backup og meta

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD): Pembunuh Senyap

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Penyakit Tidak Berjangkit (NCD): Pembunuh Senyap

    Realiti kehidupan moden masyarakat kini berlakunya proses urbanisasi yang pantas membabitkan perubahan gaya hidup yang tidak sihat, kekurangan aktiviti fizikal, pemakanan tidak seimbang dan penuaan populasi adalah punca utama mendorong kepaa risiko penyakit tidak berjangkit atau Non Communicable Disease (NCD).

    Mengejutkan, laporan daripada World Economic Forum menganggarkan NCD seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes, gangguan pernafasan kronik meragut 40 juta nyawa setiap tahun, 17 juta daripadanya adalah individu berumur bawah 70 tahun dan 8.5 juta daripadanya berada di Asia.

    Manakala di Malaysia, laporan daripada Astro Awani tahun lalu menyatakan, dianggarkan 73% daripada jumlah kematian adalah disebabkan NCD dan separuh daripada jumlah kematian itu berpunca daripada penyakit kardiovaskular.

    Sumber: Kuliah 1: Epidemiology Of NCD

    Siapa Berisiko Mendapat NCD?

    NCD seringkali dikaitkand dengan kumpulan individu yang berusia, tetapi bukti menunjukkan bahawa 15 juta kematian NCD adalah membabitkan kumpuan umur antara 30 hingga 69 tahun. Daripada kematian “pramatang” ini, lebih 85% dianggarkan berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Semua orang termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas boleh terdedah kepada faktor risiko NCD sama ada berpunca daripada diet tidak sihat, tidak aktif, pendedahan kepada asap rokok atau penggunaan alkohol berbahaya.

    Langkah pencegahan NCD

    1. Mengetahui tahap kesihatan diri

    Ini adalah langkah pertama bagi mencegah NCD. Anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi mengetahui status terkini kesihatan anda. Ini secara langsung boleh membantu anda memahami apa yang berlaku dalam tubuh dan mendapatkan rawatan atau rundingan kesiharan sepatutnya dengan doktor.

    2. Mengamalkan diet yang sihat

    Keadaan tubuh sangat berkait rapat dengan amalan pemakanan anda. Namun ramai berpendapat bahawa makana sihat itu membosankan dan tidak menarik. Makanan yang sihat memerlukan “BMV” iaitu  seimbang (balanced) dalam jumlah yang sederhana (moderation) dan pelbagai (variety) berdasarkan piramid makanan.

    3. Kekal aktif

    Aktiviti fizikal membantu meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kekuatan dan fleksibiliti, serta membakar kalori bagi memastikan anda sentiasa sihat. Garis Panduan Pemakanan Malaysia mencadangkan agar semua orang dewasa meluangkan masa sebanyak 30 minit dalam sehari melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya lima hingga enam hari seminggu. Sebaiknya setiap hari bagi mengekalkan berat badan semasa.

    4. Rehat yang cukup

    Tekanan adalah satu perkara normal dalam kehidupan. Namun, tekanan berpanjangan telah dikenal pasti sebagai salah sebuah faktor yang meningkatkan risiko berlakunya NCD, terutamanya penyakit jantung. Langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan tekanan adalah berbual dengan rakan atau mengambil cuti pendek bagi merehatkan diri.

    5. Tidur yang mencukupi

    Kualiti tidur mempunyai hubungan secara terus dengan kehidupan seharian seseorang. Ia boleh mempengaruhi ketajaman mental, produktiviti, keseimbangan emosi, kreativiti dan kecergasan fizikal. Ini menunjukkan tidur salah satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan bagi mencegah NCD.

    6. Berhenti merokok

    Setiap batang rokok mengandungi ribuan bahan kimia yang boleh merosakkan organ yang sihat. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan kesihatan orang sekeliling anda yang menghidu asapnya. Merokok boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat, mengurangkan kadar aliran darah serta menyebabkan ketagihan. Rokok sangat berisiko terhadap NCD seperti penyakit kardiovaskular, diabetis, kanser dan gangguan pernafasan kronik.

    7. Elakkan pengambilan alkohol

    Sama seperti merokok, pengambilan alkohol yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko individu menghidap NCD. sebolehnya kurangkan atau elakkan pengambilakan alkohol bagi mencegah risioko penyakit kardiovaskular, diabetis dan kanser.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan