga berdepan dengan peningkatan bilangan obesiti dengan bilangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun dengan berat badan berlebihan meningkat dari 5 juta pada tahun 2000 kepada 7.9 juta pada tahun 2016.

    Kesan malnutrisi bukan hanya pada individu, tetapi juga negara

    Kesan perubatan, sosial, ekonomi, dan pembangunan disebabkan beban malnutrisi ialah serius dan berpanjangan. Pemakanan sihat ialah kunci utama dalam menangani beban ini. Bukan sahaja individu, beban ini juga terpaksa ditanggung oleh negara dan masyarakat.

    Menangani masalah ini merupakan satu cabaran yang sangat besar dan memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan