backup og meta

STOP! Berhenti Bagi Bayi Minum Air Masak, Mereka Tak Boleh Minum! Jom Ketahui Sebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/09/2022

    STOP! Berhenti Bagi Bayi Minum Air Masak, Mereka Tak Boleh Minum! Jom Ketahui Sebabnya

    “Si kecil haus tu, tak cukup susu, bagilah bayi minum air masak.” STOP! Jika anda menerima saranan seperti ini jangan lakukannya. Jom ketahui kesan bahaya yang boleh berlaku.

    Bayi meninggal

    Tular berita menyedihkan, tentang seorang bayi kehilangan nyawa disebabkan ibunya memberikannya minum air mineral. Apa yang menyedihkan bayi malang tersebut baru sahaja tiga hingga empat jam dilahirkan.

    Berita ini merupakan status daripada salah seorang pengguna media sosial Twitter yang berkongsi pengalamannya mengendalikan kes kematian tersebut yang berpunca daripada kecuaian ibunya sendiri.

    Obviously, anda tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan bayi di bawah usia enam bulan untuk minum air masak.

    Perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada bayi yang diberikan air masak.

    Sebab tak boleh bayi minum air masak

    Sebenarnya, ia bukan sahaja berkenaan dengan air masak. Tetapi apa sahaja air selain daripada susu ibu atau susu formula khas bayi, tidak ada air yang boleh diberikan kepada bayi.

    Ingin tahu apa kesannya kepada bayi kalau diberikan juga minum air selain daripada susu?

    Faktor utamanya adalah kerana susu sama ada susu ibu ataupun susu formula sudah mempunyai kandungan air yang mencukupi untuk keperluan dan kesihatan bayi.

    Susu ibu sahaja sudah mempunyai 88 peratus air yang sangat mencukupi untuk bayi. 

    bayi minum air masak

    Biasanya, selepas dilahirkan, ibu-ibu akan diminta untuk terus menyusukan bayi buat kali pertama. Susu yang diberikan itu adalah susu jenis kolostrum dan ia sudah cukup untuk menghindari bayi daripada mengalami dehidrasi. 

    Ini kerana memberikan air kepada bayi di bawah usia enam bulan boleh mengakibatkan kesan bahaya kepada mereka.

    Keadaan ini dipanggil water intoxication, ia berlaku apabila bayi diberikan air lebih daripada yang diperlukan. 

    Memahani tentang water intoxication

    Menurut American Academy of Pediatrics, susu ibu dan susu formula sudah memberikan semua penghidratan yang diperlukan bayi.

    Memberi bayi minum air masak, walaupun tampak seperti tidak berbahaya sebenarnya boleh mengakibatkan kematian kepada bayi akibat water intoxication.

    Ia berlaku disebabkan buah pinggang bayi masih belum matang, maka air yang diberikan secara berlebihan menyebabkan badan mereka memasuki keadaan hyponatremia dan masalah ini boleh menjejaskan fungsi otak. 

    Susu ibu mahupun susu formula mempunyai kadar kandungan air lebih daripada 80 peratus, sedangkan badan manusia hanya mengandungi antara 70 hingga 80 peratus air.

    Boleh bayangkan tak keadaan bayi kalau dengan peratusan air yang terkandung dalam susu ditambah pula dengan pemberian air? 

    Dalam kaedah perubatan, keadaan ini akan menyebabkan kepekatan garam sodium (Na) dalam darah bayi menjadi cair (diluted).

    Apabila sel otak bayi terdedah kepada darah yang cair, ia akan mengembang dan bayi berdepan risiko yang tinggi untuk mengalami sawan (seizures).

    bayi minum air masak

    Usah bagi bayi minum air masak

    Susu ibu sudah mencukupi dan seandainya anda memberikan susu formula, pastikan anda mengikut sukatan air yang ditetapkan.

    Usah menambah jumlah air, ia boleh menyebabkan nutrisi yang diperlukan bayi menjadi tidak cukup. 

    Jika bayi masih menangis selepas diberikan susu, ia tidak bermakna bayi itu masih lapar dan perlu diberikan air tambahan.

    Tetapi bayi anda mungkin menangis disebabkan rasa tidak selesa, berak atau kencing atau keadaan cuaca yang panas atau sejuk. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan