Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anak Susah Belajar? Jom Buat Jadual Ulangkaji Anak Di Rumah!
Adakah anak anda sukar untuk membahagikan masa sehingga gagal menyiapkan homework yang diberikan? Jika anak anda mempunyai masalah ini, mungkin sudah tiba masanya untuk ibu bapa cuba mengawal keadaan dengan menyediakan jadual belajar di rumah. Tiada idea? Jangan risau, pada akhir artikel ini, kami akan kongsikan contoh jadual belajar di rumah untuk rujukan ibu bapa.
Dalam artikel kali ini, kami akan mengajar cara untuk membuat jadual belajar anak yang fleksibel supaya anak dapat belajar dengan baik dan dalam masa yang sama, masih mempunyai masa sendiri untuk bermain atau melakukan aktiviti lain.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Cara untuk membuat jadual belajar di rumah
Kanak-kanak perlu belajar di rumah untuk mengasah kemahiran kognitif.
Dapat mengajar anak kepentingan menguruskan masa dengan baik.
Memastikan anak mempunyai habit yang sihat.
Membolehkan anak rasa yakin dan juga mengajar mereka cara untuk berdikari.
Memastikan anak tidak ketinggalan di sekolah.
Mengajar anak menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Jadual yang baik sepatutnya dapat membantu anak menyiapkan kerja sekolah serta mengulang kaji pelajaran namun masih mempunyai masa terluang untuk bermain dan melakukan aktiviti yang disukai. Oleh sebab itu, jadual anak di rumah ini tidak boleh terlalu ketat sehingga mengekang kebebasan anak.
Tetapi, bagaimanakah hendak mula membuat jadual belajar anak? Pertama sekali, ibu bapa perlulah mempertimbangkan beberapa perkara. Antaranya:
1. Bagi anak pilihan
Berbincanglah dengan anak sebelum merancang hari mereka. Anak mungkin akan merajuk atau tantrum sekiranya anda mengganggu waktu bermain atau masa mereka menonton rancangan kegemaran.
Lagipun, jika anda mengajak anak membuat jadual bersama-sama, mereka akan rasa gembira dan dihargai. Anda tidak perlu ikut cakap anak 100%, namun berikan mereka kelonggaran dan dengar keluhan anak.
2. Pastikan anak ada masa berehat
Setiap kanak-kanak mempunyai perangai yang berbeza. Ada yang suka siapkan kerja rumah serta-merta, ada juga yang suka bertangguh kerja sehingga saat terakhir.
Walau bagaimanapun, ingatlah, anak-anak anda telah menghabiskan masa yang panjang di sekolah. Mereka juga manusia biasa, sama seperti kita. Jadi, anak-anak kita juga perlukan rehat yang secukupnya.
Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh anak untuk membuat kerja rumah?
Ia bergantung kepada jumlah kerja rumah yang anak miliki. Jadi, ia mungkin berbeza mengikut usia dan sekolah anak.
Namun, jika anak anda perlukan masa yang sangat panjang untuk menyiapkan kerja sekolah, mungkin mereka menerima terlalu banyak homework daripada cikgu di sekolah. Jika ini yang berlaku, anda mungkin perlu berbincang dengan guru.
4. Pilih kawasan yang sesuai untuk membuat kerja sekolah
Jika anak sukar untuk fokus, cuba pecahkan aktiviti ini kepada beberapa bahagian. Bagi anak berehat selama beberapa minit sebelum menyambung kerja masing-masing.
Contoh jadual belajar di rumah
Di bawah, kami sediakan beberapa bentuk jadual anak di rumah yang boleh ibu bapa contohi:
Malah, anda boleh gunakan mana-mana format jadual di atas, atau buat sendiri mengikut kesesuaian anak.
Pastikan anda kenal pasti mata pelajaran yang sukar untuk anak kuasai. Anda boleh lebihkan masa belajar untuk subjek tersebut dan bantu mereka apa yang patut. Semoga berjaya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Family routines: how and why they work. https://raisingchildren.net.au/grown-ups/family-life/routines-rituals-relationships/family-routines. Accessed on June 28, 2022.
Home Learning for Young Children: A Daily Schedule. https://www.readingrockets.org/article/home-learning-young-children-daily-schedule. Accessed on June 28, 2022.
The Importance of Routine for Children: Free Weekly Planner. https://www.highspeedtraining.co.uk/hub/the-importance-of-routine-for-children/. Accessed on June 28, 2022.
The Importance of Schedules and Routines. https://eclkc.ohs.acf.hhs.gov/about-us/article/importance-schedules-routines. Accessed on June 28, 2022.
The Importance of Schedules and Routines. https://www.virtuallabschool.org/preschool/learning-environments/lesson-5. Accessed on June 28, 2022.
Versi Terbaru
18/10/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman