backup og meta

Telur Pindang Paling Kaya Nutrisi? Ini Fakta 6 Jenis Telur Yang Biasa Kita Makan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/11/2022

    Telur Pindang Paling Kaya Nutrisi? Ini Fakta 6 Jenis Telur Yang Biasa Kita Makan!

    Jenis masakan telur yang berbeza semestinya memberikan anda nilai pemakanan yang berlainan. Sebagai contoh, telur goreng mempunyai nilai nutrisi yang berlainan dengan telur rebus walaupun kedua-duanya adalah telur ayam.

    Kami terangkan kepada anda mengenai perbezaan antara masakan telur di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Perbezaan nutrisi telur ayam, itik dan puyuh

    Telur ayam, itik dan puyuh merupakan antara jenis telur yang biasa dimakan oleh kita.

    Telur ayam biasa digunakan dalam masakan harian. Manakala telur itik pula sering dijadikan sebagai telur masin. Begitu juga dengan telur puyuh yang sering dimasak sambal atau dimakan bersama hidangan lain.

    Ketiga-tiga jenis telur ini mempunyai nilai nutrisi yang berbeza.

    Dari segi kalori, telur itik mempunyai kalori yang paling tinggi iaitu 223 bagi satu biji telur.

    Manakala telur ayam dan telur puyuh pula masing-masing mempunyai kalori sebanyak 149 dan 14.

    Dari segi kandungan protein pula, telur itik mempunyai 12 gram protein, telur ayam sebanyak 10 gram dan telur puyuh pula hanyalah 1 gram sahaja.

    Telur itik mempunyai kandungan lemak sebanyak 18.5 gram.

    Manakala telur ayam adalah sebanyak 11 gram dan telur puyuh pula hanyalah 1 gram sahaja.  

    Jenis masakan telur berserta kandungan nutrisinya

    Panduan nutrisi yang diberikan di bawah ini hanyalah anggaran bagi telur ayam sahaja, tidak termasuk telur itik dan juga telur puyuh (kecuali dinyatakan). 

    #1. Telur pindang

    pindang

    Jenis masakan telur pindang merupakan hidangan atau masakan warisan khas dari negeri Johor.

    Pada zaman dahulu, ia sering dijadikan sebagai bekal makanan para pedagang dan pelaut disebabkan sifatnya yang tahan lama. Ia lambat rosak atau basi disebabkan proses penghasilannya yang agak rumit dan panjang.

    Telur ini masih lagi tinggi kandungan protein, namun ia mungkin kurang sesuai untuk ibu hamil dan penghidap penyakit hipertensi disebabkan kandungan garamnya yang tinggi. 

    #2. Jenis masakan telur goreng mata kerbau

    menu

    Hidangan sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak atau mi goreng akan menjadi lebih menyelerakan dengan tambahan telur mata kerbau yang digoreng.

    Untuk sebiji telur ayam yang digoreng ini, ia akan memberikan anda sebanyak 180 kalori dengan 13.6 gram lemak.

    Kandungan kolesterol pula adalah sebanyak 368 miligram selain 12.6 gram protein. Kalori yang diberikan oleh telur ini agak tinggi, oleh itu cuba kurangkan pengambilannya setiap kali waktu makan. 

    #3. Telur rebus

    kalori

    Telur rebus sering menjadi komponen utama hidangan seperti mi kari, mi rebus atau sandwic telur.

    Telur ayam yang direbus (100 gram) boleh memberikan anda 156 kalori. Kandungan lemaknya pula ialah sekitar 10.6 gram.

    Bagi telur ayam rebus, ia mengandungi 374 miligram kolesterol dengan 12.6 gram protein. 

    #4. Jenis masakan telur: Telur hancur

    jenis masakan telur

    Telur kacau atau telur hancur biasa dijadikan sebagai inti bagi sandwic.

    Ia juga boleh dimakan begitu sahaja bersama roti dan juga kacang panggang.

    Untuk masakan telur ini, ia mengandungi sekitar 182 kalori dengan 13.4 gram kandungan lemak.

    Protein yang dimilikinya pula ialah sebanyak 12.2 gram dengan kandungan kolesterol sebanyak 338 miligram.

    Ia mungkin akan memberikan lebih banyak kalori jika dimasak bersama marjerin, mentega atau susu. 

    #5. Telur separuh masak atau telur goyang

    jenis masakan telur

    Telur seperti ini pula banyak dihidangkan di kedai-kedai kopitiam. Ia enak dimakan bersama potongan roti bakar dan juga secawan kopi O.

    Ia juga sering diletakkan bersama dalam hidangan mi celup. Telur ini mempunyai kalori yang lebih rendah iaitu sebanyak 156 sahaja.

    Kandungan lemaknya juga boleh dikatakan agak rendah berbanding hidangan telur yang lain.

    Selain itu, jumlah protein yang dimilikinya hampir sama dengan telur lain iaitu sekitar 12.6 gram. 

    #6. Telur masin

    jenis masakan telur

    Telur masin biasa dihasilkan dengan menggunakan telur itik sahaja. Ini kerana, telur itik mempunyai rasa yang lebih berlemak dan agak kuat.

    Walau bagaimanapun, ia mungkin antara hidangan telur dengan kalori yang tertinggi.

    Jenis masakan telur ini mempunyai kalori sebanyak 195 dengan kandungan lemak sebanyak 14.4 gram. Selain itu, kandungan garamnya juga lebih tinggi berbanding masakan telur yang lain. 

    Kesimpulan

    Setiap telur yang disenaraikan ini mempunyai nilai nutrisi asas yang berbeza.

    Nilai nutrisi ini juga akan berubah bergantung kepada cara penyediaan dan juga masakannya.

    Pastikan anda tidak memakan masakan telur ini dengan terlalu banyak khususnya bagi telur yang tinggi kandungan garam. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan